Setiap hari dalam hidup, suka atau tidak, kita akan berdepan dengan sesuatu yang kalau disebut pun kita tak suka: tekanan, masalah, dugaan.

Apatah lagi kalau kita sedang dalam satu perjuangan: nak siapkan Ph.D, nak dapatkan degree, nak dapatkan keselesaan hidup. Malah selalu yang terjadi, sudahla ‘jatuh’ditimpa tangga pula.

cara mengurus emosi

Gambar via emel.com

Tapi itulah kehidupan.

Soalnya bagaimana cara kita melepaskan tekanan, mengurus emosi supaya ‘happy’ walaupun sebenarnya sangat stress?

  • Makan ice cream kegemaran seperti baskin robbins?
  • Tengok movie di cinema sambil makan pop-corn yang sedap bila terkena caramelnya?
  • Menangis sorang-sorang dalam bilik?
  • Cari kawan, shoulder to cry on, paling tidak call untuk luahkan perasaan?

Aha, semua yang di atas saya biasa buat. Sampailah saya rasa, ‘penatnya hidup macam ni’. Memang saya rasa penat bila setiap kali tension, nak kena cari sesuatu untuk menggembirakan saya semula. Kalau cari kawan, tapi kawan pula busy. Lagilah tension.

Anda pernah tak mengalami kitaran hidup yang macam ni? Nak tak saya share pengalaman bagaimana saya dah tak payah cari lagi ice cream, movie atau menangis sorang-sorang taknak keluar bilik? Apakah rahsianya?

Ya, ia memang ada. Cara terbaik mengurus tekanan, mengurus emosi setiap kali masalah datang dalam hidup. Sekelip mata, mood ok balik. Boleh senyum balik. Boleh sambung buat kerja semula. Live goes on dan insha Allah lebih mudah mencari jalan penyelesaian kepada masalah tu (sebab emosi dah terurus).

Itulah yang saya teringat, bila suatu hari seorang anak didik datang menemui saya. Mukanya seperti menyimpan sesuatu yang agak berat untuk diceritakan. Mula-mula saya pun tak tahu kenapa dia datang jumpa saya.

“Dr, tolong saya” dia memulakan bicara. Katanya, hidupnya banyak dugaan. Serba tak kena. Hidupnya terumbang-ambing, terikut-ikut. Dalamannya lemah sampai macam-macam masalah timbul. Dia menceritakan apa benda yang dia sudah ‘terjebak’.

Air matanya sudah tidak mampu diseka.

Saya simpati mendengarnya. Saya tahu, hidup sebagai seorang anak muda bukan mudah. Emosi mudah terganggu, dan masalah besar boleh timbul bila emosi yang terganggu itu tidak diuruskan dengan cara yang betul.

‘Aku dulu pun macam tu’ saya mengeluh dalam hati. Ia satu bebanan yang terasa begitu berat, apabila lipatan hidup selama beberapa tahun menetap di US terselak satu persatu.

Waktu itu, secara luarannya saya OK: CGPA bagus, ada kerja part time, dapat kumpul duit, sesekali berjalan-jalan. Tapi sebenarnya dalaman saya sangat lemah.

stressbeautifulflawsblog

Saya masih ingat lagi, satu ketika saya merasa begitu tertekan kerana perlu menyiapkan satu tugasan yang sukar dan ia adalah projek individu. Hari pula sudah malam dan ia perlu dihantar keesokan harinya. Kerana tekanan yang begitu kuat, saya menangis seorang diri. Bukan menangis teresak-esak.

Saya menangis macam orang gila.

Boleh anda bayangkan, hanya kerana satu tugasan saya menangis macam orang hilang akal (sebab saya nak sangat score, tapi tugasan tu terlalu sukar pada saya, dengan masa yang sudah suntuk). Begitulah lemahnya dalaman saya waktu itu. Entah kenapa tapi saya memang tidak mampu mengawal perasaan.

Tapi waktu itu saya tidak kisah, sebab saya fikir hanya itu saja cara yang saya ada untuk melepaskan tekanan tersebut. Ia terlalu teruk, sampai saya sukar untuk menghilangkannya dari kotak memori.

Ya Allah, apabila mengingatkannya sekarang, saya maki hamun diri sendiri. ‘Kenapa lah aku macam tu dulu?’

Kenapa bila ada masalah, saya mesti akan ke kedai untuk membeli ais krim Ben & Jerry? Makan sampai habis satu bekas yang sepatutnya boleh dinikmati oleh lima orang. Tapi tak sampai 5 minit habis saya makan seorang. Kononnya ais krim perasa Chocolate Fudge Brownie itulah yang boleh menenangkan emosi saya yang tak tentu hala waktu itu.

Atau, saya akan habiskan masa berjam-jam menonton drama, movie, atau anime Jepun. Kawan-kawan juga selalu menjadi mangsa, kerana perlu mendengar luahan hati saya.

