Apakah senarai tadika berdaftar KPM 2024 yang terbaik untuk menjadi pilihan ibu bapa semua?
Setiap ibu bapa pastinya ingin memberi pendidikan yang berkualiti buat anak-anak seawal usia 4 tahun lagi.
Namun tadika yang banyak dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan kadang kala ibu bapa keliru untuk membuat pilihan demi masa depan anak.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan anda beberapa senarai tadika berdaftar terbaru untuk tahun 2024.
Berikut kami sertakan senarai tadika berdaftar di bawah KPM dengan kelebihan yang disediakan untuk anak-anak anda jika belajar di sana.
Senarai tadika berdaftar yang pertama adalah The Little Caliph. Ia adalah prasekolah Islam-Inggeris-Kreatif yang membantu kanak-kanak merealisasikan potensi, rohani, kognitif, sosio-emosi dan fizikal yang terbaik.
Tidak seperti program prasekolah konvensional yang lain, The Little Caliph mempunyai satu set metolodogi kreatif yang terbukti untuk mengajar kanak-kanak asas Islam tentang pembelajaran dan kemahiran hidup secara integratif.
Bahkan barisan guru-gurunya juga dilengkapi dengan siri latihan tentang kandungan dan metodologi pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mengajar secara berkesan kepada anak-anak.
R.E.A.L Kids adalah senarai tadika berdaftar yang yang terbesar di Malaysia dengan 44 pusat di seluruh negara.
Selama 36 tahun diasaskan, mereka komited menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti dan mampu milik kepada lebih 27,500 kanak-kanak.
Pelbagai program yang diadakan di R.E.A.L Kids telah memenangi anugerah berprestij dalam dan luar negara.
Guru-gurunya juga terlatih dan berdedikasi untuk membentuk anak-anak anda menjadi pintar, berbilang bahasa, gembira dan yakin.
Children Islamic Centre (CIC) berkembang dengan sangat pesat menjadi sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia.
Jenama senarai tadika berdaftar yang satu ini paling dipercayai untuk keluarga Muslim sejak ditubuhkan pada tahun 1997 lagi.
Ia mempunyai misi untuk mendidik kanak-kanak kecil hingga ke tahap akademik tertinggi dalam persekitaran yang selamat, menyeronokkan, dinamik, seimbang dengan ajaran dan nilai Islam.
CIC ingin memberikan peluag kepada kanak-kanak ini mengembangkan potensi tertinggi dalam keupayaan intelek, emosi dan rohani mereka.
Sebanyak 18 program pengayaan ditawarkan dalam 3 kategori utama, Prasekolah, Playschool dan After School. Ia kini boleh didapati di 70 lokasi di seluruh negara.
Tadika Q-Dees adalah sebuah tadika yang menyediakan pendidikan awal yang berkualiti tinggi.
Tadika ini menggunapakai kurikulum yang diasaskan oleh pakar pendidikan dan pengajar yang berpengalaman luas.
Ia juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menarik untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka.
Pelbagai program disediakan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa, matematik, sains, seni dan banyak lagi.
Genius Aulad telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan sejak itu ia telah berkembang menjadi 40 pusat di seluruh semenanjung Malaysia.
Slogan mereka, Lesson Beyond Classroom menekankan budaya pembelajaran yang tidak mengehadkan pembelajaran kepada kelas tetapi meluaskan idea pembelajaran untuk memasukkan semua yang ada di sekeliling mereka.
Genius Aulad menyediakan program berkualiti yang terdiri daripada Islamic Funwork, Math & Mind, Bijak Bahasa, Little Qari, English at Ease, Reader Readiness and Theatre Tricks.
Senarai tadika berdaftar yang seterusnya adalah Brainy Bunch. Tadika ini menjadi Peneraju Dunia dalam pendidikan Montessori Islamik dengan pengkhususan dalam mengajar, melatih dan membantu kanak-kanak menjadi Brainy dan Impactful.
Brainy Bunch sangat sesuai kepada ibu bapa yang inginkan anak mendapat pendidikan terbaik dalam persekitaran Islamik, Montessori dan berbahasa Inggeris, melalui rangka kerja pendidikan Brainy SPICE untuk membantu kanak-kanak mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Smart Reader menyedikan pendidikan kanak-kanak dengan lebih daripada 450 pusat di seluruh dunia.
Ia membangunkan Metodologi Pengajaran Kreatif Pembaca Pintar yang direka dengan 3 prinsip utama, pendidikan harus kreatif, mudah dan paling penting menyeronokkan.
Antara program yang disediakan untuk anak-anak anda adalah seperti Smart Reader Kids, Smart Reader Kids Islamic, Smart Reader Kids (Tamil Programme), Smart Reader Kids (Mandarin Programme), Smart Reader Kids I Enjoy Play Learning, Smart Reader Tutorial, dan Smart Reader Kids Plus (Daycare & Transit Centre).
Tabika Perpaduan diasaskan di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan.
Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1976, telah beribu-ribu buah Tabika Perpaduan telah dibina di seluruh Malaysia.
Tadika ini memberi tumpuan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dan nilai-nilai murni bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara.
Di samping mengamalkan Konsep Pemasyarakatan Tabika Perpaduan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti-aktiviti Tabika Perpaduan termasuklah aktiviti kebajikan, kerohanian, keselamatan, rekreasi dan riadah.
Tadika Kemas adalah rancangan pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh Kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Kumpulan sasaran bagi tadika ini adalah kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun yang yang tinggal di kawasan luar bandar.
Konsep tadika ini adalah dengan “Belajar Melalui Bermain” bersesuaian mengikut kelaziman kanak-kanak suka bermain.
Kanak-kanak akan diajar kemahiran 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul sebelum memulakan persekolahan Tahun Satu.
Senarai tadika berdaftar yang terakhir adalah Tadika PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam yang dimiliki oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Ia menawakan kurikulum yang selaras dengan matlamat Pendidikan Islam, setiap murid akan mendapat didikan daripada guru-guru yang terlatih.
Sehingga ke hari ini, PASTI komited sebagai pusat asuhan awal kanak-kanak prasekolah yang fokus pada pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
Selain dari senarai tadika berdaftar ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan pembelajaran kanak-kanak seperti:
Sumber: