Sujud adalah nikmat yang besar bagi setiap hambanya yang bersolat. Mereka yang sujud dengan penuh ikhlas, khusyuk, dan rasa kehambaan akan merasai keagungan Allah Yang Maha Tinggi. Mustajabnya doa ketika sujud menyebabkan kita sangat digalakkan untuk kerap bersujud dan banyakkan berdoa.
Sujud adalah menandakan diri kita merendahkan ego seorang hamba yang terbenamnya sifat sombong. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri.” – (Surah As-Sajdah, ayat 51)
Jika diikutkan dari solat fardhu setiap hari, sekurang-kurangnya 34 kali kita sujud kepada Allah. Ini belum termasuk lagi jika kita melakukan solat-solat sunat yang lain. Lagi bertambah bilangan sujud kita setiap hari.
Berikut adalah himpunan doa ketika sujud yang boleh anda baca dan jadikan panduan. Disediakan teks dalam Bahasa Arab dan teks rumi sekali dengan maksud pengertian bagi setiap satunya.
اللهم لك سجدت و بك آمنت و لك أسلمْت سجد وجهي للذي خلقه و صوّره و شّق سمعه و بصره تبارك الله أحسن الخالقين
Maksudnya: Ya Allah, hanya kepada Engkau aku bersujud, hanya kepada Engkau aku beriman dan hanya kepada Engkau aku menyerah diri. Telah sujud wajahku kepada Yang Menciptanya, Yang Membentuknya dan Yang memberikannya pendengaran dan penglihatan. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta.
أنَّ رَسولَ اللهِ ﷺ كانَ يقولُ في سُجُودِهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وجِلَّهُ، وأَوَّلَهُ وآخِرَهُ وعَلانِيَتَهُ وسِرَّهُ
Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW berdoa ketika sujudnya, “Wahai Tuhan-ku, ampunkanlah dosaku kesemuanya sama ada yang kecil atau besar, yang di awal dan juga di akhir, serta yang jelas dan yang tersembunyi.”
ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة
Allahumma innii as aluka husnal khootimah
Maksudnya : Ya Allah! Aku memohon kepada Mu husnul khotimah
ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت
Allahummar zuqnii taubatan nasuuha qoblal maut
Maksudnya: Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati
ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘alaa diinika
Maksudnya: Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama Mu
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih
Maksudnya: Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepada Nya
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuuhun qudduusun robbul malaa ikati war ruuh
Maksudnya: Maha Suci, Maha Kudus, Rabbnya Para Malaikat dan Roh
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Subhaa nakallahumma robbanaa wa bihamdika, allahummaghfir lii
Maksudnya: Maha Suci Engkau Ya Allah, Wahai Rabb kami, dan dengan memujiMu, Ya Allah, berilah keampunan bagiku
اللهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وَجُلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّه
Allahummagh firlii dzan bii kullahuu, diqqahuu, wa jullahuu, wa awwa lahuu, wa a-khirohuu, wa ‘alaa niya tahuu wa sirrohuu
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, yang sekecil-kecilnya dan yang sebesar-besarnya, yang pertama dan yang terakhir, yang terang dan yang tersembunyi
Mencontohi sunnah Nabi SAW dalam bersujud, Wa’il Ibn Hujur dalam hadis riwayat Abu Daud mengatakan,
“Aku telah melihat Nabi SAW ketika ingin sujud, Baginda SAW meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan ketika ingin bangun dari sujud mengangkat kedua tangannya sebelum kedua lututnya.”
Tertibnya sujud cara Nabi, baginda mendahulukan dengan menurunkan lutut dahulu kemudian diikuti dengan tapak tangan dan akhir sekali barulah muka iaitu hidung dan dahi wajib bersentuhan dengan tanah.
Apabila ingin bangun dari sujud, maka pergerakannya diterbalikkan iaitu bangun kepala dahulu, kemudian tangan, dan akhir sekali barulah kedua-dua belah lutut.
Semoga perkongsian mengenai doa ketika sujud ini memberikan anda pengetahuan dan informasi yang menarik dan bermanfaat untuk dijadikan panduan setiap masa.
Selain dari doa ketika sujud ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:
Rujukan: