Sandwich memang jadi kegemaran semua kalangan di semua negara. Sandwich selalunya digemari sebagai santapan pagi. Makanan ini disukai kerana ianya merupakan antara makanan segera yang menyihatkan, kerana kebanyakannya diolah tanpa minyak, jika adapun selalunya orang akan guna minyak sayuran yang menyihatkan dan bukan dengan kaedah menggoreng dengan minyak yang banyak atau deep fry.
Walau tampak sederhana, sandwich kaya akan karbohidrat, protein, dan vitamin, di mana pengambilan dan penggunaan bahan makanan sihat ini perlu untuk pertumbuhan, baik pulih dan penyelenggaraan fungsi tubuh.
Beragam jenis sandwich dijual di kedai runcit. Selalunya yang beli sandwich ialah pekerja, pelajar yang bertolak pagi, atau orang yang dalam perjalanan. Saiznya yang kecil membuat sandwich senang dibawa dan dimakan dimanapun jua.
Anda di rumah juga boleh buat sandwich untuk orang tersayang. Buat sandwich sedap, isi tebal, banyak sayur atau tidak letak sayur, ikut suka anda. Kalau beli di kedai kadang isi sedikit di tengah saja bukan? Senangnya, kami kongsikan 10 resepi sandwich dari kepelbagaian resepi di laman Facebook. Bahkan resepi sandwich jepun pun ada. Cara penyediaan pantas dan senang patut anda cuba.
Sandwich Sardin Mayo Roll
Sandwich pertama ialah yang paling femes. Bahkan menu ini ada di restoran makanan segera, dihidang dengan rekaan bentuk yang lebih menarik, dijual dengan harga yang fansi. Sandwich sardin mayo roll dengan bentuk yang cantik sesuai untuk dijadikan menu potluck acara istimewa. Jom buat sandwich sardine mayo ala Fidzah Saad di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Sardin,
Mayones,
Tomato potong dadu,
Bawang potong dadu,
Lemon.
-Lenyekkan ikan sardin kemudian gaul semua bahan sekali. -Perah lemon sedikit untuk rasa masam (optional).
Cara-cara :
Mula-mula rebus crabstick atau sosej.
Kemudian lenyekkan roti putih atau roti wholemeal. (Kalau ingin diet guna wholemeal).
Seterusnya isikan inti pilihan sama ada sardin atau telur yang sudah siap tadi. Sapu rata di hujung roti. (Ikut suka ingin banyak mana).
Selepas itu letak crab atas inti tadi dan letak salad. Boleh juga kalau ingin tambah timun atau carrot.
Kemudian gulung. Siap. Potong tengah pun boleh.
Jika sudah siap piping kesemua sos pilihan seperti sos cili, cheese, mayones dan sos blackpepper.
Sandwich Egg Mayo
Nampak macam biasa-biasa saja egg sandwich ini. Tapi tahukah anda, sandwich ini tular sekarang. Simpan siap-siap resepi egg mayo daripada NaNie yang berkongsi di laman Facebook. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual dekat rakan di pejabat atau jiran-jiran. Kalau rajin memang boleh buat duit. Jika ingin tambah sosej atau stik ketam boleh juga. Celur dulu sosej dan crab stick kemudian potong kecil dan gaul sekali dalam bancuhan telur untuk naikkan sedikit harga jualan. Ini ialah resepi untuk dua bundle roti yang besar.
Bahan-bahan :
10 biji telur direbus dan dilecek,
1 senduk mayonnaise,
1 sudu teh lada sulah Ajishio. (Campur semua sekali dan gaul sebati)
Bahan sampingan:
Tomato dipotong bulat,
Salad (Ikut suka guna salad pokok atau salad biji@bulat).
Cara Melapis :
Ambil sekeping roti, sapu mentega.
Mula-mula letak tomato.
Kemudian letakkan sesudu bumbu bancuhan telur, letak atas tomato tadi dan ratakan.
Seterusnya letak sekeping salad di atas bancuhan telur.
Seterusnya kami datangkan resepi sandwich dengan capsicum. Capsicum cetuskan rasa pedas dan crunchy. Namun perlu anda tahu cara pilih capsicum betina yang rangup dan manis. Aishah Syarif berkongsi resepi sandwich capsicum dan cara pilih capsicum yang rangup di laman Facebook. Jom intai resepi salad merangkap sandwich di bawah ini.
Bahan A :
Daun salad/lettuce (potong ikut suka),
Mayones,
Capsicum hijau (betina 4 kelopak) (potong dadu),
Ayam brand cili tuna (level pedas ikut selera masing-masing).
