Kuih cara pandan ialah kuih tradisional Malaysia yang sangat disukai orang ramai. Kuih ini terbuat daripada tepung gandum yang digaul dengan air, santan dan daun pandan. Kuih ini biasanya di bakar dan diletakkan sedikit gula sebagai inti. Jadi pabila memakannya, dapat dirasai rasa lemak-lemak, bau pandan dan manis gula.

Kuih ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan minum petang untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.

Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Rosmita Ismail yang pasti sedap. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak menjamu tuh datangnya dari air tangan kita yang penuh kasih sayang. Jom tengok resepi nya. Kalau nak buat jual pun boleh kerana pemilik resepi menggunakan resepi ini untuk menjual juga yer. Jom tengok.

Resepi Cara Pandan

kuih cara pandan

Imej via Facebook

  • 3-4 helai daun pandan (blender dgn 1 cawan air.kemudian tapis,ketepikan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan setengah santan*nak gantikan dgn susu cair pn blh.1cwn susu cair,tambah air setengah cawan
  • 2 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau
  • gula untuk di isi dalam kuih cara

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar kesemua bahan kecuali gula.
  2. Kemudian,panaskan acuan.
  3. Sapukan minyak pada acuan. Nak lebih aroma,sapu acuan mengggunakan daun pandan.
  4. Masukkan bancuhan ke dalam acuan. Penuhkan semua acuan.
  5. Sila pastikan acuan betul-betul panas sebelum masukkan bancuhan tepung tadi. Kalau tak nanti tepung akan melekat.
  6. Bila semua acuan dah penuh,masukkan setengah sudu kecil gula dalam setiap kuih cara tadi. Jumlah gula ini bergantung pada citarasa masing-masing. Boleh dikurangkan atau ditambahkan.
  7. Kemudian tutup guna tudung periuk. Guna kan api paling perlahan. Bakar sampai masak.

Dah siap. Mudah ke mudah? Sekelip mata jer kan. Okay, selain resepi kuih cara pandan ini, kami juga ada resepi menarik yang lain ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.