Pembelajaran dulu dan sekarang memang melalui perubahan yang amat ketara. Hari ini, pembelajaran abad ke-21 menjadi misi utama bagi sistem Kementerian Pendidikan di Malaysia dan diaplikasikan keseluruhannya kepada sekolah dan pusat pendidikan.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa alat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk guru.

Apa itu ABM?

Alat Bantu Mengajar atau dikenali dengan singkatan ABM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.

Secara umumnya jenis ABM terbahagi kepada tiga iaitu alat bantu mengajar bukan elektronik, alat bantu mengajar elektronik, dan alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Sejak para pelajar mengaplikasikan pembelajaran dari atas talian, banyak teknologi di bilik darjah yang digunakan.

Kepentingan menggunakan ABM kepada pelajar & guru

alat bantu mengajar

Terdapat banyak manfaat menggunakan ABM sama ada kepada pelajar sendiri mahupun guru yang mengajar. Antara manfaatnya adalah seperti:

  • Dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.
  • Meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan minat untuk belajar.
  • Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
  • Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
  • Dapat menimbulkan keseronokan belajar.
  • Membantu menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.
  • Menyediakan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik.
  • Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.
  • Meningkatkan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
  • Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
  • Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih anyak dalam masa yang singkat.

Senarai alat bantu mengajar terkini

Sebenarnya terdapat banyak alat bantu mengajar yang boleh kita gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berikut ini, kami kongsikan beberapa alat bantu mengajar yang boleh anda cuba.

1. Telefon pintar

Telefon pintar yang mempunyai jaringan internet sekurang-kurangnya 4G ke atas menjadi kemestian bagi kehidupan hari ini. Setiap golongan muda, dewasa, atau tua memerlukannya sebagai alat perhubungan, pendidikan, informasi terkini, dan sebagainya.

Melalui telefon pintar, pelajar boleh melakukan pencarian pelbagai maklumat pendidikan seperti membuat assignment, homework, dan sebagainya.

Aplikasi-aplikasi seperti MyClaaz, Kahoot, Quizizz, Google Classroom, Pandai, Google Form, Wordwall dan seumpamnya membantu dalam pendidikan melalui penggunan telefon pintar.

2. Laptop atau notebook

Adanya laptop atau notebook memberi fungsi yang hampir sama dengan telefon pintar. Hanya sahaja laptop atau notebook ini memberi pengalaman yang lebih luas, praktikal dan mampu menyelesaikan pekerjaan lebih cepat berbanding telefon pintar.

3. Smart LCD projector

Projektor LCD memberi pengalaman pembelajaran interaktif yang lebih baik iaitu memudahkan guru untuk berinteraksi dengan pelajar.

Guru boleh mengaplikasikan bentuk pengajaran multimodal dan seterusnya mencapai objektif dan fakta pelajaran mengikut corak pembelajaran abad ke-21.

4. Portable wireless mic speaker

Mikrofon tanpa wayar bagus untuk membantu dan memberi keselesaan kepada guru dalam sesi pengajaran di kelas yang mana ia tidak memerlukan guru untuk bercakap dengan nada yang kuat untuk menyampaikan maklumat kepada murid.

5. Miracast atau chomecast

Miracast adalah teknologi yang sangat bagus dalam menyiarkan kandungan multimedia antara pelbagai peranti tanpa wayar, melalui WiFi.

Ia berfungsi pada rangkaian WiFi Direct P2P (Peer to peer) melalui WPS. Miracast ini boleh dipadankan dengan telefon pintar dan seterusnya memberi pelbagai fungsi untuk sambungan multimedia dengan kualiti visual yang terbaik.

6. Portable speaker

Portable speaker atau pembesar suara mudah alih memudahkan guru dan murid mendengar segala maklumat dengan lebih jelas dari pelbagai sudut ruang.

7. Wireless presenter

Wireless presenter adalah remote control yang membantu presenter menjalankan pembentangan. Alat ini memudahkan kita untuk mengawal slide untuk dari awal sehingga akhir.

Bukan itu sahaja, wireless presenter juga tidak memerlukan wayar yang panjang untuk berfungsi dan turut dilengkapi dengan laser pointer yang memberi impak lebih baik dalam pembentangan.

8. Smartboard atau interactive board

Biasa kita dengar papan hitam atau papan putih. Di era serba canggih ini penggunaan smartboard menyediakan paparan yang besar tanpa perlu menggunakan LCD projector.

Kebanyakkan smartboard dilengkapi dengan alat visualizer yang boleh memaparkan hasil kerja murid di mana guru boleh tulis nota.

Dalam masa yang sama juga, murid boleh berinteraksi terus dengan menulis jawapan, match dan choose terus ke dalam smartboard.

9. Smart visualizer atau document camera

alat bantu mengajar

Smart visualizer membantu guru mengajar dalam kelas mahupun secara dalam talian dengan membuat persembahan terbaik di skrin.

Dengan peranti seperti itu, kita juga dapat menunjukkan kepada khalayak bukan sahaja dari dokumen kertas, tetapi juga pelbagai bahan eksperimen atau objek yang besar.

10. Mouse scanner

Mouse scanner atau dikenali juga sebagai pengimbas tetikus berfungsi untuk mengimbas sesuatu maklumat dan mengeksportnya kepada text word.

Ia boleh apa-apa mengimbas apa-apa maklumat seperti surat khabar, gambar, atau kertas berformat A3.

Selain dari perkongsian tentang alat bantu mengajar ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan pembelajaran seperti:

Sumber:

  1. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. Universiti Sains Malaysi
  2. Apa Itu Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pendidik 2u
  3. What Are The Types Of Teaching Aids? Digital Class World

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.