Jom ketahui tips dan cara kemas rumah yang boleh dicuba.
Mengemas rumah adalah di antara tugasan yang takkan pernah habis. Ia adalah kerja yang perlu dilakukan setiap hari. Malah jika rumah anda mempunyai anak kecil, pastinya anda perlu mengemas rumah berkali-kali setiap hari. Semakin ramai anak kecil dalam rumah anda, semakin cepat rumah bersepah semula dan bermaksud semakin kerap anda perlu mengemas.
Ada kalanya mengemas rumah boleh menyebabka kekecewaan kerana walau pun sudah dikemas, rumah masih kelihatan bersepah dan tidak kemas. Jangan bimbang kerana ia bukan masalah anda seorang. Ada ramai ibu di seluruh dunia yang mengalami masalah sama seperti anda.
Nak tak kalau kami kongsikan cara kemas rumah supaya sentiasa nampak kemas yang boleh anda amalkan. Kami jamin sekiranya anda ikut tips dan trick yang kami kongsikan, selepas ini rumah anda tidak akan kelihatan berselerak lagi.
Salah satu punca rumah menjadi tidak kemas, sentiasa kelihatan berselerak dan berada dalam keadaan tidak bersih adalah disebabkan oleh ada terlalu banyak barang yang disimpan di dalam rumah.
Mengaku sahaja kebanyakan barang yang disimpan itu pula adalah barang yang tidak digunakan lagi namun sayang untuk dibuang. Ketahuilah bahawa tabiat suka menyimpan barang lama dan tidak lagi digunakan adalah di antara tabiat yang boleh menyebabkan kerja mengemas anda menjadi semakin rumit.
Oleh itu, kalau anda nakkan rumah yang kemas dan bersih sentiasa, anda perlu mula membuang barang lama, rosak, dan tida digunakan lagi. Tolak ke tepi rasa sayang kepada barang tersebut. Mungkin pada anda setiap barang mempunyai memori tersendiri namun percayalah jika anda berjaya membuang apa yang patut, anda akan berasa lebih tenang apabila melihat rumah yang kemas.
Pilih barang yang tidak digunakan lagi kemudian keluarkan dari rumah. Anda boleh jual semula dengan harga yang murah seperti carboot sale. Atau anda juga boleh hantar ka pusat kitar semula dan mendapat sedikit wang. Selain itu anda boleh pilih untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Menyusun semula susun atur perabot di dalam rumah juga sangat membantu untuk membuatkan rumah kelihatan lebih cantik, kemas, dan cantik. Ada masanya rumah anda kelihatan berselerak kerana anda sudah terbiasa dan jemu dengan susun atur sedia ada. Apabila anda menyusun semula perabot yang anda, mata anda akan melihat sesuatu yang segar dan otak akan memproses suasana tersebut sebagai bersih dan kemas.
Mengemas seorang diri adalah sangat memenatkan dan membosankan. Sesekali apa salahnya kalau anda minta bantuan ahli keluarga lain untuk mengemas bersama? Anda boleh jadikan mengemas rumah sebagai aktiviti bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Pastinya anda sekeluarga akan berasa seronok melakukan aktiviti tersebut. Bahagikan tugas untuk setiap ahli keluarga atau anda boleh lakukan semua tugasan bersama. Sebagai contoh:
Ini adalah sangat penting. Setiap hari sila ingatkan ahli keluarga yang lain agar tidak menyelerakkan rumah. Beritahu mereka dengan jelas bahawa anda tela mengemas rumah dan berasa sangat penat untuk mengemas semula. Ingatkan mereka bahawa rumah ini milik bersama dan setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing. Jika ada yang membuat selerak, minta individu tersebut mengemas semula dengan segera sehingga kemas seperti sedia kala. Ia akan mengajar ahli keluarga anda untuk menjadi lebih disiplin dalam menjaga kekemasan rumah.
Jika anda mempunyai anak kecil, menyediakan bilik mainan atau play room adalah di nantara alternatif terbaik untuk anda mendapat rumah yang kemas dan bersih. Biarkan anak anda bermain sepuas-puasnya di dalam bilik mainan yang disediakan. Jika berselerak, hanya bilik tersebut yang akan bersepah. Biarkan sahaja jika anda penat atau tiada mood untuk mengemas. Tutup sahaja pintu bilik untuk anda lupakannya.
Satu lagi cara kemas rumah yang boleh anda amalkan ialah dengan cara mendidik anak untuk menjaga kekemasan dan kebersihan rumah sejak mereka kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dari mereka kecil anda perlu mendidik mereka kerana jika sudah remaja, akan susah untuk mereka menerima didikan anda memandangkan mereka sudah biasa membuat selerak dan tidak mengemas semula.
Akhir sekali, anda jangan lupa untuk memuji ahli keluarga setiap kali mereka membantu mengemas dan tidak menyelerakkan rumah. Pujian adalah dambaan setiap manusia di dunia.
Apabila anda memuji, mereka akan lebih bersemangat untuk memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Sesekali anda boleh beri mereka upah yang menarik seperti memasak makanan kegemaran mereka atau bawa makan di luar.
Itulah dia info tentang cara kemas rumah supaya sentiasa nampak kemas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara servis aircond rumah, petua kecantikan dan hukum gantung gambar dalam rumah.