Cara buat air soya homemade sendiri sebenarnya tidaklah begitu sukar kerana anda hanya memerlukan beberapa bahan yang boleh didapatkan di rumah sahaja.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara buat air soya homemade yang boleh anda cuba sendiri di rumah untuk dinikmati bersama keluarga.
Soya adalah salah satu daripada beberapa jenis tumbuhan dengan semua asid amino yang diperlukan tubuh anda untuk membuat protein.
Ia banyak digunakan sebagai produk makanan, minyak, supplemen, dan keperluan industri yang lain.
Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter.
Bunganya pula berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya adalah Glycine max.
1. Menurunkan paras kolesterol
Protein soya boleh membantu menurunkan paras kolesterol melalui sebatian isoflavon yang terkandung di dalamnya.
2. Baik untuk kesihatan kulit
Ekstrak biji kacang soya mempunyai banyak kelebihan kepada kulit seperti mencerahkan kulit, bersifat antiradang, melindungi kulit daripada sinaran UV, merangsang penghasilan kolagen, mencegah gejala-gejala penuaan kulit, dan melambatkan pertumbuhan bulu yang tidak diingini.
3. Sumber serat
Kacang soya mengandung serat larut dan tidak larut yang baik untuk pencernaan. Serat membantu memelihara kesihatan saluran pencernaan, mencegah sembelit, dan menyokong pengendalian paras gula darah.
4. Menurunkan risiko penyakit jantung
Makan kacang soya secara teratur telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
Isoflavon dalam kacang soya dapat membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL), yang merupakan faktor penting dalam kesihatan jantung.
5. Menguatkan tulang
Isoflavon dalam kacang soya juga dapat membantu dalam menjaga kesihatan tulang, terutama pada wanita menopaus.
Ia seakan mirip dengan estrogen dan dapat membantu dalam menjaga kepadatan tulang.
Bahan-bahannya:
Cara untuk membuat:
Nota: Kepekatan air soya ini, boleh dilaraskan. Jika mahu pekat boleh tambah kacang soya, atau jika nak cair sikit boleh juga tambahkan kuantiti airnya.
Air soya akan tahan lebih lama walaupun tanpa bahan pengawet jika anda simpan dalam peti sejuk.
Namun begitu, sebelum air dimasukkan dalam peti sejuk pastikan soya anda sejuk terlebih dahulu baru simpan.
Menurut Prof Madya Dr Hasnah Haron, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) terdapat beberapa mitos soya yang dipandang serong oleh masyarakat. Berikut adalah penjelasannya:
1. Semua produk soya diperbuat daripada GMO
Tidak semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO).
Hal ini kerana banyak produk di pasaran seperti tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan dari GMO.
2. Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya
Sesetengah orang beranggapan soya boleh memberi risiko kanser payudara. Sebaliknya mengikut kajian, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara.
Ini berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan kepada 300,000 wanita di China.
3. Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid
Isoflavon dalam soya juga tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid kepada lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.
4. Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin
Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Pengambilan isoflavon sebenarnya tidak mempunyai kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh seorang lelaki.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara buat air soya homemade dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Selain dari cara buat air soya homemade ini, anda juga boleh baca artikel info kami yang lain berkenaan resepi air kesihatan seperti:
Sumber: