Bagaimakah cara pakai samping yang sesuai untuk anda? Tidak lengkap tentunya pakai baju melayu tanpa gandingan samping bersama.

Pakaian tradisional untuk lelaki melayu ini sudah menjadi kemestian setiap kali tibanya Hari Raya.

Pada Hari Raya pertama, biasanya lelaki akan memakai baju melayu lengkap dengan songkok dan samping

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang cara pakai samping dengan ikatan unik dan tersendiri yang boleh anda gayakan bersama baju melayu di Hari Raya nanti.

Sejarah samping baju melayu

cara pakai samping

Pada zaman dahulu, samping digunakan untuk membezakan darjat seseorang sama ada dari golongan Raja, Sultan, kerabat, pembesar atau rakyat biasa.

Berbeza dengan hari ini yang kita lihat, samping digunakan pula untuk membezakan lelaki tersebut bujang ataupun berkahwin.

Lelaki yang masih bujang akan memakainya di atas paras lutut manakala lelaki yang sudah berkahwin akan memakainya di bawah paras lutut.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis ikatan samping dan cara pakai samping yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian cita rasa masing-masing bermula dengan cara tradisional sehinggalah ke moden dan terkini.

1. Ikatan moden ala Johor

Ikatah moden ala Johor sesuai dipakai bersama baju melayu tradisional Johor iaitu Baju Melayu Telok Belanga.

Cara-cara ikatan moden ala Johor adalah seperti yang berikut:

  • Buka lembaran songket dan mulakan dengan lipatan sedikit ke dalam bagi atas samping.
  • Anggaran lipatan ke dalam mestilah dengan memastikan samping tidak terlalu singkat apabila dipakai nanti.
  • Setelah dilipat, haruslah dicuba dahulu sebelum terus dipakai.
  • Pastikan panjang samping berada sedikit diatas perut dan labuhnya hingga berada di atas lutut.
  • Tarik samping sehabisnya ke arah kanan anda.
  • Pastikan apabila samping ditarik habis ke kanan, kepala kain songket berada betul-betul tengah pada bahagian badan anda.
  • Pegang dan tahan pada lipatan di kanan badan. Kemudian lipat samping terus ke kiri badan.
  • Jika lipatan samping melebihi sisi kiri badan, maka haruslah ditarik dan dilipat samping ke dalam bahagian belakang badan.
  • Tarik samping bahagian hadapan dari belakang masukkan ke bahagian belakang badan.
  • Ubah dan selesaikan sehingga lipatan samping di bahagian hadalan akan betul-betu berada pada sisi kiri badan. Dalam masa yang sama juga, kepala kain songket mestilah terletak tegak di tengah badan.
  • Mulakan dengan lipatan kecil dahulu dan pastikan lipatan sekata dari hadapan dan belakang.
  • Mula dengan lipatan yang lebih besar sehingga anda rasa lebih selesa. Lipatan ini secara keseluruhannya akan menghasilkan samping yang tidak menampakkan tenunan kain di bahagian dalam.
  • Akhir sekali, pastikan samping terletak di atas perut atau pinggang dan labuhnya pula terhad pada paras lutut sahaja.

2. Ikatan lingkup

Biasanya, baju melayu songket dan baju melayu biasa banyak dipadankan dengan ikatan lingkup. Menariknya tentang ikatan ini ia tidak perlukan lilitan atau potongan pelik.

Ia sangat mudah dipakai berbanding jenis ikatan lain kerana cara pakai samping ini lebih kurang seperti kain pelikat untuk solat dan sebagainya.

Cara-cara ikatan lingkup adalah seperti yang berikut:

  • Pastikan bunga samping di depan dan tulang samping di bahagian belakang.
  • Lipat ke dalam ikut ketinggan yang sesuai.
  • Pastikan samping berada betul-betul di bahagian tengah badan anda.
  • Tahan samping dengan badan sambil tolak ia dari satu sisi ke bahagian sisi yang lain.
  • Di sisi yang anda tolak itu boleh kepitkan dengan ketiak untuk lebih memudahkan.
  • Kemaskan ia dan lipat bahagian atas ke bawah seperti biasa.
YouTube video

3. Ikatan teruna

Ikatan teruna pula seakan sama dengan ikatan lingkup. Tetapi yang membezakannya adalah kedudukan pada bahagian kain ini terbuka.

