Siapa kata aktiviti indoor membosankan? Jika dahulu aktiviti sebegini banyak dilakukan di rumah sahaja, tetapi hari ini banyak sebenarnya lokasi menarik di luar sana yang menyajikan aktiviti indoor bagi tumpuan seisi keluarga.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda semua tentang beberapa aktiviti indoor di KL yang menakjubkan untuk dicuba bersama rakan dan keluarga.

1. EnerG X Park

aktiviti indoor di kl

EnerG XPark merupakan sebuah pusat permainan yang mempunyai pelbagai aktiviti mencabar dan menyeronokkan.

Antara aktiviti yang menarik di sini adalah seperti Trampoline Wipeout, Electric Go-Cart, Ninja Obstacle, Cage Ball, Wall Climbing, Tubby Ride, King of Hammer dan Tower Jump.

Apa yang penting sekali, aktiviti yang disediakan ini sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira dewasa, keluarga, dan bahkan kanak-kanak juga.

  • Alamat: No. 6, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

2. The Ultimate Escape Game

aktiviti indoor di kl

Bagi pengemar filem dan permainan dari Escape Room, jangan lepaskan peluang ini untuk berkunjung ke The Ultimate Escape Game KL.

Ultimate Escape Game ialah permainan melarikan diri terbesar di Malaysia kerana ia mempunyai sejumlah 9 bilik tema berbeza yang unik

Dalam masa 45 minit sahaja, setiap pemain yang dikunci dalam sebuah bilik perlu melarikan diri dengan apa cara sekalipun untuk menjadi pemenang.

Setiap bilik mempunyai tahap kesukarannya yang tertentu dan genre yang berbeza-beza.

Antara tema yang disajikan adalah seperti The Dairy Heist, Murder Mystery – The Locker Room Scene, Ransom, Amazon Forest – Raiders of the Lost Fortune, dan banyak lagi.

  • Alamat: Lot 07-96, 7th Floor, Berjaya Times Square Kuala Lumpur. No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 11 pagi – 9 malam (Jumaat – Ahad)
  • Website | Facebook

3. Aquaria KLCC

aktiviti indoor di kl

Rakyat Malaysia pasti tahu dengan Aquaria KLCC. Aktiviti indoor di KL yang terbaik ini memberi peluang untuk pengunjung merasai kehidupan umpama di alam marin dengan berada di ruangan 60,000 kaki persegi (5,600 m2) dalam 2 aras bangunan yang mempunyai 90-metre (300 kaki) terowong air bawah tanah.

  • Alamat:  Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

4. Super Park Malaysia

aktiviti indoor di kl

Taman tema aktiviti yang terinspirasi dari negara Finland ini adalah salah satu aktiviti indoor di KL yang sangat unik.

Ia mengutamakan aktiviti fizikal dan senaman yang sesuai disertai oleh seisi keluarga, sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Superpark terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Adventure Area, Game Arena, dan Freestyle Hall. Setiap dari bahagian ini menggabungkan ke semua aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan.

  • Alamat: Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu operasi: 10 pagi – 7.30 malam (Ahad – Khamis), 9.30 pagi – 9.30 malam (Jumaat & Sabtu)
  • Website | Facebook | Instagram

5. Xction Xtreme Park

aktiviti indoor di kl

Cuba aktiviti lasak di tengah-tengah pusat beli belah? Tentunya tidak ada yang mustahil jika anda berkunjung di Xction Xtreme Park.

Ini merupakan taman tema terbaru yang menyediakan aktiviti mencabar seperti Sky Glider, Tubby Ride, Trampolin, Wall Climbing, kursus tali dan banyak lagi.

  • Alamat: 4-021, Sunway Velocity Mall, Lingkaran SV, 55100 Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

6. Kuala Lumpur Upside Down House

aktiviti indoor di kl

Kuala Lumpur Upside Down House memberikan pengalaman terbalik dalam rumah yang pertama di Kuala Lumpur.

Selain ia menyajikan panorama indah di setiap ruang dengan harga yang berpatutan, Kuala Lumpur Upside Down House ini juga menampilkan kereta antik Morris 1974 yang digantung terbalik di pintu masuk.

  • Alamat: Off, Jalan P Ramlee, &, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 9 pagi – 10 malam (setiap hari)
  • Facebook | Instagram

7. Camp 5 Jumpa

aktiviti indoor di kl

Dikategorikan sebagai salah satu lokasi rock climbing terbaik di Malaysia, Camp 5 Jumpa menawarkan tarikan yang berbeza dari segi ketinggian dan jenis dinding.

