Kelebihan dalam teknologi hari ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada sektor pengangkutan, perhubungan, pembelajaran, dan perubatan. Malah dari segi penyediaan makanan juga memberi kelebihan yang sama.

Pantas, sihat, dan mesra pengguna itulah antara ciri-ciri menarik bagi sebuah air fryer. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara guna air fryer yang betul.

Bagaimana air fryer berfungsi?

cara guna air fryer

Air fryer berfungsi untuk memasak makanan dengan cara perolakan udara panas. Perolakan udara inilah yang nantinya menghasilkan tesktur makanan menajdi ranggup seakan-akan digoreng.

Menurut pakar penyelidik, air fryer menggunakan udara panas yang mengandungi titisan halus minyak untuk mengeluarkan air daripada makanan.

Hasilnya akan menjadi sama seperti makanan yang digoreng tetapi rendah kandungan lemak.

Cara guna air fryer bagi “beginner”

  1. Untuk elak air fryer akibat pantulan haba, pastikan ia berada 15 cm atau lebih dari dinding dan sekelilingnya.
  2. Jangan sesekali mengundur kembali butang “timer” walaupun berlaku kesalahan semasa proses masak.

Panduan suhu dan masa memasak yang sesuai

Jadual di bawah ini adalah panduan untuk menetapkan suhu dan masa yang sesuai bagi setiap jenis makanan ketika kita menggunakan air fryer.

cara guna air fryer

Tips penjagaan air fryer agar tahan lama

Air fryer juga sama halnya dengan barangan elektrik yang lain. Sekiranya tidak betul cara guna air fryer juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk sehingga “mematikan” semua fungsinya sebagai pemudah di dapur.

Berikut ini kami kongsikan kepada anda beberapa tips penting untuk memastikan air fryer di rumah bertahan lama.

  1. Elak dari mengoreng apa jua jenis sayur dalam air fryer. Hal ini kerana, kadar haba yang dihasilkan semasa masak nanti boleh memusnahkan nutrien penting yang sepatutnya terkandung didalamnya seperti asif folik, vitamin B, dan vitamin C.
  2. Pastikan tetapan suhu berada pada 180 darjah celsius agar makanan tidak terbakar dan menghasilkan acrylamide, penyebab kepada barah.
  3. Tetapkan pemasa hidup / mati automatik pada air fryer untuk memastikan makanan tidak terlebih masak.
  4. Kurangkan kekerapan penggunaan air fryer. Pelbagaikan cara masakan yang lebih sihat seperti mengukus dan merebus.
  5. Tidak perlu defrost makanan sejuk beku jika mahu masak di dalam air fryer.
  6. Pastikan tempat letak air fryer adalah keras dan tegap. Ini bagi mengelakkan bunyi bising dan gegaran apabila kipas air fryer berpusing.
  7. Pastikan ruang keluar masuk udara di bahagian belakang dijarakkan sekurang-kurangnya 5 inci daripada apa-apa yang berdekatan.
  8. Basuh terlebih dahulu bakul air fryer sekiranya baru pertama kali menggunakannya.
  9. Sebelum menggoreng, pastikan spray / sapu / lap minyak dengan menggunakan tisu di bahagian bawah bakul air fryer dan panaskan selama 2 hingga 3 minit dengan suhu 170 – 180 darjah.
  10. Pastikan setiap aksesori air fryer yang dibeli mempunyai ukuran yang sama dengan bakul air fryer.
  11. Basuh bakul dan pan air fryer dengan sabun biasa dan berus lembut selepas menggunakannya.

Contoh kesalahan dalam menggunakan air fryer

Walaupun penggunaan air fryer di dapur bukanlah satu perkara baru, namun pasti ramai yang melakukan kesalahan yang sama selama menggunakan alat ini.

Berikut ini kami kongsikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan tidak kira oleh pengguna lama atau beginner seperti anda.

1. Isian terlalu “sendat”

Umumnya, kapasiti air fryer adalah sekitar 1.8, 2.5 liter atau sebagainya. Namun dengan kapasiti sebesar itu, kita masih tidak boleh isi makanan terlalu banyak.

Hal ini kerana, sistem memasak di dalam air fryer menggunakan aliran udara panas.

Jika makanan terlalu padat, ia memberi kesukaran kepada udara untuk bergerak bebas dan memastikan makanan masak dengan sekata.

2. Terlupa untuk panaskan terlebih dahulu

Seperti mana kita menggunakan ketuhar, begitulah juga caranya dengan air fryer.

Sebelum memasak apa-apa makanan, air fryer perlu dipanaskan terlebih dahulu agar proses memasak dapat dilakukan secara optimum.

3. Tidak membalikkan makanan

Walaupun kita telah menetapkan tetapan masa untuk air fryer tersebut, namun ini tidak bermakna kita boleh tinggalkannya begitu sahaja khususnya jika memasak daging. ayam, atau ikan.

Seeloknya balikkan makanan yang dimasak dalam satu atau dua kali sepanjang proses bagi memastikan ia dimasak secara sekata.

4. Pilih cara masak yang salah

Banyak makanan yang kita sebenarnya tidak perlu gunakan pun air fryer untuk memasaknya. Contohnya seperti goreng telur sebiji, masak nasi, goreng donut, kukus ikan, dan sebagainya.

5. Tidak langsung menggunakan minyak

Do You Use Oil in An Air Fryer

Memasak tanpa menggunakan minyak, ia akan menyebabkan permukaan alatan memasak melekat dan seterusnya hasil masakan tampak tidak cantik.

6. Tidak menggeringkan makanan terlebih dahulu

Apabila kita mahu memasak makanan seperti daging, ayam, ikan, dan sayuran seelok-eloknya ia dikeringkan terlebih dahulu. Boleh tekapkan dengan tisu sebelum dimasak untuk memastikan makanan itu cepat dan mudah dimasak.

Selain dari panduan cara guna air fryer ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan barang elektrik seperti:

Rujukan:

  1. How To Use An Air Fryer. Kristine’s Kitchen
  2. General Tips For Air Frying. Blue Jean Chef
  3. 10 of The Best Air Fryer Tips and Tricks To Follow, According To Chefs. Insider

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.