Ayuh kenali Ibnu Sina dan kehebatannya dalam pelbagai bidang.

Latar Belakang Ibnu Sina

Nama sebenar Ibnu Sina ialah al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau  dilahirkan pada tahun 370H bersamaan 980M di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 hijrah bersamaan 1037 Masihi di Hamadan, Iran ketika berusia 58 tahun dan dimakamkan di sana.

Ibnu Sina berketurunan Parsi. Bapanya berasal dari daerah Balakh, sebelum berpindah ke Bukhara dan menjadi penguasa di Kharmaisan, Bukhara. Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390H,  beliau berhijrah ke banyak tempat seperti Khawarizm, Jarjan, Rayy, dan Hamadan.

 Gelaran yang Diberi

Banyak gelaran yang diberikan kepada Ibnu Sina, antaranya;

  • Ibnu Sina pernah mendapat gelaran ‘Pangeran Para Doktor’ dan ‘Raja Ubat’.
  • Beliau juga digelar sebagai ‘bapa sejarah sains.
  • Mendapat panggilan ‘Abu Ali’.
  • Dikenali dengan nama‘ibnu sina’ di timur’.
  • Di barat, beliau dikenali sebagai abicenna atau Avicenna, ‘raja falsafah’ serta ‘bapa perubatan’.
  • Beliau juga digelar sebagai ‘al-syeikh al-rais’ oleh para sarjana Islam kerana banyak menguasai bidang ilmu.

Pendidikan Ibnu Sina

Ibnu Sina dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal yang pintar dan cerdik. Ketika berumur lima tahun, beliau sudah mula mempelajari al-Quran dan menghafaznya ketika berusia 10 tahun.

Di usia 10 tahun juga, beliau turut mempelajari ilmu tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya ilmu al-Quran, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang.

Ketika  berusia 16 tahun Ibnu Sina telah menguasai ilmu perubatan serta  ilmu lain seperti bahasa, geometri, matematik, fiqh, sains. Namun beliau lebih cenderung dan sangat meminati ilmu perubatan dan  metafizik. Sehinggakan  beliau menjadi terkenal sebagai seorang doktor dan ahli falsafah di Bukhara di usianya yang muda. Bahkan beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terulung dan mendapat gelaran ‘mahaguru pertama’ (al-syeikh al-rais).

Secara keseluruhannya, banyak bidang ilmu yang dikuasai oleh Ibnu Sina seperti; al-Quran, tafsir, perubatan, fIkah, astronomi, sains politik,  metafizik, fizik, mantik, logik, sains, geometri, teologi, falsafah, matematik, usuluddin dan tasawuf.

Jawatan yang Pernah Disandang

  • Ibnu Sina pernah bertugas di perpustakaan kerajaan Samaniah di istana Nuh bin Nasar di Khurasan.
  • Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai tabib di Hamadan.
  • Pernah dilantik menjawat jawatan perdana menteri oleh gabenor Hamadan.
  • Mendapat kepercayaan sebagai pakar perubatan di wilayah Rayy.
  • Ibnu Sina juga pernah menjadi penasihat agung atau menteri kepada amir ala’ ad-daulah di Asfahan.

Ketokohan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

Ibnu Sina sudah bergelar seorang doktor ketika usianya 18 tahun. Bakat dan ilmu beliau mula diketahui umum ketika beliau berjaya mengubati pemerintah kerajaan Samaniyah ketika itu, Nuh bin Mansor, yang tidak mampu diubati oleh para doktor yang lain.

Sejak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Diriwayatkan sebagai tanda penghargaan kepadanya, pemerintah telah membina sebuah perpustakaan untuknya  Ibnu Sina menggunakan kesempatan itu sebaiknya dengan banyak merujuk, membaca serta menghafal ilmu perubatan dan ilmu-ilmu lain di perpustakaan itu.

Kemasyurannya ketika itu membuatkan beliau  turut diundang oleh pembesar dan pemerintah lain ke istana mereka seperti seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan.

