Bagi mereka yang tidak mempunyai oven di rumah tetapi ingin menyambut lebaran ini dengan aneka biskut dan cookies buat santapan tetamu, anda boleh cuba biskut raya tanpa oven.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai aneka resepi menarik biskut raya tanpa oven yang boleh anda cuba sebagai persediaan menyambut lebaran tidak lama lagi.

1. Biskut coklat chip

Bahan-bahannya:

  • 1 + 1/4 cawab (157 gram) tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecik baking soda
  • 1/2 cawan (113 gram) mentega lembut
  • 1/2 cawan (100 gram) gula perang
  • 1/2 cawan (115 gram) gula kastor
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1/4 cawan (61 gram) susu
  • 1/4 cawan (40 gram) cip coklat

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan mentega lembut, gula perang, gula kastor, dan vanila di dalam mangkuk besar. Gunakan spatula untuk mengacau sehingga semuanya rata dan mengebu.
  2. Di dalam mangkuk yang sama, ayakkan tepung gandu, tepung jagung dan soda penaik. Gaul ke semuanya sehingga tekstur doh kelihatan berpasir.
  3. Masukkan susu ke dalam doh untuk menggabungkan segala-galanya dan gaul rata. Sejukkan doh selama 30 minit.
  4. Ambil sesudu doh biskut yang disejukkan, bulatkan menjadi bebola, ratakan dan letakkan di atas kertas silikon ke dalam pan 32cm. Tutup dan masak atas api perlahan selama 20 minit.
  5. Setelah biskut mengembang dan masak hampir sepenuhnya, letakkan cip coklat. Kemudian tutup dan masak selama beberapa minit lagi.
  6. Tutup api, biarkan biskut sejuk dan sedia untuk dihidangkan!

2. Coklat Peanut Butter

Bahan-bahannya:

  • 200 gram biskut marie
  • 120 gram peanut butter
  • 70 gram unsalted pure butter

Cara-cara membuat:

  1. Hancurkan biskut menggunakan pengisar atau secara manual dengan cawan.
  2. Kemudian masukkan butter dengan peanut butter dan kisar sehingga sebati.
  3. Masukkan dalam bekas (loyang 6 inci petak) yang telah dilapik dengan baking papar.
  4. Tekan doh untuk padatkanya dan ketepikan.
  5. Double boil 200 gram dark coklat. Ratakan dalam bekas.
  6. Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi. Lorekkan ikut suka anda.

3. Cornflakes feroro cookies

Bahan-bahannya:

  • 1-2 cawan badam nipis disangai sehingga kekuningan
  • 250 gram milk coin beryls
  • 150 gram coin beryls

Cara-cara membuat:

  1. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Kemudian angkat dan biarkan seketika.
  2. Masukkan badam dan gaul sehingga rata.
  3. Isi badam tadi ke dalam baking cup yang berisi cornflakes.
  4. Masukkan ke dalam peti ais selama 10 minit.

4. Popia coklat

Bahan-bahannya:

  • Kulit popia
  • Beryls milk coklat
  • Nestum
  • Tepung gandum dan air untuk gam kulit popia

Cara-cara membuat:

  1. Potong kulit popia mengikut saiz dan kepanjangan yang diinginkan.
  2. Gulung popia kemudian susun dalam dulang dan jemur sampai kering. Popia ini dijemur untuk mendapatkan hasil yang bulat dan ranggup nanti apabila digoreng.
  3. Gulung sampai habis dan gam untuk elak terbuka.
  4. Kemudian susun dalam dulang jangan bertindih.
  5. Lepas kulit popia kering, gorengkannya seketika. Kemudian angkat dan celup coklat. Anda boleh celup menggukan lidi atau pakai jari sahaja.
  6. Seterusnya golekkan popia ke dalam nestum pula dengan berhati-hati untuk elak coklat hilang.
  7. Masukkan dalam peti ais agar coklat cepat keras. Bila sudah keras, keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.

5. Almond coklat cluster

biskut raya tanpa oven

Bahan-bahannya:

  • 500 gram almond strips
  • 350 gram milk coin (Beryls)
  • 200 gram choc coin (Beryls)
  • 1-2 sudu besar mentega (pilihan)

Cara-cara membuat:

  1. Sangai almond strips dalam kuali Selama 10 – 15 minit sehingga garing. Kemudian angkat dan sejukkan.
  2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Kemudian angkat dan sejukkan.
  3. Masukkan almond ke dalam coklat dan gaul sehingga rata sehingga coklat sedikit mengeras.
  4. Masukkan dalam baking cup dan boleh dihidadangkan.

