Ayat Manzil adalah potongan-potongan dari ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada para sahabat ra sebagai ayat syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani. Kelebihan ayat Manzil juga boleh dijadikan sebagai pelindung dari gangguan jin dan sihir.

Himpunan ayat-ayat al-Quran, yang dikenali sebagai Manzil ini telah disusun oleh Syaikh al-Hadis Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahalawi, iaitu seorang tokoh utama bagi gerakan dakwah Jemaah Tabligh yang berasal dari India.

Manzil

Imej via twitter

Hadis sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab “Hayatus Sahabah” (Jilid 3, ms 374) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab ra meriwayatkan: “Sewaktu bersama Rasulullah saw, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, “Ya Rasulullah saw, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit. “Penyakit apa?” Rasulullah saw lalu bertanya. “Sejenis gila.” Jawab orang tersebut. Nabi berkata, “Datanglah menghampiriku.” Lalu Rasulullah saw membacakan:

(1) Surah al-Fatihah

Al-Fatihah

(2) 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah.

al-Baqarah 1-5

(3) Ayat 163 Surah al-Baqarah (Wailahukum ilahun wahid…)

al-Baqarah 163

(4) Ayat 255 Surah al-Baqarah (Ayat Kursi)

Ayat Kursi

(5) Ayat 256 & 257 Surah al-Baqarah

al-Baqarah 256-257

(6) Ayat 284, 285 & 286 Surah al-Baqarah

al-Baqarah 284-286

(7) Ayat 18 Surah Ali Imran (Syahidallah annahu la ilaha illa huwa…)

Ali Imran 18

(8) Ayat 116-118 Surah al-Mu’minun (Fata‘alallah al-malikul haq…)

al-Mukminun 116-118

(9) Ayat 3 Surah al-Jin (Wa annahu ta’ala jaddu…)

al-jin 3

(10) Ayat 1-10 Surah as-Saffat

as-Saffat 1-10

(11) Ayat 22-24 Surah Al-Hasyr

al-Hasyr 21-24

(12) Surah al-Ikhlas

al-ikhlas

(13) Surah al-Falaq

al-Falaq

(14) Surah an-Nas

an-nas

Berkata Ubai bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.”

 

Di samping ayat-ayat yang disebutkan di dalam hadis di atas, ayat-ayat al-Quran lain yang turut terkandung dalam Manzil ialah:

1) Ayat 26-27 Ali Imran

Ali Imran 26-27

2) Ayat 54-56 Surah al-A’raf

Al-Araf 54-56

3) Ayat 110-111 Surah al-Isra’

al-Isra 110-111

4) Ayat 33-40 Surah al-Rahman

ar-Rahman 33-40

5) Surah al-Kafirun

 al-kafirun

Maulana Muhammad Thalhah bin Syaikh al-Hadis Maulana Muhammad Zakaria pernah menyatakan bahawa mereka sekeluarga turut mengamalkan Ayat Manzil.

“Ayat-ayat al-Quran yang terdapat di bawah ini, terkenal di dalam keluarga kami sebagai Manzil. Alim-ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut, sama ada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat Manzil.

 

Kelebihan Mengamalkan Ayat Manzil

#1 Berlindung Daripada Gangguan Jin Dan Syaitan

gangguan syaitan

Imej via fadhilza

Sebagai seorang anak Adam, kita tidak akan terlepas daripada godaan Syaitan untuk menyesatkan kita. Oleh sebab itu, selain daripada sentiasa melakukan perintah Allah swt dan sentiasa berzikir mengingati Allah, kita juga boleh mengamalkan bacaan Manzil untuk sebagai perlindungan dari gangguan jin dan syaitan.

Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab ‘al-Qawlul al-Jamil’ dan ‘Behisti Zewar’.

 

#2 Elak Terkena & Menghalau Sihir

sihir

Imej via fiksyenshasha

Dari pengalaman Dr Amirul Amin, seorang perawat perubatan Islam, beliau menyatakan Ayat Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit yang terkena sihir ialah dengan pesakit sendiri membaca Ayat Manzil ataupun orang lain boleh membacakan Ayat Manzil kemudian menghembus ke dalam air. Air tersebut untuk diminum oleh pesakit.

Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya ‘Behisthi Zewar’, “…Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan aya-ayat Manzil ialah anda perlu membacanya dengan penuh tawajjuh. Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah swt, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi, bahawa nama-nama Allah swt dan kalimat-kalimatNya mengandungi terlalu banyak berkat”.

 

#3 Memohon Kesihatan & Kesembuhan

penawar

Imej via imuslim

Penyembuhan dengan al-Quran dan dengan apa yang diajarkan dari Nabi saw merupakan penyembuhan yang bermanfaat, sekaligus penawar yang sempurna. Allah berfirman:

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ

Maksudnya, “Katakanlah al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Fushshilat, Ayat 44)

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya, “Dan kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-Isra, Ayat 82)

Pengertian ‘dari al-Quran’ pada ayat di atas ialah al-Quran itu sendiri. Kerana al-Quran secara keseluruhan ialah sebagai penyembuh, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya, “Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Rabb kalian, dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus, Ayat 57)

Kesimpulan

Ayat Manzil boleh diamalkan kerana ianya adalah himpunan daripada ayat-ayat al-Quran. Kita boleh amalkannya sebagai usaha untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan mahupun daripada sebarang musibah.

Ayat Manzil juga boleh diamalkan untuk dijadikan sebagai penawar dari gangguan sihir dan juga penyakit. Namun begitu, jika Allah swt masih belum memberi keizinan untuk sembuh, kita tetap tidak akan sembuh, kerana kesembuhan itu hanya dari Allah swt. Al-Allamah Ibnul Qayyim mengemukakan:

فَمَنْ لَمْ يَشْفِهِ الْقُرانُ فَلاَ شَفَاهُ اللهُ, وَمَنْ لَمْ يَكْفِهِ فَلاَ كَفَاهُ اللهُ

Maksudnya, “Barangsiapa yang tidak dapat disembuhkan oleh al-Quran, bererti Allah tidak memberikan kesembuhan kepadanya. Dan barangsiapa yang tidak dicukupkan oleh al-Quran, maka Allah tidak memberikan kecukupan kepadanya.” (Zaadul Ma’ad)

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Ayat Manzil yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

 

Rujukan:

  1. Abu Syahmin
  2. Dr Amirul Amin
  3. Manhaj

 

 

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.