Tahukah anda apa itu kemahiran motor halus? Kemahiran motor halus adalah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil, kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan. Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah.
Kemahiran motor halus amat penting dalam kehidupan seharian kita. Maka kita perlu mengajar anak dengan melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus. Banyak contoh aktiviti permainan yang melibatkan kemahiran motor halus boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak. Apakah aktiviti-aktiviti tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 aktiviti kemahiran motor halus. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.
Mudah je aktiviti ini, banyak sepit baju dekat rumah kan? Tambah sikit objek supaya bantu anak menyepit. Nampak mudah, tapi bagi kanak-kanak aktiviti ini sangat sukar kerana perlukan kekuatan jari untuk menyepit dan perlukan fokus yang tinggi untuk transfer objek ke dalam bekas.
Boleh beli warna yang berbeza dan boleh ajar anak untuk mengenal warna.
Ibu bapa boleh dapatkan klik kertas yang pelbagai warna untuk jadikan aktiviti lagi menarik.
*Ini adalah antara 3 contoh aktiviti yang boleh dilakukan di rumah dan tidak memerlukan barang atau objek yang banyak. Aktiviti ini boleh dilakukan selalu jika anak tertarik dengan permainan tersebut. Ibu bapa juga perlu galakkan anak-anak untuk bermainan permainan sebegini daripada bermain permainan di gajet. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.