Celik mata, siapkan anak-anak pergi sekolah, suami lagi untuk pergi kerja, tengahari masak, petang kemas rumah, makan malam, itu tidak lagi masuk kerja-kerja rumah lain, Nampak seperti perkara biasa tetapi hanya yang merasa tahu penatnya bagaimana, kadangkala sibuknya mengalahkan CEO syarikat. Itulah rutin seorang suri rumah tangga, penat tapi digagahkan kerana itulah amanah, juga tanggungjawab yang dilaksanakan dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal erti penat kerana dilakukan dengan seikhlas mungkin.

Kerana kekangan masa dalam menguruskan rumahtangga, biasanya seorang ibu tidak sempat untuk brsosial seperti wanita berkerjaya. Jauh sekali untuk keluar makan bersama-sama kawan-kawan, apatah lagi berbincang mengenai isu semasa. Tetapi dengan dunia serba canggih tanpa sempadan pada waktu sekarang telah memudahkan bagi seorang suri rumahtangga untuk mengetahui isu-isu semasa dan bersosial bersama kawan-kawan mereka.

surirumah

Kemudahan saluran yang disediakan bagi menghubungkan antara manusia sejagat seperti laman muka buku, blog, dan sebagainya dapat mengecilkan jurang sosial seseorang dalam berkomunikasi dengan orang lain walaupun hanya sekadar di laman sesawang. Juga memberi kemudahan bagi suri rumahtangga untuk mengetahui perkembangan semasa melalui saluran informasi yang banyak terdapat dalam internet itu sendiri. Sekaligus seorang suri rumah pada zaman kini bukanlah dikatakan seperti peribahasa, ‘bagaikan katak di bawah tempurung’ lagi kerana penguasaan pengetahuan IT yang ada dalam diri mereka.

Suri rumah yang berpengetahuan mengenai IT adalah merupakan satu kelebihan kerana ianya boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka sekiranya digunakan dengan betul. Mereka bukan sahaja menjadi seorang yang celik IT malah berpeluang untuk menggunakan pengetahuan IT tersebut untuk menjalankan perniagaan atas talian bagi menambah pendapatan keluarga yang sedia ada. Dengan adanya ekses internet dan pengetahuan mengenainya, mereka tidak perlu melakukan kerja di luar rumah, sudah memadai dengan mempromosikan perniagaannya di dalam internet yang mempunyai pelbagai saluran perniagaan atas talian. Tanpa menjejaskan rutin harian, para ibu mampu meluangkan masa lapang mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Walaubagaimanapun, suri rumah juga lebih terdedah dengan penipuan alam maya, betapa banyak kes jenayah siber yang berlaku sekarang dan diantara yang menjadi mangsanya adalah dari kalangan suri rumahtangga sepenuh masa. Mereka perlu berhati-hati dalam berurusan mengenai perniagaan atas talian ini agar tidak terlibat dengan pelbagai penipuan yang berleluasa juga berjaga-jaga dalam melayari laman sosial kerana kebanyakan jenayah siber bermula dari situ.

Dengan yang demikian,  suri rumahtangga perlu mempunyai pengetahuan mengenai teknologi IT dan berhati-hati dalam menggunakannya agar terhindar perkara yang menjerumuskan diri ke dalam lembah bahaya.

 

 

Kredit gambar kepada : http://en.wikipedia.org

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.