6. Biskut samperit

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung custard
  • 1 cawan tepung jagung
  • Ceri
  • 250g buttercup / planta / marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu esen vanila
  • Sedikit pewarna

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan buttercup, gula halus, kuning telur, dan esen vanila ke dalam bekas. Kemudian kacaukan sebati.
  2. Masukkan pula tepung beras, tepung custard, dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaulkan dengan tangan sehingga sebati sehingga menjadi doh.
  3. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat, bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan sedikit pewarna kepada salah satu doh lalu gaul sehingga rata.
  4. Sapu sedikit butter di atas loyang / penutup periuk.
  5. Campurkan kedua-dua doh tadi ke dalam acuan semperit. Tekan acuan di atas loyang.
  6. Buat sehingga habis dan hiaskan dengan ceri.
  7. Biarkan seketika selama 5 minit di bawah kipas untuk elak biskut anda mendap atau kembang ketika dibakar nanti.
  8. Panaskan kuali di atas api. Masukkan loyang yang berisi biskut tadi ke dalam kuali dan tutupkan rapat dengan penutup.
  9. Biarkan ia masak selama 15 – 20 minit dalam api yang sederhana sehingga warnanya bertukar kepada keperang-perangannya.
  10. Setelah masak, boleh hidangkan biskut anda!

7. Kuih makmur

biskut raya tanpa oven

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan tepung gandum
    1/2 cawan gula kastor
    1/2 cawan planta
    1/2 cawan minyak sapi (boleh juga guna marjerin)
    1 cawan susu

Cara-cara membuat:

  1. Goreng tepung tanpa minyak sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letak dalam bekas atau besen.
  2. Cairkan planta dan minyak sapi. Bila sudah cair biarkan ia sejuk seketika.
  3. Bila siap goreng tepung, planta dan minyak sapi. Masukkan pula gula kastor lalu gaul sehingga sebati. Bila sudah sebati boleh masukkan planta dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.
  4. Gaul rata sampai adunan boleh kepal buat bulat-bulat.
  5. Bila adunan sudah dikepalkan buat bulat-bulat, bolehlah salut dengan susu.
  6. Biskut makmur anda siap untuk dihidangkan!

8. Kek batik

biskut raya tanpa oven

Bahan-bahannya:

  • 1 pek (230g) biskut Marie
  • ¾ cawan (200g) mentega tanpa garam
  • 80 gram susu pekat manis
  • 1 ½ cawan (120g) serbuk coklat
  • ¼ cawan (20g) serbuk koko
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

  1. Hancurkan biskur Marie kepada kepingan kecil dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dengan api perlahan dalam periuk.
  3. Masukkan susu pekat dan kacau perlahan.
  4. Masukkan pula serbuk coklat, serbuk koko dan sedikit garam lalu gaul sehingga sebati.
  5. Alihkan periuk dari api, dan masukkan biskut Marie sementara adunan masih panas.
  6. Gaul sehingga biskut bersalut sepenuhnya dengan adunan coklat.
  7. Tuangkan semuanya ke dalam loyang yang dialas dengan kertas baking.
  8. Tekan adunan secara sekata dan ratakan bahagian atas kek. Pastikan bahagian penjuru loyang penuh dengan adunan biskut.
  9. Simpan di dalam peti ais semalaman, sebelum dipotong dan dihidangkan.

9. Kuih siput

biskut raya tanpa oven

Bahan-bahan kisar:

  • 1 sudu besar jintan manis
  • 3/4 cawan udang kering @ ikan bilis
  • 3 sudu besar cili blend
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)

Bahan-bahan adunan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar butter dicampur dgn sedikit minyak masak dan dipanaskan.
  • 1/2 cawan santan @ separuh santan kotak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa ajinomoto jika suka
  • Air yang secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

  1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan.
  2. Masukkan ke semua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan telur dan santan uli sebati.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh menjadi lembut.
  5. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput. Ulang langkah ini sehingga doh habis.
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  7. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.

10. Coklat ball

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan (125ml) susu cair
  • 150 gram dark / milk coklat (dicincang)
  • 5 cawan (400 gram) kek coklat (dihancurkan)
  • Coklat rise

Cara-cara membuat:

  1. Masak susu cair menggunakan api kecil tanpa perlu mendidihkan sehingga muncul buih kecil.
  2. Tuangkan susu yang sudah mendidih tadi ke dalam bekas yang berisi coklat yang sudah dicincang. Kacau sehingga rata.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam kek coklat dan kacau sehingga sebati.
  4. Cubit sedikit dan bulatkan doh.
  5. Salutkan doh ke dalam coklat rise dan masukkan ke dalam baking cup.
  6. Buat sehingga doh habis lalu sejukkan ia ke dalam peti ais selama 30 minit.
  7. Coklat ball, biskut raya tanpa oven anda siap untuk dihidangkan!

Selain dari resepi biskut raya tanpa oven ini, anda juga boleh baca artikel resepi kami yang lain berkenaan kuih dan cookies seperti:

Sumber:

  1. Simple Kuih Raya Recipes That Even Beginner Bakers Can Pull Off At Home. The Smart Local
  2. Kuih Siput Ranggup. Siti Page

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.