Bagaimanakah cara cepat sembuhkan luka melecur? Kemalangan di dapur dikatakan menjadi insiden yang paling banyak berlaku dalam rumah.
Contoh yang paling lazim adalah terkena sesuatu yang panas sehingga menyebabkan luka melecur.
Justeru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara cepat sembuhkan luka melecur.
Melecur adalah kecederaan biasa yang mudah untuk dicegah. Ia berlaku disebabkan oleh kecuaian diri sendiri ketika mengendalikan sesuatu atau objek yang panas.
Walau bagaimanapun terdapat sebab lain yang boleh terjadinya kemalangan ini antaranya disebabkan oleh:
Terdapat tiga jenis tahap melecur yang anda perlu tahu iaitu terdiri daripada tahap pertama, tahap kedua, dan tahap ketiga.
Tahap pertama dikategorikan sebagai kurang serius, tahap kedua sederhana, dan tahap ketiga adalah yang paling serius sekali.
Kecederaan yang terjadi adalah seperti yang berikut:
Luka jenis ini hanya terjadi pada lapisan luar kulit (epidermis) sahaja. Apabila kita terkena, kita akan merasa sakit.
Manakala kawasan lukar akan bertukar berwarna kemerah-merahan seperti sunburn dan melepuh.
Luka pada tahap 2 lebih serius kerana ia melibatkan dua lapisan kulit iaitu epidermis dan dermis.
Ia bukan sahaja melepuh tetapi juga akan menukarkan kawasan melecur tersebut berwarna merah keputihan. Permukaan lukanya pula menjadi kering atau lembap dengan cecair tisu.
Kecederaan melecur di tahap 3 adalah yang paling serius. Semua lapisan kulit cedera akibat melecur.
Kawasan kulit yang cedera akan menjadi kering dan berwarna putih, hitam atau coklat gelap. Rawatan yang lewat akan menyebabkan pesakit mengalami dehidrasi dan “hypovolemic shock”.
Di tahap ini, jangan cuba-cuba untuk merawatnya sendiri. Segera dapatkan rawatan yang lebih terperinci daripada doktor untuk menyelamatkan nyawa anda.
Untuk kecederaan luka melecur yang ringan dan tidak begitu serius seperti tahap pertama, kita sebenarnya boleh memberi rawatan awal di rumah sebagai salah satu cara cepat sembuhkan luka melecur tersebut.
Berikut ini kami senaraikan beberapa cara cepat sembuhkan luka melecur yang boleh anda praktikkan bila terjadinya kemalangan di rumah.
Pertamanya, rendamkan luka di dalam air sejuk selama 5 minit sekurang-kurangnya. Ingat, jangan sesekali rendam luka dalam ais atau air yang berais kerana ia akan menyebabkan luka kita semakin berair dan bertambah teruk.
Fungsi kita merendam luka dalam air sejuk adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dirasai dan mengurangkan risiko radang atau bengkak di kawasan yang cedera.
Kemudian, basahkan tuala dan tuam tuala tersebut pada luka melecur tadi. Boleh ulang langkah ini selama 15 mint atau lebih dengan cara yang paling berhati-hati dan perlahan untuk mengelakkan lepuhan itu pecah.
Luka yang berkaitan dengan melecur sangat mudah dijangkiti kuman. Jangkitan ini biasanya akan menyebabkan demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
Justeru itu bagi membantu merawat luka melecur supaya tidak terkena jangkitan kuman, anda boleh gunakan krim antibiotik dari doktor atau farmasi.
Antara jenama krim yang terbaik di farmasi khusus untuk merawat luka melecur adalah seperti yang berikut:
Untuk menyapu krim atau ubat-ubatan tertentu pada kawasan lepuhan, adalah lebih baik menggunakan tuala lembut daripada cotton ball.
Ini bagi mengelakkan fiber halus dari cotton ball melekat pada luka lalu meninggalkan risiko jangkitan yang lain.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak masak, minyak rambut, atau ubat gigi kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bertambah teruk dan sukar sembuh.
Balut dengan longgar kawasan yang melecur dengan pembalut sterile gauze (sterile gauze bandage). Hal ini bagi memastikan adanya ruang pengudaraan untuk luka lekas sembuh.
Akhir sekali, jika terdapat simptom jangkitan seperti keluar lelehan berwarna putih atau kuning atau nanah dari kawasan melepuh, rasa panas, sakit atau bengkak, serta timbul garis-garis merah pada tempat luka melecur itu, pastikan anda mendapatkan rawatan segera di hospital.
Selain dari cara cepat sembuhkan luka melecur ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan kesihatan seperti:
Sumber: