Produk hilangkan parut pilihan ramai yang mungkin anda perlu ketahui. Kulit kita sering terdedah kepada persekitaran yang tidak baik dan menjadikan parut kekal sukar dihilangkan. Menghilangkan parut bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia memerlukan masa yang lama bergantung pada kedalaman dan ukuran parut tersebut.
Parut berlaku kerana reaksi pengeluaran kolagen semula jadi yang berlebihan akibat luka. Produk hilangkan jerawat biasanya dapat memberikan kelembapan yang cukup untuk melembutkan dan meratakan bahagian yang berparut.
Bagi anda yang mempunyai luka parut, parut jerawat atau apa sahaja jenis parut disarankan menggunakan produk hilangkan jerawat. Sekiranya anda mencari produk hilangkan parut yang berkesan, pastikan ia mengandungi bahan seperti silikon, vitamin E, vitamin A (retinol), madu dan asid salisiklik.
Ia akan menghasilkan kelembapan dan melembutkan bahagian yang berparut tersebut dengan mudah. Jom kami kongsikan antara produk hilangkan parut boleh anda cuba.
Krim Stretch Mark ini merupakan produk anti-stretch mark pertama yang menggunakan inovasi Lipobelle Soyaglycone yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit. Kandungan kolagen yang terdapat dalam produk ini menjadikan garisan stretch mark sukar untuk timbul. Menariknya lagi, ia juga mampu menyembuhkan dan memperbaiki koyakan kecil pada kulit yang menyebabkan tanda regangan.
Jenama Mama’s Choice ini bukan sahaja dapat menjadikan kulit anda lebih tebal sebanyak 12%, malah ia juga melindungi kulit anda daripada merenggang secara berlebihan ketika hamil. Kelebihan krim ini ialah kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen. Krim ini juga mempunyai struktur yang tidak berminyak, melekit dan cepat meresap ke dalam kulit.
Selain itu, kandungan krim yang kaya dengan bahan semulajadi seperti aloe vera, minyak zaitun dan minyak jojoba yang meningkatkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit sepanjang hari. Krim ini juga mempunyai cooling effect yang dapat melegakan kegatalan yang selalunya merupakan tanda bahawa stretch mark akan muncul.
Menariknya mengenai krim ini, kandungan bahan semula jadinya menjadikan krim ini selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung dan menyusu. Krim ini juga dijamin halal kerana bebas dari paraben, alkohol dan pewarna tiruan. Krim ini juga telah diuji secara dermatologi di makmal Singapura. Krim ini juga mengandungi Hypoallergenic yang menjadikan krim ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Produk hilangkan parut ini mengandungi 100% Vitamin E semulajadi dari sumber soya yang mempunyai daya antioksidan 50% lebih banyak. Justeru, ia menyerap lebih baik berbanding Vitamin E sintetik.
Serum ini juga bertindak dari dalam dan mendorong sel parut naik ke permukaan paling atas kulit untuk proses penukaran kulit.
Pada awal penggunaannya, kulit akan mula menggelupas dan terasa sedikit sakit kerana merupakan proses untuk membuang sel-sel kulit mati. Namun, serum ini akan memberikan kelembapan yang cukup agar tidak mengalami kekeringan yang menyebabkan kegatalan atau kerengsaan.
Produk hilangkan parut ini yang mempunyai banyak kebaikan sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa. Antara kebaikannya ialah semua jenis parut seperti gigitan nyamuk, eksim dan luka bakar dan banyak lagi. Iajuga dapat melembutkan kulit kasar, terutama di bahagian lutut dan telapak kaki.
NB Acne Scar Serum dapat memudarkan dan menghilangkan bekas luka, mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat, mengecilkan pori-pori, melembapkan kulit kering dan merawat masalah kulit alergik dan ekzema.
Bahan-bahan yang terdapat dalam produk hilangkan parut ini dijamin selamat untuk semua jenis kulit dan dapat mengekalkan penghidratan sambil merawat dan memperbaiki kerosakan pada kulit anda.
Cosmoderm Vitamin E Cream adalah merupakan krim wajah yang berfungsi untuk melembapkan jauh ke dalam kulit wajah untuk mengelakkan kesan penuaan pramatang.
Produk hilangkan patut ini juga dapat mengurangkan kedutan, garis halus dan parut sambil menegangkan kulit wajah. Dengan ramuan khas yang mampu merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim Palmer’s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif.
Ia juga dapat mengurangkan penampilan stretch mark dan menjadikan kulit anda kelihatan berseri dan bertenaga. Krim ini juga dapat mengurangkan rasa gatal pada kulit dan juga dapat digunakan sebagai pelembap kulit agar kulit kekal anjal dan terhidrat sepanjang hari.
Produk hilangkan parut pilihan ramai yang lain ialah daripada Mederma Proactive Gel adalah krim yang disyorkan oleh pakar dermatologi di Amerika Syarikat dan diuji secara klinikal.
Krim ini dapat mengurangkan masalah parut pada kulit sambil memperbaiki kerosakan pada penampilan kulit anda dengan lebih baik. Ianya mengandungi Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera yang dapat meratakan warna kulit dan merawat tekstur kulit yang bermasalah.
Krim ini juga berfungsi bagi merawat parut akibat luka, luka bakar, melahirkan anak dan banyak lagi dan kesannya diperolehi hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. Ianya bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti alkohol dan tidak akan menyebabkan masalah kulit yang serius.
Krim dari Derma Health ini mempunyai tekstur lembut, kaya dengan pelembap dan merupakan krim antioksidan yang dapat memperbaiki kerosakan kulit dengan sangat baik.
Selain itu, produk ini juga mengandungi 10,000iu Vitamin E pekat tinggi yang dapat melindungi kulit anda daripada bahan radikal bebas. Diformulasikan untuk merawat kulit yang bermasalah, mengurangkan penampilan parut, stretch mark, mencegah kekeringan, keretakan dan juga masalah kerosakan kulit.
Krim Dermatix Advanced Scar Formula ini mengandungi bahan daripada teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik Vitamin C. Ia sarat dengan manfaat perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit.
Produk ini amat sesuai untuk anda yang mengalami pelbagai jenis parut dan teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan parut tersebut. Walaupun kesannya sedikit lebih perlahan daripada krim lain, namun ia tetap dijamin selamat digunakan untuk semua jenis kulit.1
Krim produk hilangkan parut ini mendorong pertumbuhan semula sel untuk parut, kesan regangan dan cela kulit. Selain itu, ia juga dapat mencegah proses penuaan pada kulit dengan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus yang muncul di permukaan wajah.
Disamping itu juga, bahan antioksidan yang terdapat dalam produk hilangkan parut ini juga mampu melindungi sel membran kulit dan memberikan keanjalan agar kelihatan awet muda.
Krim Shiseido White Lucent Multibright Night Cream ini merupakan salah satu produk hilangkan parut pilihan ramai. Krim Shiseido White Lucent Multibright Night Cream dengan proses pelbagai fungsi untuk mencerahkan kulit sekaligus mengurangkan penampilan bintik hitam dan parut jerawat.
Selain itu, Semasa tidur, proses kulit akan berjalan dengan baik, pastikan pakai sebelum tidur ya. Ia juga tidak menyebabkan masalah kegatalan atau kerengsaan pada kulit setelah memakainya.
Anda disyorkan untuk menggunakan krim ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang diinginkan.
Pasti ramai yang merasa kurang yakin dengan adanya parut di wajah anda. Jangan risau, Olumes cream pastinya dapat membantu anda. Jenama ini merupakan antara jenama yang terbaik antara krim penghilang parut yang lain.
Lebih menarik lagi, krim ini mengandungi bahan semulajadi yang pastinya dapat membantu menghilangkan parut anda. Hal ini menjadikan produk ini sebagai salah satu produk hilangkan parut pilihan ramai.
Selain itu, cream ini bukan sahaja membantu menghilangkan parut, malah ia juga dapat membantu untuk mengecilkan liang pori serta menganjalkan kulit muka anda. Bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitif juga sangat sesuai untuk menggunakan cream ini.
Bahan yang terdapat di dalam cream seperti 10 jenis peptide dan asid hyaluronic yang berfungsi sebagai agen anti penuaan, menjadikan kulit wajah anda agar sentiasa kelihatan muda. Kulit anda juga akan lebih terhidrasi selepas menggunakan cream ini.
Berikut adalah antara produk hilangkan parut yang boleh anda pilih. Pasti berkesan untuk kulit wajah anda! Jom baca juga Day Cream Terbaik, skincare Korea Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Serum terbaik untuk whitehead.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.