Apabila anda mengandung, di antara vitamin yang akan diberikan ialah asid folik. Apakah sebenarnya asid folik? Apakah kebaikannya? Apakah kesan kepada bayi jika anda tidak mengambil asid folik?
Asid folik merupakan vitamin B9 yang sangat penting untuk seorang wanita. Ia bukan sahaja perlu diambil semasa mengandung malah seeloknya mula diambil seawal anda sedang berusaha untuk mengandung. Salah satu daripada fungsi penting asid folik ialah untuk membentuk saraf tunjang bayi yang sempurna dan mengelakkan kecacatan bayi.
Asid folik perlu diambil oleh setiap wanita yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Asid folik boleh diambil oleh lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Asid folik mempunyai pelbagai fungsi. Di antara fungsi asid folik yang utama ialah:
Kami cadangkan anda mula mengambil asid folik seawal anda membuat keputusan untuk mengandung. Apabila anda disahkan sedang mengandung, anda perlu mula makan asid folik dengan kadar segera sekiranya belum mengambil vitamin tersebut. Hal ini kerana perkembangan sistem saraf & otak bayi berkembang dengan sangat pesat pada 12 minggu pertama kehamilan.
Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua, anda boleh pilih untuk berhenti mengambil folik asid tetapi kami ingin menggalakkan anda untuk mengambil asid folik sehingga bayi anda sekamat dilahirkan.
Selain pil asid folik, anda juga boleh mendapatkan asid folik semulajadi daripada makanan-makanan berikut:
Sekiranya anda tidak mengambil asid folik sepanjang mengandung, bayi dalam kandungan anda berisiko tinggi untuk mendapat masalah berikut:
Spina Bifida atau maksudnya tulang belakang terbelah adalah satu kecacatan sejak lahir di mana sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang bayi terdedah. Kecacatan ini berlaku seawal kandungan berumur 1 bulan, dan risikonya semakin tinggi jika anda tidak mengambil asid folik. Dalam sesetengah kes, sebahagian daripada otak juga turut terdedah. Terdapat 3 jenis spina bifida iaitu:
Tahap keseriusan spina bifida adalah berbeza. Bagi kecacatan yang tidak serius, bayi mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda. Namun kecacatan serius seperti keadaan di mana ia melibatkan saraf tunjang bahagian atas, bayi akan lumpu seluruh badan dan biasanya tidak akan hidup lama.
Bagi kes spina bifida yang serius, bayi anda juga mungkin juga dilahirkan dengan kepala yang besar akibat pengumpulan air. Kebanyakkan kes spina bifida di Malaysia adalah pada tahap sederhana di mana bayi boleh dirawat dengan cara rehabilitasi.
Bagaimanakah cara mengesan spina bifida? Ianya boleh dikesan dengan cara melihat:
Apakah rawatan untuk spina bifida? Sekiranya bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin untuk membetulkan semula keadaan fizikal bayi. Di antara pembedahan yang biasa dilakukan ialah memasukkan semula saraf tunjang dan meninges yang terkeluar untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.
Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.
Neural tube defect ialah keadaan di mana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala atau pun benjolan pada leher atau mana-mana bahagian tulang belakang. Kecacatan ini juga berlaku pada awal kehamilan dan risikonya lebih tinggi sekiranya anda tidak mengambil asid folik.
Sekiranya anda tidak mengambil asid folik sepanjang tempoh kehamilan, bayi anda juga berisiko tinggi untuk mempunyai masalah sumbing yang akan memberi kesan kepada sepanjang hayatnya.
Itulah dia info tentang asid folik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang kepentingan asid folik, makanan tambah darah, dan khasiat delima.