Ciri orang toksik boleh terbentuk dalam diri sesiapa sahaja termasuklah dalam keluarga sendiri.

Selalu kita dengar, isu toksik di tempat kerja sahaja yang banyak diketengahkan dalam permasalahan kehidupan manusia.

Justeru lebih daripada itu, toksik dalam perhubungan keluarga juga boleh sahaja terbentuk dan lebih memberi kesan bahaya kepada diri seseorang.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan perhubungan toksik dan ciri orang toksik yang perlu anda hindari.

Apa itu hubungan toksik?

Hubungan toksik adalah sejenis perhubungan yang tidak sihat dan sangat sukar untuk mencari jalan pelaraian untuk mencapai sesuatu kebahagiaan.

Ia akan membuatkan anda lupa siapa diri anda dan apa yang terbaik untuk anda.

Ciri orang toksik dalam keluarga

Perselisihan faham di kalangan ahli keluarga adalah perkara biasa yang memang berlaku pada setiap keluarga.

Namun bila mana, persekitaran negatif ini “tumbuh” secara beterusan ia akan menyebabkan suatu perhubungan toksik yang boleh memakan kesihatan mental diri.

Berikut adalah antara ciri orang toksik dalam keluarga:

  • Memanipulasi anda untuk buat anda rasa bersalah
  • Penderaan fizikal, mental dan emosi
  • Selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri
  • Menyebabkan bebanan ekonomi dan kewangan
  • Enggan bertanggungjawab dengan kesilapan sendiri
  • Kerap membanding-bandingkan
  • Mereka merendahkan atau memalukan anda

Ciri orang toksik di tempat kerja

ciri orang toksik

Tempat kerja adalah tempat untuk setiap orang mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Namun bila mana, kita terpaksa berhadapan dengan mood stress sepanjang masa akan mula timbul rasa malas untuk bekerja.

Berikut adalah antara ciri orang toksik di tempat kerja:

  • Cepat cemburu dan iri hati yang melampau kepada kejayaan orang lain
  • Suka berbohong dengan pelbagai alasan
  • Suka memperlekehkan dan memandang rendah akan kemampuan orang lain
  • Suka perbetulkan orang lain dari sudut pandangan, buah fikiran, sentuhan kerja dan sebagainya
  • Sentiasa bersangka buruk kepada orang lain
  • Suka bergosip
  • Suka complain kerja orang lain
  • Narcissist
  • Pembuli

Ciri pasangan yang toksik

Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing boleh menjadi toksik dalam sebuah perhubungan.

Pasangan akan membuatkan anda meragui perasaan anda sendiri melalui pelbagai cara. Dan tentunya pergaduhan tidak dapat anda elakkan selagi mana berada dalam hubungan tersebut.

Berikut adalah antara ciri pasangan yang toksik:

  • Pasangan bersikap kasar terhadap anda dari segi fizikal dan mental
  • Pasangan menunjukkan sikap negatif, rasa curiga yang berlebihan dan hilang kepercayaan
  • Sikap mengongkong pasangan yang berlebihan
  • Pasangan sering mengeluarkan kata-kata menghina dan merendah-rendahkan diri anda
  • Menghalang daripada menjadi diri sendiri

Tips untuk kekal positif dalam circle toksik

ciri orang toksik

Mempertahankan sikap positif dalam lingkaran sosial yang toksik adalah ujian yang besar. Tetapi hal ini sangat penting untuk kesejahteraan emosional dan mental anda.

Berikut adalah enam tips untuk tetap positif dalam lingkaran sosial yang toksik:

1. Tetapkan batasan

Tentukan batasan yang jelas dalam hubungan anda dengan individu-individu yang toksik. Anda tidak perlu menerima perlakuan yang merugikan atau meracuni kehidupan sendiri.

Berbicaralah dengan tegas dan hormat mengenai apa yang anda toleransi dan apa yang tidak anda toleransi.

2. Cari sokongan

Carilah sokongan dari kawan-kawan atau keluarga yang positif dan peduli. Mereka dapat menjadi sumber sokongan emosional dan perspektif positif.

Luahkan apa yang terbuku di hati anda dan minta nasihat yang berkesan untuk memajukan diri.

3. Fokus kepada perkembangan diri

Jadikan lingkaran sosial yang toksik sebagai peluang untuk anda mengembangkan kejayaan diri. Alihkan fokus anda pada perkembangan diri, tujuan, dan minat anda sendiri.

4. Jaga kesihatan mental diri

Jaga kesihatan mental anda dengan bermeditasi, berolahraga, dan menerapkan teknik-teknik relaksasi. Menjaga kesihatan mental adalah kunci untuk tetap positif dalam situasi yang sulit.

5. Tinggalkan circle toksik

Kadang kala, satu-satunya cara untuk tetap positif adalah dengan memutuskan hubungan dengan individu atau lingkaran sosial yang sangat toksik.

Ini mungkin merupakan keputusan sulit, tetapi dalam beberapa keadaan, tips ini adalah langkah yang diperlukan untuk melindungi kesejahteraan anda.

Selain dari perkongsian tentang ciri orang toksik ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan perhubungan seperti:

Sumber:

  1. Signs Of A Toxic Family & How To Deal With It, From Therapists. Mind Body Green
  2. When Family Becomes Toxic. Healthline

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.