Adakah anda pernah dengar mengenai teh hijau dapat membantu untuk menurunkan berat badan? Ia benar sama sekali. Teh hijau ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal selain bersenam dan kurangkan gula. Teh hijau juga mempunyai 0 kalori.

Ramai yang kata teh hijau ni tidak sedap kerana tawar dan pahit tetapi itulah sebab kenapa berat badan boleh turun. Teh hijau dapat membakar kalori dalam badan anda tanpa anda sedar. Teh hijau ini bukannya teh hijau yang selalu orang jual di pasar malam yang mempunyai susu dan gula. Teh hijau ini biasa orang rendam dengan air panas sahaja dan tidak dicampurkan dengan apa-apa bahan.

Jika anda mahukan kelainan, boleh cuba resepi ini.

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air teh hijau untuk kempiskan perut. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.

Resepi air teh hijau

Bahan-bahannya :

resepi air teh hijau

Imej via Facebook

1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.

resepi air teh hijau

Imej via Facebook

1 inci halia di slice nipis nipis.

resepi air teh hijau

Imej via Facebook

Madu ( ikut suka)

Cara-caranya

Cara dia kan macam gini:
resepi air teh hijau

Imej via Facebook

1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.

2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.

3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.

4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.

4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah.

*Mudah, bukan? Rasa air teh hijau ini lain sedikit daripada biasa tetapi ia boleh mengempiskan perut anda dan membuang angin di dalam badan. Ikuti resepi ini, Insyaallah anda dapat mengempiskan perut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.