Bagaimana adabnya menghadiri rumah terbuka? Jom ketahui bersama.
Sudah menjadi ‘trend’ dna kecenderungan msyarakat hari ini untuk mengadakan rumah terbuka atau open house semasa musim perayaan, terutamanya pada hari raya aidilfitri. Budaya baru ini dilihat snagat positif dalam mengukuh hubungan silaturahim dan kemasyarakatan di samping mengalakkan ziarah-menziarahi sesama muslim.
Rasulullah SAW sendiri menunjukkan contoh mengenai keindahan dalam hubungan sesama manusia, terutamanya dalam bersama-sama merayakan perayaan.
Islam juga agama yang mengamalkan toleransi dan keterbukaan, apatah lagi menggalakkan umatnya menziarahi ahli keluarga dan jiran, menghadiri jamuan serta meraikan hari-hari istimewa seperti hari raya.
Namun, begitu setiap hal pasti ada adab dan tatasusilanya agar majlis berjalan dengan lancar, tidak terganggu dan menyenangkan hati tuan rumah.
Begitu juga dengan adab dalam mengahadiri rumah terbuka. Antaranya;
Berniatlah utnuk hadir ke masjlis sebagai menghormati dan memenuhi jemputan tuan rumah. Selain, merikan hari raya bersama-sama dengan mengeratkan silaturahim saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Jauhkan dari tujuanmenunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai.
Hadirlah ke majlis teersebut pada masa yang ditetapkan oleh tuan rumah atau penganjur. Bukannya terlalu awal aaupun lewat. Jika terlalu awal, bimbang tuan rumah serba salah kerana masih belum bersedia menerima tetamu, makanan belum disiapkan atau sebagainya.
Manakala jika terlalu lewat bimbang menyusahkan tuan rumah sudah siap mengemas. Apatah lagi dengan kepenatan, perlu solat dan berehat.
Hormatilah orang di sekeliling dengan berpakaian yang sesuaia dan menutup aurat. Tambahan lagi bagi golongan wnaita, pakailah pakaian yang sopan, tidak terlalu mendedahkan sehingga membuatkan tuan rumah rumah dan para tetamu yang lain berasa tidak selesa. Begitu juga dengan golongan lelaki, berpakaianlah degan kemas dan bersih.
Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, hormatilah tuan rumah dengan memberikan salam, mengucapkan terima kasih, bertanya khabar atas jemputan dan meminta izin untuk makan atau sebagainya.
Begitu juga ketika waktu pulang, janganlah terus pualng begitu sahaja. Bersalamanlah terlebih dahulu bagi sesama mahram. Manakala bagi yang berbeza jantina elakkan dari bersalaman.
Jika tidak diminta oleh tuan rumah sekalipun, bawalah sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan. Antara yang sesuai adalah seperti biskut raya, buah-buahan atau apa-apa masakan yang sesuai. Boleh juga diberikan duit raya kepada anak-anak tuan rumah tersebut.
Selain menjaga tingkah laku, jangan lupa menjaga tutur kata. Berbual hal yang baik dan menyenangkan tuan rumah dan para tetamu yang lain. Rendahkan suara, jangan terlalu lantang. Elakkan sikap berbangga diri dan menunjuk-nunjuk, sombong, riak, dan takbur.
Peliharalah jua pandangan dengan tidak terlalu memerhati keadaan sekeliling rumah, ataupun meneroka sehingga ke segenap ruang rumah. Bimbang tersingkap aurat tuan rumah yang mungkin tidak sempurna.
Paling perlu dielak adalah memberi pandangn sendiri (tanpa diminta) tentang dekorasi rumah, susunan perabot dan sebagainya. Perbuatan ini sangat tidak berakahlak sama sekali!
Ketika berada di meja makan, jagalah adab makan. Jangan mengambil makanan secara berlebihan, tetapi sekadar yang cukup dahulu. Elakkan membazir dan kelihatan sanagt lapar. Makan dengan tertib dan pastikan tempat makan ditinggalkan dalam keadaan bersih dan tidak bersepah.
Jika terdapat alah atau alergik, elakkan makanan tersebut. Jangan bertanya akan makanan yang tidak ada dalam jamuan. Dan jangan sesekali membawa pulang makanan jika tidak dipelawa dan diizinkan oleh tuan rumah atau penganjur.
Sebaiknya janganlah berlama-lama dalam menghadiri sesuatu majlis rumah terbuka, sehingga berjam-jam lamanya. Pasti tuan rumah juga tidak selesa dan perlu melayani tetamu dalam keadaan terpaksa.
Hadirilah majlis sebagai menghormati tuan rumah bukannya menyusahkan mereka, apatah lagi dengan keadaan yang tempat duduk yang terhad dan tetamu yang ramai.
Dalam kesibukan menghadiri majlis, janganlah sampai lalai mendirikan solat. Jika dalam keadaan cantik dan bergaya dengan perhiasan dan mekap sekalipun, dirikanlah solat terlebih dahulu. Aturkan masa agar kedua-duanya tidak terlepas.
Selepas pulang dari rumah terbuka, janganlah mengata atau membandingkan majlis yang telah dihadiri. Terimalah kelebihan dan keburukan sama ada dari aspek makanan, layanan dan sebagainya. Bersyukur dan menerima setiap kekurangan adalah lebih baik daripada merungut dan mengomen.
Paling terbaik, ucaplah terima kasih dengan ikhlas dan senyuman kerana sudi dan sanggup menerima kita sebagai tetamu.
“Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Paling penting dalam menghadiri majlis rumah terbuka adalah kunjungan tetamu yang menyenangkan dan mengembirakan tuan rumah.
Dengan menghadiri rumah terbuka juga akan menjadi jalan penghubung yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat muslim. Inilah antara cara untuk merapatkan lagi kasih sayang sempena Syawal yang mulia agar hubungan yang ada tidak terputus lantaran kesibukan dan kejauhan.