Allah SWT memiliki 99 nama yang setiap satunya menjelaskan tentang sifat-sifat Allah. Nama-nama ini boleh dilafazkan dalam bacaan zikir Asmaul Husna.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda zikir Asmaul Husna dalam panduan bahasa Arab, rumi, terjemahannya, dan bacaan dalam audio.

Pengertian Asmaul Husna

Asmaul husna adalah 99 nama Allah yang terbaik. Dikatakan sejak dahulu lagi, para ulama telah pun membahas dan mentafsir Asmaul Husna ini.

Dari sehi bahasa Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia, dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya.

Nama-nama ini suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda:  “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” – (Hadis Riwayat Sahih Bukhari)

Teks bacaan zikir asmaul husna dalam Arab

Teks bacaan zikir asmaul husna dalam Rumi

Nas aluka
Yaa man huwallahulladzii laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur rohim

Almalikul qudduusus salaamul mu’minul muhaiminul ‘aziizul jabbaar
Almutakabbirul khooliqulbaariul mushowirul ghoffar
Walqohharul wahaabur rozzaaqul fattaahul ‘aliim

Alqoobidhul baasithul khoofidhur alroofi’ul mu’izzul mudhillus samii’ul bashiirul hakamul’adl
Allathiiful khobiir
Alhaliimul ‘adhim
Alghofurus syakuur
Al’aliyul kabiirul hafiidhul muqiit

Alhasiibul jaliil al kariimur roqiibul mujiibul waa si’ul hakiimul waduudul majiidul baa’itsus syahid
Alhaqqulwakiil
Alqowiyul matiin
Alwaliyul hamiid
Almuhshil mubdiul mu’iid
Almuhyil mumiitul hayyul qoyyum

Alwaajidul maajidul waahidus shomadul qoodirul muqtadirul muqoddimul muakh khirul awwalul akhiir
Addhoohirul baatinul waalil muta’al bar ruttawwaaabul muntaqimul ‘afuwwur roufum maalikul mulki dzul Jalaali qal ikroom

Almuqsitul al jaami’ul ghoniyul mughnil maani’ud dhoor runnaafi’un nuurul haadii badii’ul baaqii
Alwaaritsur rosyiidus shobuurulladzi ladza kamits lihi syaiun wawas samii’ul bashiir

Alloohumma solli afdhollas sholati’alaa as’adi makhluuqoo tika sayyidinaa muhammadiwa’alaa alihii
Washohbihii wasallim ‘adada ma’luu maatika wamidaa dzakalimaa tika kullamaa
Dzakaro kad dzaakiruuna waghofala ‘an dzikrihil ghoofiluun.

Maksud zikir asmaul husna

Nama Allah (Rumi)Nama Allah (Jawi)Maksud
Ar-Rahmaanالرحمن Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
 Ar-Rahim الرحيمMaha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
 Al-Malikالملك Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendak Nya sendiri.
Al-QuddusالقدوسMaha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
 As-Salaamالسلام Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhluk Nya.
Al-Mu’min المؤمن Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janji Nya dengan pahala yang baik.
Al-Muhaimin المحيمنMaha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
Al-’Aziizالعزيز Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
Al-JabbaarالجبارMaha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
Al-Mutakabbirالمتكبر Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
Al-Khaaliq الخالق Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
Al-BaariالبارئMaha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
Al-MushawwirالمصورMaha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
Al-GhaffaarالغفارMaha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
Al-Qahhaar القهار Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
 Al-Wahhaabالوهاب Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
Ar-Razzaaq الرزاق Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
Al-Fattaah الفتاحMaha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
Al-’Aliimالعليم Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
Al-Qaabidhالقابض Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
Al-Baasithالباسط Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
AI-Khaafidh الخافض Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
Ar-RaafiالرافعMaha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yan
Al-Mu’izالمعز Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
Al-Muzilالمذل Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
As-Samii’السميع Maha Mendengar.
Al-Bashiir البصير  Maha Melihat.
Al-Hakam الحكم Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
Al-’Adl العدل Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
Al-Lathiifاللطيف Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
 Al-KhabiirالخبيرMaha Waspada/  Maha Mengetahui.
 Al-Haliim الحليم Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
Al-’Adzhiimالعظيم Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
Al-Ghafuurالغفور  Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
Asy-Syakuurالشكور  Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
Al-’Aliy العلي Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
Al-Kabiirالكبير Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
Al-Hafidz الحفيظ Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
 Al-Muqiit المقيت Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
Al-Hasiib الحسيبMaha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
Al-Jaliil الجليلMaha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
Al-Kariimالكريم Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
 Ar-Raqiib الركيب Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
Al-Mujiib المجيب Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
Al-Waasi’ الواسع Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
Al-HakiimالحكيمMaha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
 Al-Waduudالودود Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
Al-Majiid المجيدMaha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
Al-Ba’ithuالباعثMaha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
Asy-Syahiid الشهيدMaha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
Al-Haq الحق Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
Al-Wakiilالوكيل Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
Al-Qawiyالقوى Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
Al-Matiin المتين Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
Al-Waliy الولى Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
Al-Hamiid الحميد Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
Al-Muhshii المحصىMaha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
Al-Mubdi’ المبدئ Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
Al-Mu’iid المعيد Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
Al-Muhyiiالمحي Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
Al-Mumiit المميت Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
Al-Hayالحي Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
Al-Qayyuumالقيوم Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
Al-Waajid الواجد Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
Al-Maajid الماجد Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
Al-Waahidالواحد Maha Esa.
Al-Ahad الأحد Maha Tunggal.
Ash-Shamad الصمد Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
Al-QaadirالقادرMaha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
Al-Muqtadir المقتدر Maha Menentukan.
Al-Muqaddimالمقدم Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
Al-Muakhkhirالمؤخر Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
Al-Awwalالأول Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
Al-Aakhirالآخر Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
Azh-Zhaahirالظاهر Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
 Al-Baathin الباطنMaha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
Al-Waaliiالوالى Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
 Al-Muta’aaliiالمتعال Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
Al-Bar البار Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
At-Tawwaabالتواب Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
Al-Muntaqim المنتقمMaha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
Al-’AfuwالعفوMaha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
Ar-Rauufالرؤف Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
Maalikul Mulk المالك الملك Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
Zul-Jalaali Wal Ikraam ذوالجلال والإكرام Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
Al-Muqsith المقسط Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
Al-Jaami الجامعMaha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
Al-Ghaniy الغنى Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
Al-Mughniiالمغنى Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
 Al-Maani’ المانع Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
Adh-Dhaar الضار Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
An-Naafiالنافع Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
An-Nuur النورMaha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
Al-HaadiالهادىMaha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
 Al-Badii’البديع Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
Al-Baaqi الباقع Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
Al-Waarits الوارثMaha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
Ar-Rasyiidالرشيد Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
Ash-Shabuurالصبور Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

Selain dari panduan zikir Asmaul Husna ini, anda juga boleh baca artikel tentang amalan zikir kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-79: Nama Allah SWT Yang Agung. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Fadilat dan Kelebihan Asmaul Husna – 99 Nama Allah. Cahaya Purnama
  3. 99 Bacaan Teks Asmaul Husna Beserta Artinya Lengkap, Latin dan Arab. Mamikos

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.