Daun sup dan daun ketumbar, sekilas pandang rupanya kelihatan sama. Malah ramai ibu-ibu yang tak dapat membezakan yang mana satu daun sup, yang mana daun ketumbar kecuali jika mencium bau daun tersebut.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan kepada anda perbezaan di antara daun sup dan daun ketumbar serta khasiat keduanya.
Daun sup atau nama saintifiknya Apium Graveolens mempunyai rasa lebih kurang sama seperti daun parsli. Ia kaya dengan protein dan biasanya digunakan sebagai hirisan untuk mengharumkan dan menambah perisa makanan seperti sup. Di antara khasiat daun sup ialah:
Aroma yang naik apabila daun sup dimasukkan kedalam masakan panas pasti membuatkan anda berselera untuk makan walau pun sedang sakit dan takde selera.
Daun sup bersifat deuretik iaitu membantu mengatasi masalah water retention atau lebihan air dalam badan yang menjadi punca muka kelihatan sembab, dan badan menjadi kembang.
Tahukah anda, ekstrak minyak daun sup merupakan salah satu bahan utama yng digunakan dalam proses membuat minyak wangi.
Daun sup kaya dengan vitamin c yang membantu meningkatkan imuniti badan iaitu kekuatan untuk melawan penyakit. Mereka yang mempunyai imuniti yang rendah lebih mudah dijangkiti demam, seksema, dan batuk.
Sakiranya anda mempunyai masalah sakit buah pinggang, boleh berikhtiar dengan menggunakan daun sup. Caranya:
Sekiranya anda menghidap sakit jantung, boleh juga mengamalkan minum jus akar daun sup setiap pagi. Cara menyediakannya sama seperti jus akar daun sup untuk pesakit buah pinggang.
Daun sup membantu mengurangkan kadar gula yang berlebihan dalam darah penghidap penyakit kencing manis.
Oleh kerana salah satu daripada khasiat daun sup ialah menurunkan kadar gula dalam darah, secara automatik ia juga membantu menurunkan berat badan.
Pengambilan daun sup dalam diet setiap hari membantu meningkatkan sistem perkumuhan dengan menggalakkan pembuangan air kecil & memudahkan proses membuang air besar.
Jika anda mempunyai masalah kolesterol, jadikan daun sup sebagai ulam setiap hari kerana ia mampu menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.
Daun sup sudah lama digunakan sebagai rawatan alternatif kepada dialisis. Ianya juga murah dan tidak menyakitkan. Caranya:
Jika anda batuk berpanjangan, boleh minum air rebusan daun sup & madu. Cara menyediakannya:
Sekiranya anda dijangkiti sakit mata, boleh juga gunakan daun sup sebagai altrnatif kepada ubat titis yang diberikan oleh doktor. Caranya:
Nama saintifik bagi daun ketumbar ialah Coriandrum sativum. Di antara khasiat daun ketumbar ialah:
Jika anda mempunyai masalah nafas berbau, kunyah sedikit daun ketumbar. Nafas anda akan kembali segar.
Untuk mereka yang senggugut, amalkan minum air rebusan daun ketumbar untuk melegakan kesakitan yang dialami. Caranya:
Daun ketumbar mampu meningkatkan inumiti & antobodi anda.
Daun ketumbar mengandungi antioksida yang mampu merencatkan sel kanser dalam tubuh badan.
JIka anda mengalami masalah kulit seperti kegatalan atau elergik, boleh jadikan daun ketumbar sebagai pes dan tampalkan pada bahagian kulit yang bermasalah.
Amalan minum air daun air ketumbar mampu menstabilkan tekanan darah anda.
Daun ketumbar boleh digunakan untuk mengubati cirit-birit. Anda boleh jadikan daun ketumbar sebagai ulam.
Seperti daun sup, daun ketumbar juga membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.
Faun ketumbar kaya dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah merah.
Daun ketumbar menstabilkan paras insulin dalam darah & meningkatkan metabolisma badan.
Itulah dia info tentang daun sup & daun ketumbar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat jambu batu, khasiat lobak putih, dan khasiat lobak merah.