Bagaimanakah cara goreng ikan tak melekat yang boleh anda jadikan petua berguna di rumah?

Ikan goreng adalah hidangan yang sangat sinonim bagi setiap keluarga. Siapa yang tidak gemar dengan keenakkan dan kerangupan ikan goreng bersama nasi panas.

Walaupun hidangan ini nampak mudah tetapi agak sukar untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang enak.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara goreng ikan tak melekat dan petua lain yang berguna.

Cara goreng ikan tak melekat

cara goreng ikan tak melekat

Masalah ikan yang melekat pada kuali adalah kerana permukaan ikan yang basah bersentuhan pula dengan permukaan kuali.

Apabila anda menggoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak tetapi permukaan ikan yang sudah terlebih dahulu bersentuhan dengan kuali akabn menyebabkan ia terus mengering dan melekat.

Bila sudah melekat, memang susah untuk menterbalikkan ikan sehingga menyebabkan isinya melekat pada kuali.

1. Goreng dengan minyak panas

Sebelum menggorengkan ikan pastikan kuali yang anda gunakan untuk menggorengkan telah dipanaskan. Minyak juga mestilah benar-benar panas sebelum dimasukkan ikan.

2. Perap dengan asam jawa

Asam jawa dikatakan dapat memejalkan isi ikan. Selain itu, perapan ikan dengan asam jawa dapat menjadikannya lebih enak dan tidak melekat atau meletup ketika digoreng.

3. Bahan salutan

Gunakan bahan salutan secukupnya untuk mengelakkan ikan daripada melekat di kuali. Untuk ini anda boleh gunakan kunyit sahaja untuk memudahkan urusan.

4. Kuali pastikan bersih

Paling mudah sekali adalah dengan memastikan kuali yang ingin digunakan telah dibasuh dengan elok dan dikeringkan sebaiknya.

Gunakan penggosok periuk yang sesuai untuk menanggalkan kotoran yang melekat untuk mengelakkan ikan dari melekat.

5. Balut daun pisang

Bungkuskan ikan dengan daun pisang yang telah dibersihkan. Goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang ini digunakan sebagai alas untuk mengelakkan daripada ikan melekat.

6. Menggunakan tepung beras

Selain asam keping, tepung beras juga sesuai digunakan sebagai salah satu cara goreng ikan tak melekat.

Anda boleh taburkan satu atau dua sudu tepung beras ke dalam minyak yang panas sebelum menggoreng ikan.

Petua goreng ikan supaya garing

cara goreng ikan tak melekat

Siapa yang tidak suka ikan yang ranggup di luar dan juicy isinya di dalam. Untuk mendapatkan tekstur yang juicy anda tidak perlu memasak ikan terlalu lama.

Ini kerana semula jadi struktur ikatan kimia protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Namun untuk mendapatkan garing di luar, anda boleh cuba cara berikut:

1. Minyak banyak

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Pastikan ikan tenggelam dengan minyak secara keseluruhannya agar sempurna  dengan kulit luar garing tapi isi lembut di dalam.

2. Kawal api

Kuatkan api ketika mula-mula masak agar kulit ikan menjadi garing. Kemudian barulah perlahankan api sedikit sehingga ikan masak.

3. Terbalikkan bila dengar bunyi

Jangan terbalikkan ikan sehinga anda memastikan ia benar-benar garing. Balikkan ikan apabila anda tidak lagi mendengar bunyi “ssshhhh”.

Petua goreng ikan agar tak meletup

Untuk elak ikan dari meletop, pastikan anda mencuci ikan dengan cara yang betul. Anda boleh gunakan limau nipis bersama sedikit garam halus ketika mencuci.

Tepung gandum juga sesuai dibuat untuk mencuci ikan. Kedua-dua kaedah ini semestinya dapat menghilangkan bau hanyir dan juga lendir yang terdapat pada ikan sekali gus dapat elakkan ikan untuk meletup.

Selain dari tips cara goreng ikan tak melekat ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai petua di dapur yang lain seperti:

Sumber:

  1. Tips Goreng Ikan Tak Lekat Kuali. Selvakumar Arunasalam
  2. Bagaimana Untuk Mengelakkan Ikan Melekat Pada Kuali? Makmal Makanan

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.