Bagaimanakah cara bertangas yang betul? Masyarakat Melayu sangat sinonim dengan pantang larang selepas melahirkan anak seperti bertangas.
Bertangas adalah salah satu dari proses berpantang selama 44 hari yang disarankan kepada ibu selepas melahirkan anak.
Tujuan berpantang adalah untuk memelihara kesihatan dan kewanitaan diri untuk jangka masa panjang.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan kepentingan bertangas dan cara bertangas yang betul.
Apa itu bertangas?
Bertangas adalah proses mandi wap yang melibatkan bahagian intim wanita atau vagina. Ia merupakan salah satu dari proses berpantang yang telah diamalkkan sejak zaman dulu lagi.
Walaupun kebanyakkan wanita moden pada hari ini tidak ramai yang tahu dan amalkan tradisi bertangas, namun ia masih mendapat tempat di hati masyarakat lebih-lebih lagi dengan teknik yang telah dimodenkan.
Jenis-jenis bertangas
Terdapat dua jenis bertangas iaitu bertangas kering dan bertangas basah. Berikut adalah perbezaannya:
Bertangas kering
Menggunakan herba tertentu yang dicampurkan di dalam rebusan air panas
Dilakukan selama 100 hari selepas bertangas kering
Melembapkan kulit dan menguangkan bau badan
Bertangas basah
Menggunakan batu sungai yang dipasanaskan dan atasnya diletakkan pes bahan herba tertentu
Dilakukan pada hari ke-30 selepas bersalin selama 10 hari
Mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka
Kelebihan cara bertangas yang betul
Bertangas mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaatnya kepada kesihatan khususnya kepada wanita selepas melahirkan. Antara kelebihannya adalah seperti:
Mengurangkan masalah bau di bahagian intim
Menghilangkan keputihan
Melancarkan pengaliran darah nifas untuk ibu bersalin
Meningkatkan kesuburan
Buang toksin dalam badan
Mengurangkan bua badam
Mempercepatkan pemulihan selepas bersalin
Mengurangkan masalah rahim
Mengelakkan masalah kegatalan di bahagian intim
Membantu melangsingkan badan
Mengecutkan rahim
Menguatkan otot vagina
Mengurangkan masalah senggugut
Cara bertangas yang betul
Berikut kami kongsikan cara bertangas bagi kedua-dua kaedah iaitu secara kering dan basah.
Cara bertangas yang betul (kering)
Ambil batu sungai dan panaskan di atas dapur selama 10-15 minit.
Sediakan bahan bertangas iaitu asam keping, garam kasar, halba, limau nipis, dan kunyi hidup di tumbuk untuk dijadikan pes.
Selepas batu sungai panas, angkat dan letakkan atas kain dengan berhati-hati.
Lumurkan pes yang telah ditumbuk tadi di atas batu. Batu tadi akan mengeluarkan asap yang bertindak untuk mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh badan.
Selepas asap mulai keluar, cepat letakkan di atas loyang dan anda boleh duduk perlahan-lahan.
Tempoh bertangas adalah sekurang-kurangnya 30 minit.
Jika batu kurang panas, anda boleh renjiskan air supaya wap asap panas itu keluar.
Cara bertangas yang betul (basah)
Masukkan bahan-bahan seperti (kunyit hidup sebesar ibu jari, asam keping 4-5 keping, lada hitam 20 biji, manjakani 5-6 biji, sedikit garam kasar, dan daun sirih 15 keping ke dalam periuk yang berisi air lalu didihkannya.
Selepas ramuan dan air di didihkan sekitar 30 minit, boleh tutup api.
Tuangkan semua ramuan di dalam baldi yang boleh digunakan untuk bertangas.
Anda perlu duduk di atas wap yang keluar daripada baldi itu selama 30 minit.
Selain dari cara bertangas yang betul ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kehamilan dan kesuburan seperti:
Bertangas Selepas Bersalin. 7 Kebaikan Untuk Wanita! Pantang Plus
Bertangas Bukan Hanya Amalan Berpantang. Azhafizah
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.