Ayuh ketahui mitos atau amalan kecantikan Ratu Cleopatra.
Siapakah Cleopatra?
Dalam catatan sejarah susuk yang terkenal bernama Cleopatra ini adalah pemerintah terakhir dari kerajaan Ptolemaios di Mesir pada tahun 51 SM.
Cleopatra digambarkan sebagai wanita yang sangat cantik dan bijak. Beliau juga sangat cekap memerintah dan cerdas dalam berdiplomasi selain menguasai beberapa bahasa penting ketika itu.
Sesuai dengan ciri rupawan dan aura ratunya, Cleopatra dipercayai memiliki ritual kecantikan yang cukup ekstrem. Bahkan sehingga kini ramai yang masih percaya bahawa Cleopatra mempunyai acuan atau ramuan kecantikan yang tersendiri dalam menata kejelitaannya.
Meski belum dibuktikan kebenarannya, mitos-mitos ratu Mesir ini ada yang masih dipraktikkan hingga kini. Lalu, apakah ritual kecantikannya itu?
Dirangkum dari berbagai sumber, berikut mitos kecantikan Cleopatra yang melegenda:
Hippocrates iaitu seorang doktor pada zaman Yunani kuno, mencatatkan bahawa Cleopatra mengamalkan mandian susu dari 700 keldai. Tujuannya bagi mendapatkan kulit yang lebih halus.
Sehingga hari ini, susu seperti susu kambing dijadikan ramuan dalam mandian bagi menghasilkan kulit yang lebih halus. Ini kerana kajian mendapati susu binatang memiliki asam laktat yang berperanan menyingkirkan kulit mati.
Ketika zaman Mesir Kuno, terdapat banyak gua yang menghasilkan garam laut. Lalu bahan garam laut dijadikan pelbagai produk untuk kecantikan untuk kaum wanitanya.
Termasuklah Cleopatra yang mengaplikasikan garam laut dengan melumurkan seluruh tubuhnya dengan garam laut yang berkualiti tinggi.
Sehingga kini, garam laut masih digunakan sebagai perawatan dalam dunia kecantikan, antaranyamenghaluskan tumit kaki pecah-pecah dan menghilangkan kulit mati.
Cleopatra juga dikatakan sangat mencinta bunga mawar. Selain beribu bunga mawar dijadikan hiasan di istananya dan memiliki taman mawar yang luas, Cleopatra juga menjadikan bunga mawar sebagai bahan untuk kecantikan juga.
Dikatakan setiap hari beliau akan menggunakan rebusan air mawar untuk membersihkan wajahnya selain sebagai mandian. Tunjuannya bagi mendapatkan kulit bersih dan kekal cerah.
Sehingga hari ini cara ini ditiru sebagai bahan kecantikan melalui cucian wajah, mandian dan peralatan kosmetik yang mengguankan bunga mawar atau harumanannya sebagai bahan utama.
Jangan tidak tahua, mewarna kuku juga dijadikan sebgai rutin kecantikan popularsejak zaman mesir kuno lagi.
Dipercayai Cleopatra mengecat kukunya dengan warna cokelat kemerahan dengan inai dari pohon privet. Ia juga kerap melukis telapak tangannya dengan inai dengan corak-corak yang menarik unik.
Bukankanh cara berhias begii masih diaplikasikan sheingga kini?
Cleopatra juga menggunakan pelembap pada wajahnya yang terbuat dari hemp seed oil atau minyak biji ganja atau rami yang kaya kansungan protein serta asam lemak esensial.
Menurut kajina moden, hemp seed oil sangat membantu memperlambat penuaan, menyeimbangkan kelembapan pada kulit, hingga digunakan untuk mengatasi jerawat, psoriasis dan eczema. Jadi ianya snagat sesuai untuk rawatan dna kecantikan kulit.
Ketika zaman Mesir Kuno, memiliki alis tebal dianggap sebagai simbol kecantikan para wanitanya. Cara merias seperti itu jga snagat popular dan menjadi ikutan.
Dnegan memiliki tebal alis yang semakin tebal, maka semakin cantiklah wanita tersebut.
Dikatakan, Cleopatra juga menebalkan alis dan bulu matanya dengan kohl berwarna hitam yang terbuat dari campuran bubuk timbal berwana hitam dan lemak haiwan.
Sehingga hari ini, Kohl turut dijadikan bahan kecantikan modean yang diperkemas bentuk pensil sebagai eyeliner.
Para pengakaji menyatakan wangain yang diguanakan oleh Cleopatra sanagt unik dna tersendiri. Cleopatra terbilang cukup unik. Ia
Iaitu dengan menggunakan minyak mawar, minyak dari pohon jeruk, mur (zat seperti getah yang berasal dari pohon myrrha yang banyak tumbuh di Timur Tengah) dan frankincense (resin aromatik yang digunakan dalam dupa dan parfum) atau yang lebih dikenal dengan kemenyan Arab.
Begitu juga dnegan peralatan mekap pemerah bibir atau lipstik, sudah wujud sejak ribuan tahun lalu lagi.
Tetapi semasa zaman Mesir Kuno dahuliu dulu, pemerah bibir diperbuat dari tanah liat. Cleopatra dipercayai menggemari lipstik berwarna merah yang terbuat dari red ochre, sejenis tanah liat yang dicampur dengan bubuk besi berwarna merah.
Namun begitu, bahan ini snagat berisiko dan berbahaya lantaran kandungan racun dalam bubuk besi yang tidak seharusnya masuk dalam tubuh.
Cleopatra dikabarkan sering menggunakan eyeshadow berwarna hijau terang dan biru terang yang diperbiuat dari batu malachite dan lazuli. Dua bahan ini dihaluskan hingga berbentuk pasta.
Bagi emnjaga kecantikan dan kesihatan mata, Ratu Mesir ini juga dipercayai mengamalkan campuran seledri yang ditumbuk bersama dengan hemp oil sebagai serum mata.
Daun seledri sangat bermanfaat menyelesaikan masalah mata kering dan mencerahkan kawasan bawah mata yang gelap.
Kebenaran akan penjagaan kecantikan Cleopatra ini masih menjadi misteri dan tanda tanya. Namun, pengamalan dan bahan yang digunakan wanita yang terkenal sebagai ‘sempurna’ dalam menjaga kejelitaannya ini berasas dan ditiru sehingga kini.
Buktinya terdapat banyak bahan-bahan yang sama diamalkan oleh Cleopatra dahulu dimodenkan sebagai produk ekcntika wajah dan badan sehingga kini.
Jutseru, jika sesuatu gaya dan bahan tersebut tidak emndatangakn kesan buruk dan mudarat, bolehlah diamalkan. Barangkali boleh menjadi cantik sperti Cleopatra!