Semasa anda mengandung, adalah sangat penting untuk anda menjaga kesihatan dan mengelakkan daripada jatuh sakit termasuk demam, batuk, dan selsema.

Ini kerana pengambilan ubat semasa mengandung boleh menjejaskan bayi kandungan anda. Jika anda batuk semasa mengandung, boleh amalkan tips ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang kami kongsikan di sini.

ubat batuk ibu mengandung
Sumber: Haibunda

Madu

Jika anda batuk semasa mengandung, anda boleh berikhtiar dengan cara mengamalkan madu asli. Caranya minum satu sudu madu asli setiap pagi dan bilas dengan air kosong.

Jangan lupa untuk berselawat dan berdoa supaya Allah hilangkan penyakit yang anda alami. Madu adalah makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah untuk menjaga kesihatan. Insya Allah batuk anda akan hilang jika anda amalkan secara konsisten.

Madu dan lemon

Selain diminum satu sudu setiap pagi, anda juga boleh menggunakan madu sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan batuk semasa mengandung dengan cara yang berikut. Bahan yang diperlukan ialah madu, lemon, dan air panas. Caranya:

  • Ambil satu sudu madu asli, masukkan ke dalam satu cawan berisi air panas. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan sehiris lemon.
  • Biarkan sebentar sehingga minum tadi menjadi suam dan jus lemon diserap oleh air.
  • Minum apabila batuk anda teruk dan tidak terkawal.

Madu dan kulit kayu manis

Selain madu dan lemon, anda juga boleh menghilangkan batuk semasa mengandung dengan air madu dan kulit kayu manis. Bahan yang anda perlukan ialah madu, air panas, dan kulit kayu manis. Caranya:

  • Ambil satu sudu madu asli, masukkan ke dalam satu cawan berisi air panas. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan sebatang kulit kayu manis.
  • Biarkan sebentar sehingga minum tadi menjadi suam dankulit kayu manis menjadi mesra.
  • Minum apabila batuk anda teruk dan tidak terkawal.

Madu dan cengkih

Ubat batuk untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah minuman campuran madu dan bunga cengkih. Caranya sama seperti penyediaan minuman lain yang kami nyatakan di atas. Apa yang anda perlukan ialah madu, air panas, dan bunga cengkih. Caranya:

  • Ambil satu sudu madu asli, masukkan ke dalam satu cawan berisi air panas. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan 5 biji cengkih.
  • Biarkan sebentar sehingga minum tadi menjadi suam dan cengkih mesra dengan air.
  • Minum apabila batuk anda teruk dan tidak terkawal
ubat batuk ibu mengandung
Sumber: Gayahidupbaru

Limau nipis dan kicap

Ini adalah petua orang lama untuk menghilangkan batuk, terutamanya batuk teruk dan berpanjangan yang tidak berjaya disembuhkan dengan ubat dari hospital. Ianya sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung memandangkan ianya ialah ubat batuk semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kandungan.

Apa yang anda perlukan ialah limau nipis dan sedikit kicap manis. Caranya:

  • Ambil sebiji limau nipis. Hiris, dan perahkan jus limau nipis. Anda perlukan lebih kurang satu sudu jus limau nipis.
  • Ambil satu sudu kicap manis.
  • Campurkan jus limau nipis dan kicap manis tadi.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Minum pada waktu pagi selepas bangun tidur.
  • Boleh juga diminum semasa anda batuk teruk dan tidak henti-henti.

Lemon, halia dan madu

Ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah dengan menggunakan 3 bahan semulajadi yang sememangnya terbukti berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak.

Ianya selamat dari bahan kimia merbahaya. Apa yang anda perlukan ialah lemom, halia, madu, dan air panas. Caranya:

  • Ketuk satu inci halia yang sudah dibersihkan.
  • Cuci satu biji lemon. Hiris nipis.
  • Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk.
  • Masukkan halia dan lemon tadi. Panaskan sehingga mendidih.
  • Tutup api, masukkan dua sudu madu asli.
  • Anda boleh minum air rebusan tadi sedikit demi sedikit setiap kali anda batuk.

Sup ayam

Tahukah anda bahawa supa ayam merupakan ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang ramai orang tak tahu. Itulah sebabnya kenapa batuk anda akan berkurangan selepas anda menghirup sup ayam yang panas.

Mengikut kajian, sup ayam yang direneh secara perlahan-lahan untuk tempoh yang lama mengandungi bahan anti- inflamasi yang tinggi. Bahan anti-inflamasi itu membantu untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sup ayam tersebut ialah bawang besar, bawang putih, halia, ayam, dan sedikit air. Caranya:

  • Tumis bawang besar dan bawang putih. Lebihkan bawang putih. Lagi banyak bawang putih lebih tinggi khasiat sup ayam anda.
  • Setelah bahan tumisan garing, masukkan ayam dan halia yang sudah diketuk. Lebihkan jumlah halia. Untuk ayam, pilih bahagian yang mempunyai banyak tulang kerana kita mahukan air dari tulang yang kaya dengan khasiat.
  • Masukkan air, sedikit garam, rebus sup dengan api yang perlahan. Lagi lama anda mereneh sup, semakin banyak khasiat yang akan ada perolehi.
  • Hidangkan panas.

Kunyit hidup

Kunyit hidup juga membantu melegakan batuk. Apa yang anda perlu lakukan ialah makanan makanan yang dimasak dengan kunyit hidup seperti singgang. Pilih saja anda nak singgang ikan, ayam, daging, atau sotong. Semuanya sangat sedap dan menyelerakan.

ubat batuk ibu mengandung
Sumber: Rasanakmasak

Itulah dia info tentang tips ubat batuk semulajadi untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua menghilangkan toksin dalam badan dan petua tambah selera makan anak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.