Tahukah anda, dalam 12 bulan ada satu bulan yang dikenali sebaga bulan kesedaran kanser payudara?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Pinktober atau bulan kesedaran kanser payudara serta apa tindakan anda untuk menyokong kempen ini.

Apa itu bulan kesedaran kanser payudara?

“Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara”

-Kementerian Kesihatan Malaysia-

Setiap kali tiba bulan Oktober, seluruh dunia akan menyambut Pinktober atau bulan kesedaran kanser payudara.

Tujuan kempen ini diwujudkan adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang bahaya kanser payudara, mendidik dan memberi sokongan kepada pesakit yang sedang menghidapinya.

Apa itu kanser payudara?

Kanser payudara adalah ketidaknormalan pertumbuhan yang bermula dari sel dalam payudara.

Kanser ini biasanya bermula dari sel-sel dalam saluran susu yang menyebabkan penghasilan susu. 

Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian payudara, termasuklah di bawah ketiak.

Statistik kanser payudara di Malaysia

Kanser payudara tergolong dalam 10 jenis kanser tertinggi yang dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:

  • Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
  • Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
  • 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi kaum Melayu).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kanser payudara mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia.

Beliau berkata, kadar insiden kanser payudara di Malaysia ialah 34.1 kes bagi setiap 100,000 populasi wanita.

Jenis dan peringkat kanser payudara

Terdapat beberapa jenis kanser payudara yang biasa berlaku kepada pesakit. Antaranya seperti:

  • Karsinoma duktus in situ (DCIS)
  • Karsinoma lobul in situ (LCIS)
  • Karsinoma lobul invasif
  • Kanser payudara meradang 
  • Penyakit payudara Paget
  • Angiosarkoma 
  • Kanser payudara berulang
  • Kanser payudara dalam kalangan lelaki

Di samping itu peringkat kanser ini juga terbahagi kepada beberapa tahap iaitu:

Peringkat 0:

Sel kanser dan sel bukan kanser yang tidak normal masih terkandung di lokasi spesifik. Sel-sel ini belum menjangkiti tisu yang berdekatan. 

Peringkat 1:

Terdapat tumor kecil di dalam tisu payudara sahaja atau mungkin juga dalam nodus limfa yang berdekatan (sel-sel terasing).

Peringkat 2:

Kanser berada di dalam payudara, nodus limfa berdekatan atau kedua-duanya. Masih diperingkat awal kanser payudara.

Peringkat 3:

Dikenali sebagai kanser invasif. Kanser telah merebak daripada payudara kepada nodus limfa yang berdekatan atau kepada kulit atau kepada buah dada, atau kepada dinding dada.

Peringkat 4:

Dikenali sebagai kanser payudara metastatik. Kanser sudah merebak ke bahagian badan yang lain.

Cara memeriksa sendiri payudara (PSP)

Langkah pencegahan awal yang boleh kita lakukan adalah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Rujuk infografik di bawah ini untuk langkah mudah penjagaan kesihatan payudara anda.

Cara beri sokongan pada Kempen Pinktober

Anda boleh menyertai kempen Pink October ini dengan:

  1. Memakai riben merah jambu tanda sokongan.
  2. Meningkatkan pengetahuan tentang kanser payudara dan rawatan melalui bacaan dan mendengar ceramah.
  3. Sebarkan maklumat tentang pentingnya pengesanan awal, rawatan berkesan kepada sahabat dan saudara mara. ( boleh share link ie: KKM, MyHealth, Info Sihat atau copy paste sahaja).
  4. Periksalah sendiri payudara setiap bulan bermula dari umur aqil baligh.
  5. Buatlah temujanji dengan doktor untuk ujian pengesanan walaupun anda sihat. Contohnya seperti mamogram dan ultrasound payudara.
  6. Pilihlah gaya hidup sihat dengan berhenti merokok dan alkohol.
  7. Makan secara sihat.
  8. Mengambil bahagian dalam aktiviti riadah serta kawal stress.
  9. Jadi sukarelawan atau ziarah beri sokongan kpd pesakit yang sedang menjalani rawatan.
  10. Anjurkan majlis dalam kumpulan kecil di kejiranan, tempat kerja, atau keluarga untuk berkongsi maklumat kesedaran atau sertai kempen dan aktiviti anjuran hospital @NGO persatuan.
  11. Derma ke dalam tabung kanser dan libat diri dengan aktiviti mengumpul dana kewangan membantu pesakit dan keluarga
  12. Kepada Survivor Kanser, berkongsilah pengalaman bagaimana anda boleh sihat dan sebarkan positiviti kepada masyarakat bahawa kanser bukanlah garis penamat.
  13. Tak lupa ucapkan terima kasih kpd orang tersayang tanda penghargaan kepada mereka yang menjadi inspirasi dan penyokong anda semasa menempuhi rawatan.

Selain informasi mengenai bulan kesedaran kanser payudara ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan wanita seperti:

Sumber:

  1. Breast Cancer Awareness Month 2023. National Breast Cancer
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia. Portal MyHealth

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.