Cara baiki sofa koyak lebih mudah dan menjimatkan dari beli yang baru? Biar betul?

Ya, sebenarnya kita boleh sahaja baiki sofa yang koyak sendiri di rumah. Hanya gunakan beberapa bahan yang dibeli di kedai hardware, anda boleh membaiki pelbagai jenis sofa seperti sofa PVC, sofa fabrik, dan banyak lagi.

Cara baiki sofa PVC (leather)

cara baiki sofa koyak

Sofa PVC memang boleh menahan kotoran tetapi tidak bermaksud ia tidak boleh terkoyak.

Malah sofa kulit berkualiti tinggi sekalipun boleh koyak sekiranya ia tergesel dengan benda tajam, dicakar, atau sebagainya.

Untuk membaiki sofa PVC, berikut adalah lima langkah yang boleh anda lakukan:

1. Bersihkan sekitar bahagian sofa yang koyak

cara baiki sofa koyak

Sebelum anda memulakan pembaikan anda, anda perlu membersihkan terlebih dahulu bahagian yang mahu anda baiki dari sebarang kotoran dan habuk.

Gunakan sahaja produk khusus untuk membersihkan sofa kulit tersebut untuk menjaga kualitinya. Pastikan lap dengan kain yang kering dan lembut ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

2. Potong mana-mana serpihan benang

Dengan menggunakan gunting, potong dengan berhati-hati mana-mana serpihan benang atau tali yang anda lihat di tepi koyakan. 

Ini bagi memastikan bahagian tepinya licin agar anda boleh memastikan pelakat nantinya boleh melekat dengan baik.

3. Potong dan letakkan tampalan substrat

1

Tampalan substrat akan membantu menguatkan ikatan pelekat dan menyatukan koyakan dengan lebih berkesan. 

Potong tampalan denim menjadi segi empat sama dengan tepi bulat menggunakan gunting. Tampalan hendaklah lebih besar sedikit daripada koyakan supaya ia memenuhi lubang sepenuhnya.

Masukkan tampalan di dalam koyakan. Laraskan tampalan sehingga ia terletak dengan sempurna di bawah permukaan kulit. 

Pastikan tampalan tersebut bebas daripada sebarang ketulan atau gelembung yang boleh anda rasa ketika menyentuhnya.

Jika tampalan itu renyuk atau tidak rata, tarik keluar dan ulangi langkah ini sehingga anda boleh mendapatkan permukaan yang licin.

Tampalan harus menutup sepenuhnya kawasan di belakang koyakan.

4. Sapukan gam kulit

cara baiki sofa koyak

Sapukan gam di sekeliling tampalan di bawah koyakan dalam lapisan yang sekata. Sapukan juga gam berhampiran kedua-dua tepi koyakan. 

Gunakan kain kering untuk mengelap lebihan gam yang melekat pada kulit di luar koyakan.

5. Kemaskan jahitan sofa

Cubit kedua-dua belah koyakan bersama-sama untuk membentuk garisan sekata. Kemaskan sebarang benjolan atau gelembung untuk menghasilkan permukaan yang konsisten. 

Jika anda tidak menyusunnya dengan betul pada kali pertama, cuma pisahkan dan sambungkan semula kedua-dua sisi. Lap lebihan gam yang keluar semasa anda melaraskannya.

Apabila selesai, biarkan ia seketika untuk pastikan gam pada permukaan terkoyak melekat sepenuhnya.

Tips membaiki sofa fabrik

Cara baiki sofa fabrik pula ia sebenarnya lebih mudah berbanding PVC. Anda hanya perlukan gunting, benang, jarum, dan kreativiti.

Jika bahagian yang koyak hanya melibatkan permukaan yang kecil, anda boleh sahaja menjahitnya seperti biasa.

Namun jika bahagian yang koyak besar, anda boleh melakukan beberapa cara untuk menutupi bahagian yang cacat itu dengan:

  • Tampal sulaman
  • Tutup bahagian yang koyak dengan jahit kain baru dibahagian tersebut
  • Buat kolaj buka dari kain perca
  • Buat jahitan doilies
  • Buat tenunan artistik
  • Tampal bunga kait dan sebagainya

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai cara baiki sofa koyak ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Selain dari tips cara baiki sofa koyak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain seperti:

Sumber:

  1. How To: Mend Torn Upholstery. Makezine
  2. The Fastest Fix For A Rip In Your Sofa. House Digest

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.