Masalah kurang darah atau Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL.

Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

makanan tambah darah

Sumber:Klinikdrjuhaidah

Anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa pening, letih dan lemah. Oleh itu, kalau anda disahkan mengalami anemia, jom amalkan 28 makanan tambah darah yang kami senaraikan di bawah.

1. Jus ubi bit, lobak merah & lemon

Ubi bit adalah di antara tumbuhan yang kaya dengan zat besi, manakala  lobak dan lemon pula membantu penyerapan zat besi dengan lebih mudah.

Bahan-bahan:

  • 4 saiz sederhana ubi bit merah
  • 4 biji lobak merah
  • 1/2 biji lemon
  • 2 sudu masak yis

Caranya, basuh dan potong ubi bit merah, lobak dan lemon. Jadikan jus dengan menggunakan juicer ataupun blender. Setelah dijadikan jus, masukkan yis, dan kacau dengan sudu. Minum jus ini setiap kali sarapan untuk efek yang lebih baik.

2. Jus bayam, ubi bit & beri

Jus ini mengandungi jumlah zat besi yang tinggi dan bagi membantu penyerapan zat besi, vitamin C dimasukkan sekali dalam ramuan jus ini.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buah beri merah
  • 3 biji radish kecil (sejenis lobak)
  • 2 genggam bayam
  • 1 biji ubi bit
  • 1/2 biji perahan lemon

Caranya lebih kurang sama seperti jus ubi bit. Anda hanya perlu campur dan gabungkan keempat-empat bahan dan perah menjadi jus samaada menggunakan blender atau juicer. Minum setiap hari.

3. Jus daun ketumbar

Selalunya daun ketumbar dimasukkan didalam masakan untuk memberikan aroma yang wangi pada makanan. Untuk info, daun ini juga sangat kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan bahan utama bagi menaikkan darah anda.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat daun ketumbar
  • 1 biji timun
  • 1 biji epal hijau atau buah oren
  • 1/2 biji perahan lemon

Caranya basuh dan masukkan bahan-bahan diatas di juicer atau pengisar. Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikirsar. Minum setiap hari untuk dapatkan kesan dan peningkatan kuantiti darah anda.

makanan tambah darah

Sumber: Marthastewart

4. Kurma

Kurma meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

5. Madu

Seperti kurma, madu juga meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ia boleh digunakan sebagai pengganti gula didalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.

6. Buah delima

Buah delima dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

7. Oat

Oat memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan serta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

8. Roti dan bijiran serat tinggi

Roti dan bijirin serat tinggi seperti beras merah, roti jagung dan pasta mengandungi karbohidrat, serat semulajadi dan zat besi yang meningkatkan sel darah merah.

makanan tambah darah

Sumber: Thelittleloaf

9. Kuning telur

Kuning telur mengandungi nutrien termasuk protein, kalsium, vitamin dan  zat besi yang diperlukan oleh penghidap anemia. Pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

10. Kerang

Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.

11. Bayam

Selain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

12. Hati

Mungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi. Menurut kajian, 100 gram hati ayam mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.

13. Ikan bilis

Ikan bilis kaya dengan zat besi, sangat membantu untuk menambah darah.

14. Jambu batu

Jambu batu kaya dengan vitamin C. Menurut kajian, kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah dua kali ganda lebih daripada buah oren. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

15. Tembikai

Tembikai kaya dengan vitamin A yang membantu mengingkatkan jumlah sel darah merah. Ia juga membantu zat besi dalam hemoglobin mengikat oksigen.

makanan tambah darah

Sumber: Tribunnews

16. Prun kering

Prun kering dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

17. Aprikot kering

Aprikot kering dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

18. Buah tin kering

Buah tin kering dapat meningkatkan jumlah sel darah merah dan kaya dengan kandungan zat besi yang dapat mengurangkan gejala anemia.

19. Kangkung

Selain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

20. Sawi

Selain zat besi, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

21. Ikan

Ikan tinggi dengan lemak omega 3 dan vitamin B12 yang membantu pembentukan sel darah merah. Di antara ikan yang tinggi lekam omega 3 ialah ikan salmon dan ikan patin.

makanan tambah darah

Sumber: Usbdata

22. Kentang

Selain sayuran berdaun, kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh. Vitamin C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.

23. Telur ikan

Telur ikan kaya dengan protein, karbohidrat dan zat besi yang membantu menambahkan darah dalam badan.

24. Kekacang dan bijian

Sumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botol. Selain itu, anda boleh memakan kekacang seperti kacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam sebagai snek atau kudapan.  Kekacang dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan dan membantu tambah darah.

Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga membantu tambah darah. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandungi 15 mg zat besi, iaitu 83% dari jumlah yang pengambilan harian. Biji labu juga merupakan sumber utama asid lemak Omega 3 yang turut berfungsi membantu pembentukan sel darah merah.

25. Pisang

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel darah merah yang baru.

26. Brokoli

Sayur brokoli mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

makanan tambah darah

Sumber: Mrtengkuasmadi

27. Daging merah

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Selain zat besi, daging merah juga kaya dengan protein dan mineral lain seperti vitamin A, D, K, B2, B3, B6, B12, asid amino, omega 3 dan selenium yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung.

28. Kismis

Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan.

Itulah dia 28 makanan tambah darah yang boleh anda amalkan setiap hari. Semoga bermanfaat!

Jemput juga baca tulisan artikel lain seperti petua cairkan kahak , petua penyakit kayap dan petua sakit perut.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.