Salah satu menu makan bersih yang favorit untuk menu diet. Menu sihat berbahan asas telur diwrap dengan sayur, timun dan wrapper. Menu ini amat simple bahan dan penyediaannya.
Telur diwrap dengan sayur yang banyak. Jika anda suka banyak sayur, boleh letak banyak salad dan timun. Jika suka boleh letak sos juga. Wrap telur ini boleh dimakan sebagai pengganti makan pagi atau makan malam.
Jika ingin diet, pastikan hidangan utama cukup nutrisi, ada karbohidrat ada protein ada fiber. Kurangkan makan/minum gula, minyak, garam dan aji. Jangan lupa senaman juga ya. Resepi dikongsikan oleh Syafiqah Nasuha di laman Facebook.
Selain wrap telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.