Orang beranak kecil dan masalah kurang tidur adalah sangat sinonim. Kebiasannya ibu bapa yang beranak kecil akan banyak berjaga malam sama ada untuk menjaga anak yang tidak mahu tidur, menyusukan, menukar lampin, atau menjaga anak yang sakit.
Lagi parah kalau bayi anda tidak mahu tidur malam dan menangis tanpa sebab. Bukan sahaja anda berasa penat fizikal akibat kurang tidur dan kurang rehat, malah mental anda juga akan didera akibat susah hati melihat anak menangis berlarutan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan petua bayi susah tidur malam yang boleh anda amalkan.
Salah satu punca bayi susah tidur malam adalah kerana dia sudah puas tidur pada waktu siang. Macam kita jugalah, kalau dah terlebih tidur pada belah siangnya, malam nanti susah nak lelapkan mata. Oleh itu, jika bayi anda tiba-tiba susah untuk tidur malam, pastikan waktu tidur siang bayi anda dikurangkan. Anda boleh aloh perhatian bayi supaya tidak tertidur dengan cara:
Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, pesan kepada pengasuh untuk mengurangkan waktu tidur bayi anda dan terangkan kenapa. Insya Allah pengasuh akan memberikan kerjasama kepada anda.
Dengar macam pelik. Lucu pun ada. Tapi percayalah bahawa ada bayi yang susah untuk tidur malam kerana sudah tertukar di antara waktu siang dan malam. Siang yang sepatutnya digunakan untuk bermain, bayi anda tidu. Waktu malam pula bayi anda sibuk bermain dan tidak rasa mengantuk kerana menyangka ia adalah waktu siang. Pertukaran ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.
Di antaranya ialah kebiasaan semasa berpantang atau pun selepas berjalan jauh. Oleh itu anda perlu kembalikan semula siang dan malam bayi anda kepada keadaan normal.
Macam mana nak buat? Begini caranya. Pada waktu siang jangan benarkan bayi anda tidur terlalu lama dengan nyenyak. Tidurkan bayi anda sekejap, kejutkan. Mungkin bayi anda akan menangis dan meragam akibat tak cukup tidur namun ini saja caranya untuk membetulkan semula jam biologi bayi anda.
Bila anda tidak benarkan bayi tidur sepuasnya pada waktu siang, secara automatic bayi anda akan tidur lena pada malam harinya. Insya Allah teruskan sahaja kitaran ini. Bayi anda akan mendapat pola tidur yang normal semula.
Jika bayi anda susah untuk tidur malam, cuba periksa keadaan bayi anda. Adakah dia berada dalam keadaan yang selesa atau tidak. Untuk menyediakan bayi anda agar selesa untuk tidur:
Selain memastikan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa, satu lagi petua untuk bayi susah tidur ialah dengan memastikan bilik tidur bayi anda berada dalam keadaan yang selesa.
Persekitaran yang selesa akan memudahkan bayi untuk tidur malah membantu agar bayi tidur dengan nyenyak untuk tempoh yang lama. Di antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:
Itulah dia perkongsian kami tentang petua bayi susah tidur malam. Bolehlah anda amalkan. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sukatan susu bayi, tips beli lampin bayi, dan bayi jarang bab