Daun dan biji ketumbar banyak digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional kesihatan. Oleh kerana terdapat banyak manfaat dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita, adalah lebih baik ia sentiasa ada di rumah.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara tanam daun ketumbar dengan betul dengan menggunakan beberapa kaedah penanaman yang terbaik.
Pokok ketumbar atau coriander adalah tumbuhan yang dikategorikan sebagai daun herba dan amat terkenal di kalangan masyarakat Asia dan Latin sebagai bahan tambahan dalam masakan.
Boleh dikatakan keseluruhan pokok ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Contohnya daun ketumbar boleh digunakan untuk masakan seperti sup dan tomyam.
Biji ketumbar boleh dijadikan rempah. Akar ketumbar pula boleh dijadikan ikhtiar untuk perubatan tradisional.
Daun Ketumbar | Daun Sup |
Daun lebih kecil | Daun lebih lebar |
Bau yang tajam | Bau yang lembut |
Digunakan dalam tom yam | Digunakan dalam sup |
Dikenali sebagai “cilantro / coriander” | Dikenali sebagai “chinese celery” |
Mempunyai batang yang pendek | Mempunyai batang yang panjang |
Ada akar yang bersaiz besar (satu akar yang besar di tengah) dan jenis akar tunjang | Ada akar yang kecil dan jenis akar berserabut banyak |
Mempunyai rasa yang lebh kuat dan menyengat | Mempunyai rasa yang tidak terlalu pahit. |
Siapa kata hendak tanam daun ketumbar perlu ruang yang besar dan luas sahaja? Ruang yang sempit dan terhad seperti pasu bunga juga sesuai untuk digunakan untuk menanam daun ketumbar asalnya ia berpandukan langkah yang betul.
Berikut ini kami kongsikan beberapa langkah atau cara tanam daun ketumbar dalam pasu untuk rujukan anda.
Ramai orang mengadu mengapa pokok ketumbar yang mereka tanam, baru sahaja tumbuh tunas sikit sudah layu atau mati. Jika boleh bercambah pun pasti tidak tahan lama.
Satu perkara yang anda perlu tahu. Sebenarnya pokok ketumbar dan pokok daun sup sangat alah kepada air. Hanya bahagian akarnya sahaja yang perlu bersentuhan dengan air.
Namun ramai yang menanamnya dengan cara merendam sampai ke pangkal batang dahan. Hal inilah yang menyebabkan bahagian yang terendam rosak.
Selain dari tips cara tanam daun ketumbar ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:
Rujukan: