Bahulu merupakan kuih tradisional yang lembut dan sedap. Terdapat pelbagai jenis bahulu seperti bahulu belimbing, ikan, cermai dan sebagainya. Tetapi ianya berbeza dengan menu yang lain kerana menu yang lain, jenis-jenis nya bukan bergantung kepada resepinya. Tetapi jenis-jenis kuih ini bergantung kepada bentuk acuannya yang di bakar. Dahulukala, kuih ini dibakar menggunakan sabut. Kini , ianya dibakar dengan ketuhar elektrik.
Kuih ini hanya memerlukan resepi yang ringkas sahaja iaitu telur, tepung gandum, gula pasir dan sedikit minyak. Caranya pun tak susah. Oleh itu, kuih ini masih kekal dan tak lapuk dek zaman. Tak percaya? Tengoklah di mana-mana sahaja masih ada yang ada menjualnya dan ada sesetengah tuh siap ambil tempahan sebagai doorgift, hantaran dan sebagainya. Cuma bervariasi kan bentuknya supaya lebih kreatif dan sesuai dengan majlis.
Resepi daripada Noor Syaidah ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. Dah buat nanti bolehlah cicah dengan kopi ‘O’. Apa lagi, jom layan resepinya.
Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu)
Cara-cara membuat:
Selain dari resepi Kuih Bahulu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.