Adakalanya masalah terlalu kecil, tapi saya boleh termenung, menangis seorang diri berjam-jam lamanya di tepi tebing Sungai Missisippi yang letaknya hanya 500 m dari hostel.

Begitulah lemahnya dalaman saya.

Sampai sekarang saya marahkan diri sendiri. ’Kenapa waktu tu aku tak solat je bila tension? Kenapa tak ingat Tuhan? Kenapa tak ngadu je kat Tuhan? ’

Saya ingatkan bila saya solat, saya bertudung, saya fikir saya ’OK’. Saya fikir saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Islam.

Tapi apabila membaca ayat ke 14 dari Surah Al-Hujuraat, air mata saya mengalir laju.

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘.

Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Barulah saya sedar, sebenarnya Tuhan tiada dalam hati saya.

Sebab tu, apabila ada masalah dalam hidup, apabila emosi terganggu, saya perlu mencari jalan keluar dengan cara yang lain: ice cream, movie, window shopping, jumpa kawan, menangis seorang diri.

Saya lupa saya ada Tuhan yang anytime boleh selesaikan masalah saya. Tuhan yang sentiasa ada, yang sentiasa ready untuk dengar isi hati saya, untuk tenangkan saya semula.

Saat menulis ini saja air mata saya mengalir laju. ’Maafkan diriku ini Tuhan. Ampuni aku yang selama ini tiada cinta buatMu di dalam hati ini. Mohon ampuniku ya Allah’

Itulah kesilapan besar yang saya buat dalam hidup. Sebab itu, apabila sekarang saya sendiri sudah menjadi seorang ibu, saya tak mahu anak-anak saya melakukan kesilapan yang sama.

Saya tahu yang perkara paling penting saya perlu bimbing anak kecil saya bukan soal mengenal ABC, atau pandai memegang pencil dan mengayuh basikal.

Tapi mengenalkan mereka kepada Tuhan yang sangat mengasihi diri mereka. Bukan sekadar kenal, tahu adanya Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, apa yang Tuhan larang.

Tapi yang lebih penting, cinta kepada Tuhan itu sendiri ada dalam hati mereka. Inilah objektif dan fokus ebook terbaru saya, Teknik ADHA: Bagaimana menanam cinta kepada Allah dalam hati anak kecil kita.

Sebab apabila Tuhan ada dalam hati anak, kita tidak perlu bimbang. Kalau dia ada masalah, dia tahu dia boleh ’pass’ kat Tuhan yang Maha Hebat, Maha Melindungi, Maha Mengasihi yang akan ’take care’ dan selesaikan masalahnya.

Inilah sebenarnya masalah anak didik saya itu. Dia tersalah cara ’pass’ masalah. Tapi pada saya dia masih belum terlambat. Pintu rahmat Tuhan sentiasa terbuka luas.

”Awak budak pandai, study ok, tapi sebenarnya jiwa awak lemah. Jiwa awak sebenarnya saaangat rindu kepada PenciptaNya.”

”Carilah Dia”

Ya para pembaca yang dikasihi, perkara pertama yang kita perlu buat ketika ditimpa masalah, tekanan, dugaan, bila emosi terganggu..ialah ingat Allah. Satu fakta yang orang selalu lupa ialah, walau apapun yang berlaku, kita sentiasa ada Allah.

Sentiasa.

Dan berita baiknya ialah Allah sangat baik. Sekali kita datang kepadanya ‘berjalan’, Allah datang kepada kita ‘berlari’. Maksudnya, kita cari Dia sikit je pun, Dia akan sambut melebihi cara kita datang kepadaNya.

Alhamdulillah, sekarang saya dah tak perlu cari ais krim Ben & Jerry kesukaan saya bila stress. Kalau saya makan ais krim tu, sebab teringin nak makan. Bukan sebab nak lepaskan tekanan.

Sebab saya dah jumpa cara ‘pass’ masalah yang terbaik. Cukup dengan ingat Allah. Ingat kebaikanNya, nikmatNya. Ingat yang rahmat Allah sentiasa terbuka luas, ingat yang Dia akan sentiasa menerima taubat kita, sentiasa ada untuk tolong kita

Insha Allah emosi akan cepat stabil. Bila emosi dah stabil, fikirkan dengan pemikiran yang waras bagaimana untuk kita usaha menyelesaikan masalah yang berlaku. Jemput pertolongan dari Nya.

Insha Allah, life moves on..happily, peacefully, no matter what happen.

Saya doakan anda juga akan terbiasa hadapi tekanan dan urus emosi dengan cara terbaik ini: ‘pass’ saja kepada Allah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Yang baik dari Allah. Sebar-sebarkan semoga kita dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tidak terjebak dengan cara yang salah menghadapi tekanan.

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.