Bagaimanakah cara kira usia kandungan dan tarikh untuk bersalin bagi setiap kehamilan?
Perjalanan sewaktu hamil bukan sahaja menjadi kenangan yang indah untuk setiap pasangan.
Tetapi juga memerlukan pendedahan ilmu yang mencukupi agar proses kehamilan dapat berjalan dengan lancar sehingga bersalin nanti.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara kira usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin yang tepat.
Usia kandungan adalah tempoh masa bayi berada di dalam perut ibu yang hamil. Ia boleh dikukur berdasarkan beberapa minggu.
Yang mana usia kandungan ini akan ditentukan dengan mengira perbezaan waktu antara hari pertama kitaran haid terakhir wanita dan tarikh semasa.
Umumnya, usia kandungan dan usia janin adalah berbeza. Usia kandungan biasanya dikira dari waktu kitaran haid terakhir, meskipun pada ketika itu persenyawaan belum terjadi.
Hal ini kerana, pembentukan janin hanya akan terjadi dua minggu selepas hari pertama haid terakhir.
Biasanya, doktor akan menggunakan usia kehamilan untuk menjangkakan bila bayi akan lahir. Ini dikira selama 40 minggu, dari waktu haid terakhir sehingga waktu bersalin tiba.
Manakala, usia janin adalah usia sebenar janin terbentuk dalam rahim. Usia janin dikira berdasarkan pertumbuhan janin dalam rahim, setelah proses persenyawaan terjadi.
Terdapat beberapa cara kira usia kandungan yang boleh kita lakukan. Antara caranya adalah seperti yang berikut:
1. Ikut kiraan kalender
Kiraan kalender dari hari pertama haid terakhir (HPHT) menjadi kaedah biasa yang digunakan sejak dulu lagi.
Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu tahu tarikh sebenar hari pertama haid terakhir anda.
Contohnya jika hari haid terakhir anda adalah 17 Jun 2023, maka bulan pertama usia kandungan bayi anda ialah 17 Julai 2023.
Anda cuma perlu tambah 1 bulan dari tarikh HPHT anda.
2. Lakukan pemeriksaan ultrasound
Selain itu, anda juga boleh mengira usia kandungan dengan lebih mudah dan tepat dari bantuan mesin imbasan ultrasound.
Kaedah ini sangat berguna sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur.
Anda boleh lakukan transvaginal pada awal kehamilan untuk melihat janin dengan lebih dekat.
Kemudian, setelah usia kandungan sudah 5 atau 6 minggu, anda boleh lakukan pula transbdominal iaitu imbasan yang dilakukan melalui dinding perut.
3. Kaedah fundus uterus
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kaedah fundus uterus. Kaedah fundus uterus adalah pengiraan usia kandungan berdasarkan ketinggian puncak rahim.
Semakin berkembang janin, maka akan lebih meninggilah puncak rahim si ibu.
Usia Kehamilan | Tinggi Fundus Uterus |
---|---|
22 – 28 minggu | 24 – 25 cm |
28 minggu | 26.7 cm |
30 minggu | 29.5 – 30 cm |
32 minggu | 29.5 – 30 cm |
34 minggu | 31 cm |
36 minggu | 32 cm |
38 minggu | 33 cm |
40 minggu | 37.7 cm |
4. Menggunakan aplikasi kalender
Ibu hamil boleh juga menggunakan aplikasi kalender kehamilan menerusi telefon pintar masing-masing untuk memantau perkembangan bayi.
Contohnya aplikasi yang sesuai adalah seperti Pregnancy Tracker & Baby WTE App, Pregnancy+, Ovia Pregnancy Tracker, Baby Centre, theAsianparent dan sebagainya.
5. Periksa pergerakan janin
Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Patricia Lim Su-Lyn, carta pergerakan bayi adalah rekod penting yang perlu ditanda ibu hamil untuk mengenal pasti pergerakan janin, terutama apabila kandungan sudah mencecah trimester ketiga.
Namun bagi menentukan usia kandungan dengan menggunakan kaedah pergerakan janin, ianya tidaklah begitu disyorkan sebenarnya.
Hal ini kerana, pergerakan janin cuma boleh dirasakan pada sekitar 16-18 minggu kehamilan.
Formula kira due date tarikh bersalin adalah seperti berikut:
Contoh perkiraan:
Tarikh hari pertama haid terakhir: 7 Mei 2022
Maka, tarikh kelahiran adalah 12 Februari 2023.
Selain pentingnya kita mengetahui due date sebelum bersalin untuk memastikan segala persediaan fizikal, rohani, dan emosi dapat dibuat.
Ia juga bagi mengelak dari ibu hamil bersalin overdue dari tarikh sebenar. Hal ini kerana, bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan pelbagai masalah kesihatan.
Antaranya seperti, bayi mati dalam kandungan, fetal distress, risiko bahu bayi tersangkut, dan sebagainya.
Selain dari panduan cara kira usia kandungan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:
Sumber: