Ucapan selamat tahun baru sudah sinonim dengan semua orang. Tak salah nak ucapkan ucapan selamat tahun baru ini. Dengan mengucapkan ucapan selamat tahun baru begini tidak ubah seperti suatu doa yang baik. Ucapan selamat tahun baru akan lebih menarik dan bermakna jika diucapkan dengan ayat yang istimewa.
Secara tidak langsung, kata kata mutiara dan ucapan selamat tahun baru ini dapat dijadikan sebagai pembangkit semangat dan sebuah kata semangat untuk muhasabah diri. Tidak semua orang pandai berkata-kata dan di sini telah disenaraikan beberapa contoh ucapan selamat tahun baru yang bermakna untuk diungkapkan.
Ucapan #1Masa demi masa silih berganti, membawa pelbagai cerita suka dan duka, tahun baru bakal menjelang tiba, disambut dengan penuh bersemangat, semoga kegagalan tahun lalu akan membawa kejayaan pada tahun hadapan
Ucapan #2
Jangan pernah putus atas kegagalan tahun lepas, sebaliknya di tahun baru ini bangkit dengan seribu macam cara untuk mngecapi kejayaan yang gemilang. Selamat tahun baru, semoga tahun baru ini membawa kejayaan buatmu
Ucapan #3
Lagi beberapa hari usia akan semakin meningkat seiring dengan tahun lepas yang telah meningalkan kita. Buatmu sahabat, ku titipkan doa semoga tahun ini menjadi tahun yang gemilang untukmu. Mari bersama mengharungi tahun baru ini dengan jiwa dan semangat yang kental demi untuk kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak.
Ucapan #4
Jangan takut untuk ucapkan selamat tinggal pada tahun yang lepas. Teruskan bersemangat dengan doa semoga tahun ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun lain yang sebelumnya dan harapan semoga kita akan terus kekal bersama menjadi teman baik yang saling melengkapi di saat susah dan di kala senang. Aamiin.
Ucapan #5
Bahagia, derita, kejayaan serta kesedihan telah kita lalui pada tahun yang lalu, semoga pada tahun ini Allah memberkati setiap langkah yang kita jalani untuk meraih impian bersama-sama selagi hayat masih dikandung badan. InshaAllah.
Ucapan #6
Ada buku warna ungu, terletak di bilik tertamu,
Pantun ini ku tujukan khas buat kamu, dengan ucapan selamat tahun baru.
Ucapan #7
Jadikan masa lalu sebagai pengajaran, dan masa depan sebagai kejayaan, Selamat datang tahun baru, selamat tinggal tahun yang lalu, semoga kita saling mencapai kejayaan yang lebih hebat berbandung dulu.
Ucapan #8
Tahun baru ibarat muka surat baru di atas sebuah kertas kosong, kertas yang akan kita tuliskan segala yang indah dan bermakna dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang. Selamat tahun Baru dan semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik buat kita semua.
Ucapan #9
Keamanan tak akan pernah wujud tanpa adanya perpaduan. Selamat Tahun Baru dan hiasilah tahun baru ini dengan semangat perpaduan dalam diri kita bersama-sama.
Ucapan #10
Semoga kesejahteraan Allah SWT mengisi setiap hari dalam hidupmu, harap kau dan keluarga bahagia dan selamat dalam limpah rahmat-Nya. Selamat Tahun Baru dan semoga tahun baru ini kita akan lebih maju berbanding tahun sebelumnya.
Ucapan #11
Tahun baru ibarat sebuah buku yang mempunyai 365 halaman muka surat, kita yang akan mencorak dan mengisi setiap halaman tersebut dengan keceriaan, semoga dengan tahun baru yang bakal tiba nanti hari kita di warnai dengan kejayaan
Ucapan #12
Malam ini akan berlalu, minggu ini akan berganjak, bulan ini akan pergi, semoga tahun baru yang akan kunjung tiba ini akan mencoretkan kenangan manis buat kita semua.
Ucapan #13
Jalan-jalan di pekan Rabu, singgah juga beli baju baru,
Selamat tahun baru ku ucapkan buatmu, duhai kekasih hatiku
Ucapan #14
Pergi mendaki ke Gunung Kinabalu, banyak rintangan sedang menunggu,
Selamat datang tahun baru, sambutlah dengan azam yang baru.
Ucapan #15
Tahun ini bakal berlalu pergi. Biarpun tahun sebelum ini penuh dengan suka dan duka, tapi itu bukan pengakhirannya. Kini kita bersama-sama melangkah ke tahun yang lain dan semoga tahun baru ini kekal membuat kita tersenyum.
[ image via : Dreams Time]
Ucapan #16
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan tahun baru kini datang lagi. Biar segalanya berganti mengikut perginya masa namun hati ku akan tetap setia dan kukuh tetap di sini dengan penuh rasa cinta padamu.
Ucapan #17
Aku tak peduli pada masa yang bergerak kerana masa itu seolah terhenti dengan adanya kasih dan sayangmu yang sentiasa mengharum di sisiku. Terima kasih isteriku kerana tetap sudi bersama mengharungi segala susah senang di sampingku sejak dulu hingga kini.
Ucapan #18
Tahun ini usia kita akan meningkat. Maka sedarlah yang jangka hayat untuk hidup juga sudah semakin pendek. Ayuhlah kita sama-sama sedar dan berusaha memperbanyakkan pahala bermula di permulaan tahun baru yang indah ini.
Ucapan #19
Bercinta sudah! Berkahwin pun sudah! Sama-sama kita doakan semoga kedatangan tahun baru ini dapat menyaksikan kelahiran zuriat tersayang untuk melengkapi hidup kita berdua. Aamiin
Ucapan #20
Selamat tahun baru sayangku. Jangan risau, walau usiamu semakin meningkat, walau rambutmu semakin memutih dan walaupun dirimu semakin berisi namun hatiku ini akan tetap terus menjadi milikmu sehingga detik nafasku yang terakhir.
Jemput juga membaca artikel tulisan lain kami seperti kena fitnah mari amalkan doa ini, maksud khairat kematian dan manfaatnya pada manusia, golongan yang haram disentuh api neraka dan panduan sambut tahun baru cara Islam.