Bahan B :
Bawang Holland (potong dadu),
Cendawan butang,
Sosej / isi ayam.
Cara-cara :
Goreng bahan B dengan sedikit minyak hingga naik aroma (goreng asing-asing).
Campurkan semua bahan A dan B dalam 1 mangkuk besar.
Kemudian masukkan mayones kesukaan, kuantiti pun ikut suka, kalau banyak takut muak. Siap. Selamat mencuba .
Sandwich DiRaja
Memang tidak salah bagi nama sandwich diraja. Pasalnya sandwich ini menggunakan bahan-bahan yang mahal dan bermutu tinggi. Iman Xii berkongsi di laman Facebook resepi sandwich diraja di mana hidangan ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan acara minum teh yang mewah. Ayuh buat sandwich diraja rasa kahyangan resepi di bawah.
Bahan-bahan :
Ayam Brand chili tuna,
Kewpie sandwich spread original,
Ayamas chicken meatloaf,
Ayamas chicken and mushroom sausage,
Salad dan tomato,
Roti,
Margarine.
Cara-cara :
Mula-mula steam chicken meatloaf dan sausage.
Dalam bekas asing, gaulkan Chili Tuna bersama Kewpie Sandwich Spread.
Mulai lapisan dengan roti yang disapu margarin.
Kemudian letak tuna.
Letak salad.
Letak steam chicken meatloaf tadi.
Terus letak roti lapisan ke-dua.
Letak pula sosej.
Letak tomato.
Akhir sekali tutup dengan roti (letak tuna). Fungsi lidi adalah untuk potongan yang cantik, supaya sandwich tidak lari sana sini.
Sandwich Tuna Mayo
Sandwich makanan segera yang sedap lagi menyihatkan. Selain itu penyediaannya pula amat mudah sekelip mata. Seperti resepi sandwich yang dikongsikan oleh MasAyu Legacy di laman Facebook. Penyediaan bahan resepi ini amat mudah. Hanya potong-potong dan gaul sahaja. Ayuh cubakan resepi di bawah.
Bahan 1 :
Tuna mayones ayam brand,
Sedikit bawang besar didadu,
1 sudu besar mayones,
1 sudu besar sos cili,
Sedikit cili api.
Bahan 2 :
Timun didadu,
Tomato didadu,
1 sudu mayones,
1 sudu sos cili,
Roti dan salad.
Cara-cara :
Gaul bahan 1,
Gaul bahan 2,
Guna 3 keping roti untuk 1 set sandwich.
Cara susun :
Roti lapisan pertama letak bahan 1.
Kemudian letak salad.
Terus lapiskan dengan sekeping roti lagi.
Seterusnya letak bahan 2.
Akhir sekali tutup dengan lapisan roti ke-tiga.
Potong silang pangkah.
Sandwich Telur Bawang Karamel
Memang nampak simple sandwich telur ala Suraya Yaacob ini. Namun sebenarnya ada satu rahsia yang sebabkan pelanggan tergila-gila pesan berulang kali setiap hari. Pada perkongsiannya di laman Facebook disebutkan bahawa menambah bawang karamel dalam adunan sandwich telur jadikan ia lagi sedap dan wangi. Resepi bawang karamel ini pun kami kongsi sekali. Cuba buat sekali baru tau rasa dia macam mana. Resepi di bawah cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek dengan 7 biji telur.
Bahan Sandwich :
1 buku roti,
7 biji telur rebus,
4 sudu besar mayones,
1 pokok daun bawang,
2 sudu bawang karamel.
Bahan bawang karamel :
1 biji bawang,
1 sudu teh serbuk oregano,
1 sudu teh serbuk lada hitam,
1 sudu teh garam,
2 sudu makan minyak masak.
-Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu. -Sejukkan dan campur ke dalam sandwich.
Cara susun :
Mula-mula letak roti.
Kemudian letak isian sandwich.
Tutup dengan roti ke-dua.
Potong dan siap dimakan.
Sandwich Honey Chili Dan Teriyaki Chicken
Sedih bila tengok peniaga yang jual sandwich isi seciput belah tengah saja ada. Yang makan dan membeli, mesti rasa lagi sedih. Seterusnya kami kongsi resepi sandwich tebal gerenti puas makan. Eloklah buat sendiri baru tau senang ke susah. Resepi daripada Hidayah Sobri di laman Facebook.
Bahan-bahan Honey Chilli Chicken :
1 kg dada ayam,
3 sdb madu,
2 sdb hot sauce/sos cili api,
2 sdb sos tomato,
3 sdb serbuk cili,
1 sdb secukup rasa/garam.
-Perapkan semua, sekurangnya 6 jam sebelum guna baru warna jadi cantik.
