Kali ini kita bersiar-siar ke Bali pula, terokai makanan yang terkenal di Bali kali ini ialah rendang Bali. Apa yang istimewa daripada rendang Bali ini?

Asasnya cara masak semua rendang ialah sama dari segi bahan dan cara namun ada beberapa bahan dan cara berlainan yang membuat rasa rendang jadi berbeza dan menarik.

Rendang Bali tidak sama seperti rendang umumnya kerana rendang Bali menggunakan kemiri, jintan, dan lada hitam sehingga juga terhasil rasa yang berlainan. Namun tidak kalah sedap dan lazat untuk mengisi perut.

Rendang Bali sedap dijadikan hidangan hari raya atau kenduri, dimakan bersama ketupat nasi, ketupat palas, pulut, roti, lemang atau bahkan makan macam itu sahaja. Jom cubakan resepi yang dikongsikan oleh ‎Jimmy Haneul di laman Facebook.

Resepi Rendang Bali Sedap Terangkat

rendang bali

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sekilo daging,
  • 5 ulas bawang merah kecil,
  • 2 ulas bawang merah besar,
  • 20 biji cili api,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 2 sudu kecil ketumbar, 2 sudu kecil jintan manis , 2 sudu kecil jintan putih , 3 sudu kecil lada hitam, (disangai dan tumbuk halus)
  • Halia dan lengkuas,
  • 3 batang serai,
  • 4 sekawan,
  • Kemiri atau buah keras,
  • Daun salam daun limau purut dan daun kunyit,
  • Kerisik (optional),
  • Santan,
  • Garam, gula, perasa,

Cara-cara :

  1. Tumis semua bahan, masukkan air dan masukkan daging. Biar mendidih.
  2. Kalau air sudah agak kering, masukkan santan pekat dan reneh.
  3. Masukkan kerisik.
  4. Kemudian taburkan hirisan daun kunyit.

Resepi Menarik Lain

Selain rendang Bali, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.