Bagaimana cara nak tahu mengandung atau tak khusus bagi wanita hamil?

Mana-mana wanita pun pastinya sentiasa menunggu kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka.

Namun dalam tidak sedar, kadang kala oleh kerana keterujaan itu ramai antara kita yang terlepas pandang akan tanda kehamilan yang sebenar.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang cara nak tahu mengandung atau tak yang boleh anda jadikan panduan di awal kehamilan.

Waktu simptom mengandung akan muncul

Tanda dan SimptomGaris Masa
Tompok darah dan sengugutMinggu 1 – 4
Terlepas haidMinggu ke-4
KejangMinggu 4 atau 5
Mual dan loya (Morning Sickness)Minggu 4 hingga 6
Payudara gatal-gatalMinggu 4 hingga 6
Kerap kencingMinggu 4 hingga 6
Perut rasa penuhMinggu 4 hingga 6
Senang pening kepala bila naik kenderaanMinggu 5 hingga 6
Beremosi dan senang berubah moodMinggu 6
Suhu badan berubah-ubahMinggu 6
Tekanan darah tinggiMinggu 8
Sangat letih dan pedih ulu hatiMinggu 9
Jantung berdegup lajuMinggu 8 hingga 10
Perubahan payudara dan putingMinggu 11
Jerawat mula naikMinggu 11
Kenaikan berat badanMinggu 11
Muka berseri-seriMinggu 12

Panduan cara nak tahu mengandung atau tak

Umumnya, terdapat beberapa panduan cara nak tahu mengandung atau tak. Berikut ini kami kongsikan beberapa caranya.

1. Lewat datang period

cara nak tahu mengandung atau tak

Cara nak tahu mengandung atau tak yang pertama boleh dikesan dari lewatnya datang period.

Haid datang lewat berkait rapat dengan masalah proses menstruasi yang tidak normal. Kehamilan menjadi salah satu punca haid lambat.

Kebiasaan wanita akan mula sedar seawal 4 minggu kehamilan jika mereka mengira kitaran haid mereka.

2. Berlaku pendarahan ringan

Bagi sesetengah kes, wanita juga boleh berlaku pendarahan ringan yang biasa berlaku pada 10 – 14 hari selepas sperm dan ovum bercantum buat pertama kalinya kesan daripada embryo mula menempel ke dinding rahim.

Pendarahan ini boleh dibezakan dengan mudah dengan darah haid. Yang mana darah ini mempunyai ciri warnanya yang lebih terang, keluar dalam bentuk tompokan, dan hanya keluar dalam masa yang singkat sahaja.

3. Rasa kejang atau sakit dibahagian perut

cara nak tahu mengandung atau tak

Pendarahan yang berlaku akan datang bersama kesan sakit, kejang, atau kembung di bahagian perut.

Kesakitan ini disebabkan oleh terhentinya produksi hormon progesteron dari corpus luteal setelah hadirnya sel plasenta. Perut juga terasa kejang kerana otot rahim yang meregang apabila hadirnya janin.

4. Tiba-tiba lesu dan lemah

Di awal kehamilan, wanita mengandung biasanya berisiko untuk mudah letih, lesu, dan lemah.

Hal ini kerana, tubuh badan mengalami peningkatan kadar hormon progesteron, selain dari faktor seperti perubahan isipadu darah, denyutan jantung, serta metabolisme tubuh. 

5. Saiz payudara semakin membesar

Perubahan saiz dan bentuk pada payudara boleh berlaku seawal usia kandungan masuk pada 2 minggu pertama selepas percantuman antara spem dan ovum.

Hal ini semuanya disebabkan oleh perubahan hormon (peningkatan hormon progesteron & estrogen) yang berlaku kepada kaum wanita lalu menyebabkan payudara membengkak dan mengeras.

Siapa sangka perubahan pada payudara ini penting oleh kerana ia sebagai tanda persediaan awal tubuh badan untuk proses penghasilan susu dan penyusuan bayi nanti.

Antara perubahan biasa yang dialami adalah areola (warna hitam di sekeliling puting) berubah warna menjadi lebih gelap dan membesar ukur lilitnya.

6. Perubahan mood yang ketara

Bukan hanya perubahan fikikal, wanita hamil juga biasa akan mengalami masalah perubahan emosional.

Amatlah normal semasa di awal mengandung untuk emosi dan mood mereka sentiasa berubah-ubah. 

7. Kerap kali kencing

Wanita yang mengandung akan melalui perubahan pada hormon hCG. Hormon ini dikenali sebagai hormon yang menyebabkan rata-rata wanita terasa ingin terkencing.

Hormon ini memberi kesan kepada peningkatan saliran darah melalui buah pinggang. Kekerapan kita untuk kencing bergantung kepada usia dan peningkatan berat badan bayi dalam kandungan akibat tekanan pada bahagian pundi kencing.

8. Mabuk hamil

Gejala loya, mual, atau morning sickness biasa berlaku seawal minggu ke-4 hingga minggu ke-6 bagi sesetengah wanita.

Hal ini disebabkan oleh peningkatan asid pada perut akibat bertambahnya paras hormon estrogen. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang mulai dihasilkan oleh plasenta.

9. Mengidam

Mengidam berlaku pada kebanyakan wanita hamil yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

Ia boleh berlkau pada makanan, bahan, atau perkara-perkara lain. Sungguhpun begitu, tidak semua ibu mengandung mengalami masalah mengidam ini.

10. UPT positif

Cara nak tahu mengandung atau tak yang paling mudah seterusnya adalah dengan membeli alat ujian air kencing kehamilan (UPT).

Alat ini banyak dijual di farmasi dan berfungsi untuk mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan. Kebanyakkannya mampu untuk mengesan hormon ini dalam masa 8 hari selepas kita terlepas haid.

Selain dari panduan cara nak tahu mengandung atau tak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Rujukan:

  1. Am I Pregnant? 10 Early Pregnancy Signs and Symptoms. Everyday Health
  2. Tanda-Tanda Mengandung Yang Boleh Tahu Sebelum Missed Period. The Zuriat
  3. Adakah Anda Hamil? My Health Gov

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.