Sahabat baik akan membawa kita ke jalan yang benar. Kita akan berjumpa ramai jenis orang dan kerenah orang yang kita tidak sangka akan ada. Kita boleh berkawan dengan ramai orang orang tidak kira bangsa dan agama. Kawan amatlah penting kerana mereka yang akan menemani dan mendengar keluhan hati kita selain keluarga kita sendiri.

Oleh sebab itu, penting untuk kita pilih kawan yang baik dan memahami kita. Berkawan boleh seribu tetapi sahabat baik mungkin hanya beberapa orang sahaja. Bukan mudah untuk kita mendapat sahabat yang baik dan memahami kita apabila kita mempunyai masalah. Kadang-kadang kita segan untuk menceritakan masalah kepada keluarga, maka sahabatlah tempatnya.

Sahabat ibarat keluarga nombor dua bagi kita. Jika kita dapat seorang sahabat yang hebat dan boleh membimbing kita ke arah yang benar, maka beruntunglah kita. Sahabat baik bukanlah bermaksud kawan yang kita sudah kenal bertahun-tahun tetapi seorang kawan yang ada masa susah dan senang kita.

Sahabat baik juga bukan hanya seorang, mungkin dua orang, tiga orang atau lebih. Tetapi bagaimana kita hendak tahu jika kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik dan hebat?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tanda kita bersama sahabat yang hebat dan positif. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

tanda sahabat kita hebat

Imej via Facebook

7 Tanda kita bersama sahabat yang hebat dan positif

1. Kita tidak selesa bila nak bersembang tentang sifat jahat dan keburukan orang

2. Kita lebih suka bersembang tentang keluarga sendiri berbanding mencari cari kesilapan keluarga yang lain

3. Kita juga lebih suka bercerita tentang idea idea besar

4. Kita tidak terlalu banyak fokus pada masalah tetapi kita lebih fokus pada mencari solusi

5. Personaliti kita saling melengkapi. Karakter dan pengalaman kita berbeza tetapi mempunyai mindset yang sama

6. Kita dan ahli circle kita mempunyai Growth Mindset. Antara tanda circle kita mempunyai Growth Mindset adalah, mereka suka mencuba benda yang baru, berlapang dada terima teguran dan perubahan dan selalu mencari Opportunity untuk bersama sama membuat kebaikan.

7. Kita bukan The Smartest Man in The Room, maksudnya bukan kita je jadi tempat rujuk circle kita tu. Kita pun boleh rujuk dan minta nasihat daripada mereka.

*Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan bahawa kita dikelilingi oleh sahabat yang hebat dan positif. Jika kita rasa ada sahabat kita yang sebegini, maka jangan lepaskan mereka dan terus bersahabat baik dengan mereka. Mereka dapat membantu kita semasa susah sama ada di dunia atau di akhirat. Insyaallah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.