  • Alamat: 3rd Floor, MUT-1, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100, Malaysia
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (Isnin – Jumaat), 10 pagi – 8 malam (Sabtu & Ahad)
  • Website | Facebook | Instagram

8. Laser Battle

Membawa kelainan yang berbeza berbanding aktiviti menembak yang lain seperti paintball dan sebagainya, Laser Battle sebaliknya memberi pengalaman baru kepada anda untuk mencuba bermain laser di medan perang.

Lebih dari 55 jenis mod dari paling mudah sehingga ke paling sukar menanti anda dengan pelbagai jenis arena untuk dicuba.

  • Alamat: Central Zone, Level 7 Berjaya Times Square, No.1, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 11 pagi – 8 malam (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

9. VAR Live

Memegang gelaran sebagai Taman Tema VR terbesar di Malaysia, ini adalah aktiviti indoor di KL yang mungkin tidak ramai orang tahu.

Ia memberi ruang yang menyeronokkan di mana anda boleh melawan zombi, menjadi ninja, menyelesaikan misteri dan meneruskan pencarian untuk mencari khazanah purba yang tersembunyi.

Dengan 13 permainan menarik yang direka bentuk secara eksklusif dengan teknologi canggih, lengkap dengan persekitaran bertema, konsol bergetar, kesan khas dan alat peraga yang realisti.

Ia benar-benar menempatkan dunia maya yang hanya wujud dalam anda.

  • Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

10. Roller Light

Roller Light aktiviti indoor di KL yang sesuai dilakukan pada waktu malam. Bagi sesiapa yang mahu bermain roller blade dengan suasana berwarna-warni dengan lampu neon yang memukau, di sinilah tempatnya untuk anda meluangkan masa.

  • Alamat:  Lot 1-39 & 1-40, Ground Floor, Wangsa Walk Mall, Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10.30 pagi – 9.30 malam (setiap hari)
  • Facebook | Instagram

11. Jump Street Asia 

Jump Street Trampolin Park menyediakan beratus-ratus trampolin yang saling bersambung dari lantai terus ke dinding dan pelbagai tarikan lompat di setiap tempat untuk anda cuba.

Aktiviti seperti lompat di gelanggang terbuka dan bermain bola mengelak trampolin tentunya menjadi tarikan yang sesuai dimainkan bersama-sama.

  • Alamat: 8A, Jalan 13/6, Pjs 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Waktu operasi: 10 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

12. Shuttle In The Dark

Bermain badminton dalam gelap? Tidak mustahil jika anda berkunjung ke Shuttle In The Dark.

Dengan kombinasi teknikal bagaimana cahaya bersinar, mencerminkan, ditambah dengan kreativiti yang mengubah tempat badminton menjadi alam semesta galaksi yang berbeza.

  • Alamat:  Concourse Level, Petronas Twin Tower, Twin Towers Fitness Centre, 50088 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 7.30 pagi – 8.30 malam (Isnin – Jumaat), 10.30 pagi – 5.30 petang (Sabtu & Ahad)
  • Website | Facebook | Instagram

13. Good Times DIY Baking Studio

Belajar membuat kek dan pastri secara berguru akan lebih mudah dan menyeronokkan bersama pakar terlatih di Good Times DIY Baking Studio.

  • Alamat: Level 2-052, MyTOWN Shopping Centre, 55100 KL
  • Waktu operasi: 10 pagi – 7 malam (setiap hari)
  • Website | Instagram

14. Beast Park 

Beast Park ialah taman pengembaraan dan aktiviti yang direka khusus untuk peminat aksi generasi baru.

Ia mempunyai 5 zon termasuklah Camp5 climbing gym, Beast Junior Active Playground, Beast Training Academy, Beast Net, dan Artisan Roast café yang menjanjikan pengalaman terbaik untuk dirasai.

  • Alamat: Level 3, JUMPA at Sungei Wang, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (Isnin – Jumaat), 10 pagi – 8 malam (Sabtu & Ahad)
  • Website | Facebook | Instagram

15. Blue Ice Skating Rink

Jika tadi kita ada tarikan roller blade berlampu, kali ini anda juga boleh bermain skating di atas permukaan licin ais.

Jangan lepaskan peluag ini untuk tunjukkan bakat anda dalam bermain luncur salji dengan rakan-rakan.

  • Alamat: G1-21, Ground Floor 1, KL East Mall, 823, Jln Lingkaran Tengah 2, Kuala Lumpur Timur, 53100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
  • Website | Facebook | Instagram

Selain dari artikel aktiviti indoor di KL ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan aktiviti hujung minggu untuk kanak-kanak seperti:

Sumber:

  1. Top 20 Indoor Activities & Attractions in KL: Pick Up New Skills or Plan a Team Building Outing! Klook
  2. (What To Do During Rainy Days) Top 15 Indoor Activities in Klang Valley To Try! Traworld

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.