Tahukah anda bahawa serai mempunyai banyak serat? Oleh sebab itu, orang dulu-dulu suka menggunakan serai dalam masakan mereka kerana serai boleh mengatasi masalah sakit perut, detoksifikasi, melegakan senggugut, menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.

Setahu kita, serai ini hanya digunakan dalam masakan sahaja seperti tomyam, singgang, masak kicap, rendang dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah anda mendengar mengenai air serai? Apa kegunaan air serai ini?

Air serai ini boleh mengempiskan perut anda yang buncit itu. Resepi air serai ini juga mudah dan ramai boleh mencubanya. Apakah resepi air serai?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air serai untuk kempiskan perut yang buncit. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.

Resepi air serai

resepi air serai

Imej via Facebook

Cara-cara membuat air serai

Cara nak buat mudah sangat.

resepi air serai

Imej via Facebook

Serai tu dalam 4- 5 batang di ketuk dan rebus sampai setengah jam macam tu. Selepas tu tunggu suam suam macam tu terus minum setiap pagi selepas sarapan.
Ha mudah kan nak buat air serai ni pun. Yang tak mampu konsisten boleh la mandi dengan Sabun Zumba sebab dalam tu ada serai juga.

Manfaat dia sama jee pun akan dapat cuma yang ni dah di modenkan dalam bentuk sabun.

*Resepi air serai ini tersangatlah mudah dan bahan-bahannya semua ada di dapur masak anda. Seeloknya air serai ini minum selepas makan dan jangan minum semasa perut kosong. Jika anda ingin mendapatkan perut kempis dan leper, anda boleh menggunakan resepi air serai ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.