Tips untuk ibu mengandung di Bulan Ramadhan

ramadhan ibu hamil

Wanita yang mengandung haruslah sentiasa menjaga kesihatan agar kandungan tidak terdedah kepada sebarang masalah. Selain itu, wanita mengandung mengamalkan cara hidup sihat dapat membantu dirinya untuk lebih cergas pada setiap masa. Tenaga merupakan perkara yang penting ketika mengandung oleh yang demikian ketika berpuasa wanita mengandung hendaklah memastikan mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti seharian. Pada bulan ramadhan, terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk oleh wanita hamil sebagai langkah menjaga kesihatan dari aspek pemakanan dan fizikal diri iaitu:

Semasa Berbuka Puasa

  • Makan 3 biji buah kurma dan minum air jus yang segar.
  • Mengambil Yogurt rendah lemak juga membantu tahap kesihatan.
  • Manjamu makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran
  • menjamu makanan berprotein seperti ikan dan daging.
  • Menjamu makanan mengandungi karbohidrat contohnya nasi dan roti bijian.
  • Elakkan daripada menjamu makanan yang berlemak tinggi.

Semasa Sahur

  1. Menjamu hidangan berkhasiat nasi beras perang dan roti bijian.
  2. Menjamu makanan mengandungi bijiran berserat tinggi.
  3. Minum susu skim kerana ia hanya mengandungi lemak yang rendah.
  4. Makan buah-buahan amat digalakkan

Elakkan daripada melakukan perkara berikut

 

  1. Hindarkan daripada tabiat suka makan pada lewat malam.
  2. Minum air dalam kuantiti banyak ketika selepas berbuka dan sebelum sahur untuk mengelak nyahidrat berlaku.
  3. Tidak melakukan aktiviti yang menjadikan badan menjadi lemah contohnya membuat kerja berat.

Dengan itu, berbekalkan panduan yang diberikan ibu mengandung hendaklah sentiasa mengikut aturan dan menjaga kesihatan dengan baik. Jagalah pemakanan ketika bulan mengandung dan jaga lah kesihatan anda dari segi dalaman atau pun luaran. Ia amat penting untuk memastikan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Tambahan lagi, sahur mempunyai kelebihan iaitu ia boleh memberi tenaga kepada ibu hamil untuk tetap cergas pada waktu siang. Oleh itu, ibu mengandung haruslah bangun sahur dan mengamalkan yang sepatutnya. Seterusnya, makan ketika sahur akan memberikan nutrient yang penting kepada tubuh badan.

 
 
 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.