Cara-cara ikatan teruna adalah seperti yang berikut:

  • Langkah ikatannya sama sahaja seperti ikatan lingkup.
  • Bagi lelaki, lebihan kain tersebut perlu ke kanan manakala bagi perempuan ke kiri kerana sebagai perlambangan tulang rosak.
YouTube video

4. Ikatan dendang perantau

Asalnya hanya kain samping pendek tetapi ia dimodenkan menjadi ikatan dendang perantau. Unik pada ikatan ini, bentuk kain yang terkeluar adalah seperti sebuah poket.

Setiap poket ini membawa maksudnya yang tersendiri bergantung pada kedudukanya. Bagi lelaki duda, kedudukan poket perlu berada di bahagian tengah.

Manakala yang bujang pula, kedudukannya perlu di bahagian kanan manakala perempuan di bahagian kiri. 

Cara-cara ikatan dendang perantau adalah seperti yang berikut:

  • Dua ibu jari anda hendaklah tolak kain ke depan, manakala bahagian tengahnya diletak pula ke atas. 
  • Ikat kain tersebut dengan ikatan atau cerutan biasa sebanyak dua kali agar ketat di bahagian pinggang.
  •  Lebihan bahagian tengah yang tidak di ikat perlu ditarik sehingga yang bawah naik ke atas.
  • Anda akan mendapati terdapat bahagian yang berlubang di bahagian bawah.
  • Untuk menjadikan bahagian berlubang itu ke atas, anda perlu tolak bahagian atas ke bawah. 
YouTube video

5. Ikatan kembung

Maksud kembung berasal dari kesan menggembung yang terjadi ketika memakai ikatan ini. Ikatan ini sangat popular dari kalangan pengantin lelaki ketika adat pernikahan Melayu.

Cara-cara ikatan kembung adalah seperti yang berikut:

  • Pertama sekali, kain samping perlu dilembarkan pada badan anda. 
  • Kemudian, tarik kain samping sama ada ke bahagian tengah atau tepi badan mengikut keselesaan anda.
  • Bentukkan ikatan atau simpulan corak bunga di bahagian tersebut agar kekal tersemat molek di pinggang.
  • Rapikan bahagian ikatan tersebut sehingga sekata.
YouTube video

6. Ikatan pancung

Jenis samping ikatan pancung banyak dipakai oleh para pengantin di majlis perkahwinan. Namun tidak salah jika dipraktikkan ketika lebaran nanti.

Cara-cara ikatan pancung adalah seperti yang berikut:

  • Pertama sekali, pastikan bahagian jahitan samping berada di tengah selari dengan pusat anda.
  • Dalam masa yang sama, tarik nafas dan tahan seketika.
  • Gengam dengan ketat kain yang berada di hujung perut lalu pusingkan ikatan tersebut sehingga anda berasa ketat di bahagian perut.
  • Kemudian, ikat sementara bahagian kain yang terjuntai
  • Boleh gunakan bengkuk di bawah ikatan sementara tadi dan pinkan hujung bengkung. 
  • Tarik dan tahan nafas sekali lagi ketika melilitkan bengkung.
  • Pusingkan bahagian yang ada pin di bahagian belakang badan dan buka semula ikatan sementara tadi.
  • Masukkan ikatan yang telah terbuka itu ke dalam bengkung dan kemaskan. 

7. Ikatan bunga tanjung

Gaya ikatan bunga tanjung jika dilihat ia tidak ubah sama sekali seperti seorang hulubalang melayu suatu masa dahulu.

Kedudukan bunga pada samping membawa erti yang berbeza. Ikatan bunga samping kanan adalah untuk lelaki, manakala bunga kiri untuk perempuan.

Cara-cara ikatan bunga adalah seperti yang berikut:

  • Tolak kain ke bahagian kanan supaya ketat di pinggang.
  • Kemudian, pegang bahagian kain di depan dan belakang lalu cekakkannya dan tarik sehingga ke tepi.
  • Pusingkan bahagian kain yang dicekak tadi ke belakang beberapa kali lalu simpulkannya seakan-akan bentuk bunga.
  • Masukkan hujung kain ke dalam simpulan dan tutup simpulan tersebut ke dalam.
  • Kemaskan ikatan tersebut mengikut keselesaan.
YouTube video

Selain dari panduan cara pakai samping ni, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan jenis baju dan kain seperti:

Sumber:

  1. Cara Pakai Sampin Yang Anda Perlu Ketahui. Songket Dunia
  2. Panduan Memakai Busana Melayu. The Patriots

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.