Tahukah anda setiap jenis pure butter (salted dan unsalted) mempunyai rasa dan kesesuaian yang berbeza-beza untuk membuat biskut, pastry dessert, dan kek?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa jenis pure butter yang boleh digunakan untuk bahan membuat kuih raya dan kek.

Apa itu pure butter?

Pure butter atau pure creamy butter adalah butter tulen yang mempunyai lemak tenusu sekurangnya 80%.

Ia diperbuat daripada susu dengan proses churning (menggoncang / berpusing dengan laju). Rasanya lebih sedap dan sesuai untuk digunakan untuk membuat kek atau biskut kerana lebih sihat walaupun harganya sedikit mahal.

Beza pure butter dan margerin

Pure butter diperbuat daripada lepa susu, warna kuning muda, mudah cair, dan harganya lebih mahal.

Manakala marjerin pula diperbuat daripada minyak sayuran atau minyak kelapa sawit, warna kuning terang, tidak mudah cair, dan lebih murah.

Pengunaan pure butter dalam pembuatan kek dan kuih akan menjadikan ia lebih rasa, berlemak dan baunya juga lebih wangi berbeza dengan marjerin.

Kandungan nutrisi kedua-dua bahan tersebut untuk setiap 100 gram boleh anda semak seperti jadual di bawah ini:

NutrienPure ButterMarjerin
Kalsium24 mg3mg
Lemak tepu50.489 g15.189 g
Kolin18.8 mg12.4 mg
Vitamin A2499 IU3577 IU
Lemak mono tepu23.43 g38.877 g
Vitamin E2.32 mg9 mg
Lemak tak tepu3.01 g24.302 g
Vitamin K7 µg93 µg
Kolesterol215 mg0 mg

Jenis pure butter di pasaran Malaysia

Terdapat pelbagai jenis pure butter yang ada dijual di Malaysia. Berikut adalah antara jenama dan harganya:

1. Anchor Pure New Zealand Butter

Anchor Pure New Zealand Butter sesuai menjadikan hidangan anda bertambah lazat. Ia diperbuat daripada 100% susu lembu tulen dari New Zealand yang memberikan rasa berkrim serta warna keemasan semula jadi.

2. Lurpak Butter

Lurpak Butter diperbuat daripada 100% susu segar. Ia sudah dikenali sebagai pembekal mentega tulen terbaik semenjak tahun 1901 lagi.

3. Tatura Choice Grade Butter

Tatura Choice Grade Butter dihasilkan daripada krim segar, mentega buatan Australia. Anda boleh dapatkan dengan dua jenis sama ada salted ataupun unsalted.

4. Chef & Choice Butter

jenis pure butter

Chef & Choice Butter memberikan rasa dan kualiti yang sempurna untuk semua keperluan masakan anda.

Ia bagus untuk membakar, menggoreng atau menumis. Ia akan membantu anda membuat hidangan lazat setiap kali menyajikan sajian.

5. Golden Churn Butter

jenis pure butter

Golden Churn Butter membawakan anda semua kebaikan dan rasa mentega original dari Australia & New Zealand.

Ia diperbuat menggunakan cara tradisional dengan bahan berkualiti premium yang diawet hanya dengan penambahan garam untuk memberikannya rasa yang “sempurna” dan berkrim.

6. Emborg Butter

jenis pure butter

Jika anda ingin merasai pengalaman makan mentega tulen dangan rasa klasik, anda boleh cuba Emborg Butter. Ia mengandungi 80% kandungan lemak dan 1% garam.

7. Kerrygold Pure Irish Butter

jenis pure butter

Kerrygold Pure Irish Butter dari Ireland diperbuat daripada susu lembu. Ia diyakini tiada bahan tambahan tiruan dan hanya dihasilkan dengan 100% bahan semulajadi.

Tips pilih jenis pure butter untuk biskut dan kek

Memilih jenis pure butter yang tepat untuk membuat biskut dan kek boleh mempengaruhi rasa dan teksturnya.

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih jenis pure butter yang sesuai:

  1. Kualiti pure butter: Cari butter berkualiti tinggi dengan kandungan lemak yang tinggi. Butter yang lebih rendah kandungan airnya akan memberikan tekstur yang lebih baik pada biskut dan kek.
  2. Pilih unsalted butter: Unsalted butter memberi anda lebih banyak kontrol pada jumlah garam yang ditambahkan ke adunan. Ini penting karena beberapa resepi mungkin memerlukan sedikit atau banyak garam.
  3. Perhatikan konsistensi: Pastikan butter dalam keadaan sejuk tetapi mudah dipotong atau diparut. Ini memudahkan anda untuk menggabungkan butter ke dalam adunan dengan baik.
  4. Semak kandungan lemak: Butter dengan kandungan lemak yang tinggi akan memberikan hasil yang lebih baik. Biasanya, semakin tinggi peraturan lemak, semakin baik untuk pembuatan biskut dan kek.
  5. Semak tarikh luput: Pastikan butter yang anda pilih masih belum sampai pada tarikh luputnya. Butter yang sudah sampai tarikh luput boleh mengubah rasa dan tekstur rasa hidangan anda.
  6. Mencari jenama yang dipercayai: Beberapa jenis jenama memiliki reputasi yang baik dalam menyediakan butter berkualiti tinggi untuk pembuatan kuih dan biskut.

Dengan memperhatikan tips-tips di atas, anda akan dapat memilih pure butter yang tepat untuk membuat biskut dan kek yang lazat dan berkualiti tinggi.

Selain dari jenis pure butter ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain dalam masakan seperti:

Sumber:

  1. Is Margarine More Healthful Than Butter? Medical News Today
  2. Cara Kenal Pure Butter. Twitter Amirul Khalif Syde

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.