Anak-anak merengek nak makan nasi ayam KFC di hujung-hujung bulan? Rasa bersalah sebab tak dapat tunaikan disebabkan kekangan kewangan? Boleh cuba masakkan nya sendiri di rumah ya. Resepi Set Nasi Ayam Ala KFC yang dikongsikan oleh Syue Haida mampu tunaikan keinginan anak-anak. Yang pasti boleh jimat sikit terutamanya yang anak-anak ramai.

Jom lihat resepinya. Resepi yang dikongsikan ini complete set tau. Pasti Sedap. Selamat mencuba !

Resepi Set Nasi Ayam Ala KFC

set nasi ayam kfc

Imej via Facebook

Bahan-bahan nasi butter : (Untuk 5 org makan)

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus2)
  • 1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis2)
  • 125 g butter
  • Halia (ketuk biar pecah sikit)
  • 1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream)
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • Garam

 

Cara masak :

  1. Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nak masukkan bawang merah tumiskan skali sampai naik bau
  2. Masukkan halia
  3. Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2 minit
  4. Masukkan beras yang dah dibasuh, kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit
  5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air dan susu.

Bahan ayam goreng ala-ala KFC:

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan tepung bestari spicy

Cara masak:

  1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung xd masukkan dlm ayam gaulkan sekali biarkan sebati perap ayam dengan tepung selama 2 jam nak lagi sedap perap lagi lama
  2. Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambil ayam perap tadi, gaulkan bersama tepung campuran tadi.
  3. Masukkan dalam minyak yang panas. Goreng hingga masak. Api sederhana dan pastikan ayam tenggelam.

Bahan-bahan sup chicken meatball:

  • leher/kaki ayam potong kecil-kecil
  • 10 biji chicken meatball
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih
  • 3 cawan air
  • Garam secukupnya

Cara masak:

  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam. Biarkan sekejap
  2. Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak
  3. Masukkan garam dan daun sup

Dah siap. Bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama seisi keluarga.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Set Nasi Ayam Ala KFC ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.