Ibnu sina merupakan seorang pakar perubatan yang mendahului zaman. Banyak formula perubatan yang tidak mampu dicapai dalam dunia perubatan moden hari ini tetapi telah berjaya dihurai oleh beliau. Disebabkan itulah ahli perubatan barat telah menggelarkan beliau sebagai ‘bapa doktor’ kerana telah berjaya menyatupadukan teori perubatan yunani hippcrates dan gelen, dari ahli-ahli perubatan dari India, Parsi malah daripada pengalamannya sendiri.

Pencapaian Ibnu Sina dalam Perubatan

Sangat banyak pencapaian dan penemuan Ibnu Sina dalam bidang perubatan, antaranya:

  • Mengesan lebih kurang 760 jenis penyakit serta rawatannya.
  • Menemukan pelbagai jenis penyakit dan puncanya.
  • Kajian kesan kuman dalam penyakit.
  • Penemuan jangkitan virus seperti tibi (TB), alahan rubella, cacar dan sebagainya.
  • Memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung.
  • Menghasilkan ubat untuk penyakit kronik.
  • penciptaan picagari.
  • Mencipta benang yang menjahit luka pembedahan.
  • Menghasilkan ubat bius.
  • Memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan.

Peninggalan Ibnu Sina dalam Perubatan

  • Ibnu Sina telah mengembalikan kegemilangan dunia perubatan yang kian tenggelam ketika itu.
  • Beliau memperkenalkan kaedah pemerhatian dan analisis dalam penyelidikan dan penulisannya.
  • Karya-karyanya banyak mempengaruhi dunia perubatan moden dengan penciptaan alatan perubatan seperti x-ray dan ultrasound.

Karya dan Hasil Penulisan yang Terkemuka

Ibnu Sina banyak meninggalkan karya dalam bentuk penulisan buku, yang yang kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Dikatakan beliau telah menghasilkan 116 karya dalam bidang perubatan sahaja. Serta 276 buah karya adalah dalam bidang lain.

  1. Al-Qanun Fii al-Tibb (Peraturan Kedoktoran)

Juga digelar sebagai ‘Canon of Medicine’ Merupakan karya beliau yang paling termasyur yang ditulis ketika berusia 21 tahun.  Karya ini terdiri daripada 14 jilid, dan  dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan yang mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance serta perubatan Yunani purba.

  1. Al-Majmu

Ibnu Sina menulis karya ini ketika berusia 21 tahun dan merupakan karya beliau yang pertama.

  1. Remedies of The Heart

Buku ini  mengandungi sajak perubatan menghuraikan 760 jenis penyakit serta cara mengubatinya.

  1. Al-Syifa

Mengandungi 18 jilid, dan terdiri daripada pelbagai ilmu, seperti pertanian, psikologi, retorik dan syair.

  1. Al-Rasa’il

Karay Ibnu Sina mengenai ilmu biologi, fizik, etika, astronomi, psikologi dan teologi.

  1. Al-Insyarah wa al-Tanbihat

Sebuah buku mengenai ketuhanan serta kemurnian hidup.

  1. Risalah al ‘Isyqa

Buku ini berunsurkan keagamaan iaitu tentang kerinduannya kepada Tuhan.

  1. Al-Najah

Karya yang ini membicarakan persoalan falsafah.

Penutup: Ibnu Sina, tokoh perubatan  moden dan pelbagai bidang ilmu yang mendahului zaman.

Hasil usaha dan sumbangan dari penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden, bahkan sehingga ke hari ini. Ternyata  jasa beliau amat besar kepada dunia Islam, bahkan terhadap ilmu-ilmu lain selain perubatan.

Sehingga namanya disebut dan dikenang, buku-bukunya dijadikan rujukan oleh universiti terkemuka di negara barat.

 

Sila baca juga artikel-artikel menarik yang ingin kami kongsikan seperti; Ibnu Khaldun Dan 9 Sumbangan Tokoh Sejarawan Islam Terhebat Ini  dan Al-Khawarizmi; Sumbangannya yang Menarik. Semoga bermanfaat.

 

Rujukan

  1. https://buku.karangkraf.com
  2. ibnusinawellness.com
  3. ilabur.com
  4. tzkrh.com

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.