Menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga 100 ekor lembu, itu kata-kata orang dulu-dulu. Walaupun susah untuk menjaganya, tetapi mudah untuk kita mendidik anak perempuan kita dari kecil.
Adakah kita sebagai ibu bapa sudah cukup untuk mendidik anak perempuan kita? Mari kami kongsikan 5 cara didik anak perempuan sebelum usia remaja yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif
1 – Latih mereka untuk MENGADU pada kita kerana banyak masalah sosial berlaku bila anak perempuan merasa kekok untuk mengadu pada ibupanya sendiri
2 – Latih mereka untuk MALU bila berhadapan dengan orang asing dan ajnabinya kerana malu adalah benteng pertahanan terkuat seorang wanita
3 – Latih mereka untuk MENGAWAL & MENGURUS EMOSI kerana masalah emosi adalah masalah terbesar seorang wanita
4 – Latih mereka sifat EMPATI & MEMAHAMI kerana ianya sangat diperlukan ketika mereka berumahtangga nanti
5 – Latih mereka untuk MERASAI KESUSAHAN kerana ianya cara terbaik untuk mengajar mereka resilien, iaitu kemampuan dan daya tahan diri untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran hidupnya nanti
*Kita sebagai ibu bapa dinasihatkan untuk menjaga anak perempuan sebaik mungkin kerana di dalam islam mereka adalah pelindung dari api neraka untuk ibu bapa, jika dididik dengan baik. Maka, kita sebagai ibu bapa jangan mengambil mudah tentang cara dididik anak. Begitu juga, jangan letakkan harapan penuh kepada sekolah untuk mendidik anak-anak kita.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.