Untuk ibu bapa yang baru pertama kali mendapat anak, mungkin ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang mengenai waktu tidur anak anda. sesetengah ibu bapa mengambil remeh mengenai perkara ini. Tetapi, tahukah anda, waktu tidur memainkan peranan yang besar dalam proses tumbesaran bayi.

 

Bayi Tidur
Imej:stayathomemum.com.au

 

Bagi bayi yang baru lahir, mereka biasanya akan tidur sehingga 16 ke 20 jam setiap hari. Mungkin ada sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa jantina anak atau cara menyusukan anak memberi perbezaan dalam waktu tidur bayi.tetapi itu semua hanyalah mitos sahaja.

Sebenarnya ia langsung tidak memberikan perbezaan dalam kitaran tidur bayi. walau pun bayi harus tidur dengan cukup, tetapi jangan lupa untuk menyusukan si kecil. Sesetengah bayi tidak mempunyai tenaga untuk bangun dan meminta susu.

Untuk bayi yang sebegini, adalah sangat disarankan untuk tidak membiarkan bayi anda lapar tidak lebih daripada 3 jam pada waktu siang dan 5 jam di waktu malam. Ini akan memberi manfaat kepada susu badan anda.

Berlainan pula bagi bayi yang menggunakan susu formula. Mereka boleh diberikan susu setiap 4 jam pada waktu siang dan boleh dibiarkan tanpa diberi susu selama 6 jam pada waktu malam.

Seterusnya, bagi minggu kedua bayi akan mempunyai rutin tidur dan rutin menyusu. Selama bertahun tahun, pakar kesihatan professional telah banyak membahaskan mengenai baik dan buruk rutin harian yang terbentuk. Namun begitu, ada satu perkara yang mereka setuju iaitu bayi akan rasa lebih selamat apabila mereka mengetahui bila dan apa yang akan berlaku.

Salah satu sebab mengapa rutin sebegini patut diteruskan adalah kerana ia akan memberikan si ibu masa yang cukup untuk memperbetulkan rutin harian bayi anda.

Ada dua peraturan yang wajib diingati apabila berhadapan dengan bayi dan waktu tidurnya.

  • Sentiasa pastikan anda menidurkannya di tempat yang anda ingin bangunkannya
  • Cuba praktikan kepada bayi anda untuk tidur dalam apa jua situasi. Dengan kata lain, tidur tanpa buaian dan sebagainya.

Bagi ibu yang berpengalaman, bayi mungkin tidak akan mempunyai kitaran tidur yang tetap sehinggalah tiba minggu yang kelapan. Untuk bayi yang baru lahir, mereka biasanya memerlukan bantuan untuk tidur dan akan tidur dalam jangka waktu yang lama.

Walau bagaimanapun, selepas minggu kelapan, waktu tidur siang akan mula berubah. Jika anda telah menidurkan bayi anda, anda mungkin akan perasan bahawa bayi anda tidak akan tidur dengan nyenyak. Ketika si kecil berusia 5 ke 6 bulan, barulah dia akan mula untuk tidur pada waktu malam dengan nyenyak.

Tahukah anda, kitaran tidur orang dewasa akan berubah setiap 90 minit. Berlainan pula dengan bayi. Kitaran tidur mereka akan berubah setiap 20 minit.

Biasanya, untuk bayi yang berusia 6 bulan mereka akan mula menunjukkan petanda awal untuk masalah tidur. Petanda yang mudah anda boleh kenal pasti adalah apabila si kecil akan bangun seawall jam 5 pagi. Seterusnya, si kecil akan bangun pada jam 11 malam dan sehinggalah umurnya mencecah 1 tahun, bayi anda akan bangun pada 9 pagi, 11 malam, 1 pagi dan 5 pagi! Jangan berlengah lagi.

Anda harus selesaikan masalah ini dengan segera. Lebih cepat anda selesaikannya adalah lebih baik.

 

Mencegah Adalah Penyelesaian Terbaik Untuk Masalah Ini

 

Bayi Tidur

Imej:news.com.au

 

Jika bayi anda kurang daripada 8 minggu, anda harus menetapkan rutin tidur yang tetap untuk mengelakkan masalah ini daripada terus melarat. Mereka biasanya mempunyai beberapa punca bagi masalah tersebut.

Untuk bayi yang berusia lebih daripada 8 bulan, menangis yang dikawal adalah sangat tidak digalakkan. Ini termasuklah masuk dan keluar ke dalam bilik hanya untuk menjengah bayi anda. Sejujurnya ia tidak akan membantu.

Sebaliknya, ia hanya akan menangis dan si kecil akan terus menangis dan akhirnya tertidur. Daripada anda membiarkan si kecil menangis sehinngga tertidur, lebih baik anda baringkan dia dan biarkannya tertidur. Bukankah cara itu lebih efektif dan berkesan.

Namun, sekali lagi diingatkan setiap kaedah adalah berbeza untuk peringkat umur yang berbeza. Sesetengah masalah yang biasa berlaku pada seawal umur setahun boleh diselesaikan dengan cara menyusukan dan menidurkan bayi.

  • Colic
  • Tidur tidur kucing
  • Terjaga di tengah malam
  • Terlalu bergantung kepada alat untuk tidur
  • Bangun terlalu awal
  • Membiasakan waktu siang dan malam
  • Melepaskan kemarahan di tempat duduk kereta

Tips untuk membentuk tidur yang sempurna:

  • Mempunyai rutin yang tetap pada setiap hari
  • Tidurkan bayi anda di tempat yang anda ingin dia bangun
  • Jangan biarrkan bayi anda berjaga sehingga lewat malam
  • Pastikan bayi anda tidak terlalu panas atau sejuk

Semoga artikel tentang waktu tidur bayi yang sesuai ini membantu pada anda.

 

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Ummu Uwais

Seorang ibu yang begitu passionate terhadap anaknya. Segalanya bermula apabila beliau mendapati anaknya sukar tidur dan meragam ketika baru lahir. Lalu dibaca segalanya info tentang masalah tidur bayi. Kini, boleh katakan beliau adalah pakar untuk tidurkan bayi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.