Bagaimanakah tips cegah meroyan bagi para ibu selepas bersalin?

Kajian menunjukkan bahawa 10 daripada ibu hamil mengalami simptom meroyan iaitu gangguan emosi.

Meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wania sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan sesuatu di luar kewarasan akal fikiran.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips cegah meroyan khusus kepada para kaum ibu selepas bersalin atau melahirkan anak.

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan

tips cegah meroyan

Tips cegah meroyan yang pertama boleh anda buat adalah dengan memperbaiki hubungan spiritual kepada Allah SWT.

Bagi yang beragama Islam, cubalah dekatkan diri dengan Allah SWT dengan melakukan amal kebaikan seperti mendengar ayat Al-Quran, berzikir dan berdoa.

Walaupun sedang berpantang, anda masih boleh beribadah kepada Allah dengan cara yang lain. Dalam tempoh berpantang dan semasa bernifas ini, syaitan amat suka menganggu jiwa anda.

Justeru, hanya dengan amalan rohani boleh memberi kekuatan spiritual yang ampuh bagi melawan segala godaan dan bisikan syaitan.

2. Lakukan aktiviti yang disukai

Ibu yang menjaga bayi siang dan malam memang sangat meletihkan. Biasanya memang boleh menjejaskan waktu tidur.

Apabila rutin ini berlarutan, apa yang berlaku ibu akan cepat letih kerana di siang dan malam sibuk menguruskan anak.

Dalam hal ini, para suamilah yang perlu memainkan peranan dengan mengambil alih menjaga anak. Mungkin disiang hari ibu jaga anak, di malamnya pula giliran ayah.

Ibu mesti ambil masa untuk ‘me-time’ supaya ibu dapat tenangkan fikiran sebentar. Lakuka aktiviti yang anda sukai untuk mengembalikan tenaga dan mood positif semula.

3. Dapatkan rehat yang mencukupi

tips cegah meroyan

Tips cegah meroyan yang berikutnya adalah dapatkan rehat yang mencukupi.

Mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir pastinya menyukarkan untuk mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang sama berbanding sebelum ini.

Kajian telah menunjukkan bahawa kualiti tidur adalah faktor yang lebih tinggi untuk kemurungan dan meroyan selepas bersalin daripada perangai bayi.

Ini bermakna seorang ibu yang mempunyai bayi dan sukar mendapat tidur yang cukup berkemungkinan menyebabkan tertekan.

Bagi wanita yang mempunyai kebimbangan kesihatan mental terdahulu (terutamanya gangguan bipolar), tidur yang mencukupi sememangnya membawa kesan yang besar.

4. Dapatkan sokongan pasangan dan keluarga

Sokongan sosial yang tidak mencukupi adalah salah satu faktor utama dalam membangunkan kemurungan atau kebimbangan selepas bersalin. 

Pasangan dan keluarga khususnya perlu memainkan peranan mereka untuk terus membantu para ibu. Berikan galakan, motivasi, dan nasihat untuk mereka kekal positif melalui fasa penuh cabaran ini.

5. Amalkan diet seimbang

Otak kita memerlukan nutrisi dan protein yang sihat untuk berfungsi dengan secukupnya. Sebenarnya, serotonin “hormon berasa baik” tidak secara semula jadi berlaku dalam badan kita.

Hal ini kerana kita memerlukan (asid amino/triptofan) yang datang daripada makanan. Diet yang seimbang dengan pengambilan protein yang mencukupi diperlukan untuk kesejahteraan emosi yang optimum.

6. Kongsi masalah atau perasaan

Tips cegah meroyan yang seterusnya adalah elak dari memendam perasaan dengan apa yang dilalui. Beritahu dan berkongsilah apa yang anda rasa dengan orang terdekat seperti pasangan atau orang yang dipercayai untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

7. Dapatkan rawatan kaunseling

Bukan semua orang yang berjumpa dengan kaunselor mempunyai masalah mental atau digelar “gila”.

Sebenarnya dengan mendapatkan rawatan kaunseling, anda boleh berbincang dengan doktor anda berkenaan rawatan yang sesuai sama ada terapi minda atau makan ubat-ubatan tertentu untuk mengawal gejala meroyan ini.

Selain dari tips cegah meroyan ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kehamilan dan kesuburan seperti:

Sumber:

  1. Can You Prevent Postpartum Depression? Postpartum Progress
  2. How to Prevent Postpartum Depression. American Pregnancy Association

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.