Sepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk anda menjaga aspek pemakanan kerana setiap makanan yang masuk kedalam tubuh anda akan sampai kepada bayi dalam kandungan. Itulah sebabnya anda perlu mengamalkan diet yang seimbang dan memastikan anda mengambil semua vitamin pre natal yang dibekalkan oleh klinik kesihatan termasuk vitamin C.

Itulah sebabnya anda perlu mengamalkan diet yang seimbang dan memastikan anda mengambil semua vitamin pre natal yang dibekalkan oleh klinik kesihatan termasuk vitamin C.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang vitamin c yang anda wajib tahu. Apakah khasiat vitamin c untuk ibu mengandung? Apakah tandanya jika anda tidak mendapat vitamin C yang secukupnya semasa mengandung? Dan apakah makanan yang tinggi dengan vitamin c? Semoga bermanfaat untuk anda.

vitamin c untuk ibu mengandung
Sumber: Firstcry

Apakah kebaikan vitamin C kepada ibu mengandung?

Pastinya anda teruja untuk tahu apakah kebaikan dan khasiat vitamin C kepada ibu mengandung? Apakah kebaikannya kepada bayi dalam kandungan anda? Di antara kebaikan vitamin C yang telah dikenal-pasti ialah:

1. Meningkatkan imuniti badan

Pengambilan vitamin C yang secukupnya akan meningkatkan imuniti atau daya tahan lawan penyakit tubuh badan anda. Imuniti yang tinggi adalah sangat penting bagi memastikan anda tidak mudah mendapat penyakit seperti demam, batuk, dan selsema serta tidak dijangkiti virus dan bakteria punca penyakit berjangkit yang lain.

Apabila anda mendapat bekalan vitamin C yang secukupnya, imuniti bayi dalam kandungan anda juga akan berada pada tahap optimum lalu melindunginya daripada sebarang jangkitan.

2. Membantu tubuh badan menyerap zat besi dengan lebih baik

Ada kalanya, tubuh badan kita tidak dapat menyerap zat besi dengan baik lalu menyebabkan zat besi yang masuk ke dalam badan keluar melalui najis. Jika badan tidak menyerap zat besi dengan baik, anda tidak akan mendapat zat besi yang secukupnya untuk menampung keperluan tubuh badan dan bayi dalam kandungan.

Kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin C bersama pil zat besi meningkatkan tahap oenyerapan zat besi oleh tubuh badan. Oleh itu, jangan lupa untuk makan vitamin C setiap hari agar tubuh badan anda mampu untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.

3. Membantu pembentukan sel darah merah

Selain membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik, anda juga mungkin tak tahu bahawa vitamin C membantu tubuh badan anda menghasilkan sel darah merah atau hemoglobin. Semasa mengandung, tubuh badan anda memerlukan darah dengan lebih banyak kerana kebanyakan darah akan masuk ke dalam kandung bayi.

Jika badan anda tidak menghasilkan sel darah merah yang secukupnya, anda akan mengalami masalah kekurangan darah (anemia), tekanan darah yang rendah, dan hemoglobin yang rendah. Ketiga-tiga keadaan ini boleh menjejaskan kandungan anda dan menyebabkan berlakunya komplikasi kehamilan yang tidak diingini. Oleh itu, vitamin C sangat penting untuk ibu mengandung.

4. Menguatkan rahim

Bagaimana vitamin C membantu menguatkan rahim anda? Apabila tubuh badan mendapat sumber vitamin C yang secukupnya, ia akan menghasilkan plasenta yang kuat dan mampu menampung kandungan anda dengan baik. Oleh itu, bahasa pasarnya ialah vitamin C membantu menguatkan rahim anda.

5. Mengelakkan kelahiran bayi pra-matang

Apabila rahim anda kuat,sekali gus ia akan mengurangkan risiko anda bersalin terlalu awal dan melahirkan bayi pra-matang. Adalah sangat penting untuk anda mengelakkan daripada bersalin terlalu awal kerana sebelum cukup 36 minggu, organ bayi anda masih belum matang sepenuhnya dan belum bersedia untuk hidup diluar rahim lalu menyebabkan bayi anda perlu duduk di dalam incubator sehingga betul-betul bersedia untuk hidup dengan sendiri. Malah banyak komplikasi buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh kelahiran pra-matang.

vitamin c untuk ibu mengandung
Sumber: Odishahematology

6. Menjaga kesihatan gigi dan gusi sepanjang tempoh kehamilan

Vitamin C juga membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anda sempanjang tempoh kehamilan agar gigi anda tidak rosak dan gugur dengan banyak.

7. Membantu perkembangan otak bayi

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang secukupnya semasa mengandung membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan anda. Ia membantu melahirkan bayi yang cerdas dan pintar.

8. Membantu luka cepat sembuh

Sekiranya tubu badan anda mendapat vitamin C yang mencukupi, luka anda akan cepat sembuh dan kering. Luka lambat sembuh adalah salah satu daripada tanda badan anda kekurangan vitamin C.

Apakah tanda anda kekurangan vitamin C semasa mengandung?

Jika tubuh badan anda tidak mendapat vitamin C yang secukupnya semasa mengandung, anda akan mengalami tanda-tanda yang berikut:

  • Gusi berdarah setiap kali memberus gigi
  • Tanda lebam pada badan tanpa diketahui apakah puncanya
  • Luka lambat sembuh dan mengambil masa yang lama untuk kering
  • Sering berasa letih dan lemah
  • Anemia atau masalah kurang darah
  • Rambut gugur dengan banyak
  • Sakit sendi dan otot
  • Darah dalam mata
  • Kulit kering dan berasa gatal
  • Mengalami tekanan perasaan
  • Ekzema
  • Kurang selera makan
  • Masalah sistem pencernaan
  • Kehilangan berat badan yang drastik

Apakah makanan tinggi kandungan vitamin C yang boleh anda makan sepanjang tempoh kehamilan?

Selain mendapatkan bekalan vitamin C dari vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan, anda juga boleh mendapatkan vitamin C dari sumber makanan semulajadi seperti:

  • Oren
  • Limau
  • Kiwi
  • Jambu batu
  • Lada merah
  • Betik
  • Strawberi
  • Brokoli

Itulah dia info tentang vitamin C untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, munkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat saffron dan khasiat ikan salmon

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.