Bahan-bahan Teriyaki Chicken :
1 kg dada ayam,
¼ kicap pekat,
¼ kicap masin,
2 sdb madu,
2 sdb gula perang,
2 sdb bijan,
2 sdb gula kasar,
1 sudu kecil garam halus. (Perapkan semua, sekurang-kurangnya 3 jam)
-Dua-dua resepi ini, bakar dalam oven suhu 220°C selama 30 minit, kalau isi tebal pastikan belah dua bagi nipis sedikit.
Cara Lapiskan :
Mula-mula letak roti, semua letak marjerin/mentega.
Kemudian letak romaine Lettuce.
Letak ayam marinate yang sudah dihiris.
Letak sos.
Kemudian letak lapisan roti ke-dua.
Letak tomato (hiris, letak atas tisu untuk keringkan air).
Letak timun jepun (kurang berair).
Letak isi ayam.
Tambah sos.
Letak cheese keping.
Akhir sekali tutup dengan roti.
Belah 4, siap sudah boleh makan.
Wanpaku Sandwich Jepun
Siapa pernah makan wanpaku sandwich? Sandwich ini menarik sebab penuh warna-warni asli. Cara buat sandwich ini disumbat dengan bermacam-macam sayur dan juga protein. Kebanyakkannya bagi yang bekerja akan makan sandwich ini semasa makan tengah hari sebab ia gebu dan mengenyangkan. Rasa dia ada lemak masam masin dan semestinya segar dengan sayur-sayur di dalamnya. Resepi daripada Nurasykin Ali di laman Facebook amat simple, sesuai bagi orang yang berdiet. Boleh juga makan waktu sahur. Buat sebelah malam dan simpan dalam chiller.
Bahan-bahan :
Roti,
Tomato cherry,
Telur puyuh,
Salad,
Lobak,
Tuna ayam brand,
Kewpie dressing roasted sesame.
Cara-cara:
Mula-mula bancuh tuna dengan kewpie dressing. Sukatan ikut suka.
Mulakan lapisan roti pertama, sapukan roti dengan butter/marjerin.
Kemudian letak sekeping cheese di atas roti.
Letak salad.
Lepas itu letak tuna, kuantiti ikut selera.
Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam memanjang di tengah.
Kemudan tutup dengan sekeping roti.
Di atas roti tadi sapukan butter/marjerin.
Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
Susun atasnya dengan salad, mayones dan lobak.
Tutup dengan roti yang terakhir.
Belah bahagian tengah. Siap.
Sandeich Egg Mayo Lemon Juice
Resepi Egg mayo Nur Laila di laman Facebook bukan semata telur dan mayo sahaja. Berpuluh kali olah untuk dapatkan rasa yang tidak muak. Sesiapa yang tidak suka egg mayo, dengan resepi ini anda mesti suka dan makan dengan girangnya. Rahsianya ialah resepi ini menggunakan lemon ataupun asam kasturi. Mesti penasaran bukan macamana rasa dia? Jom kita cuba.
Bahan-bahan :
5 biji telur rebus,
5 sudu besar mayones,
½ st garam,
1 st gula,
Air perahan lemon/limau kasturi,
Timun jepun didadu,
1 st lada hitam.
Cara-cara :
Telur dilenyek ikut suka. Tidak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.
Kemudian campur telur bersama semua bahan tadi.
Untuk lapisan, mula-mula sapu marjerin pada roti.
Letak salad romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.
Kemudian bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti, dan potong kepada 4 bahagian. Siap. Resepi ini boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.
Monte Cristo Sandwich
Resepi sandwich ini biasanya menggunakan sapuan jam strawberry/ jam buah-buahan. Tapi Helena Rizanie Abdullah berkongsi di laman Facebook, menukar jam kepada cili sos. Macamana kejadiannya? Mestilah sedap, Ayuh cubakan!
Bahan-bahan :
Roti gardenia,
Chicken loaf ayamas,
Cheesdale,
Mayones/honey mustard,
Cili sos/strawberry jam,
Telur,
Breadcrumbs.
Cara-cara :
Mula-mula celur chicken loaf seketika.
Untuk lapisan, sapukan roti dengan mayones/honey mustard.
Kemudian susun cheese.
Seterusnya letak chicken loaf.
Akhir sekali sos cili/jam strawberry.
Kemudian letak roti ke-dua.
Ulang semula step nombor dua sehingga terbentuk 3 layer roti.
Akhir sekali celupkan merata pada telur.
Rataka merata pada breadcrumbs.
Goreng hingga keperangan.
Belah dan siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Sandwich, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya!
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com