Ucapan hari lahir tidak sama seperti ucapan atau kata-kata pada hari lain. Ucapan hari lahir untuk anak adalah tanda penghargaan dan tanda kesyukuran kerana dikurniakan anak yang masih bersama kita di dunia ini.

ucapan hari lahir untuk anak
Imej via [Celtics Town]

Jangan lepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat hari lahir kepada anak anda sekaligus memberi ucapan yang baik-baik dan menarik. Pasti anak akan rasa lebih gembira daripada hari-hari biasa.

Ucapan hari lahir untuk anak ini juga boleh anda tulis di kad hari jadi dan serahkan kepada anak anda bersama hadiah. Percayalah, dia akan simpan sampai bila-bila kad hari jadi itu kerana mempunyai ucapan hari lahir untuknya. Jom lihat 20 ucapan hari lahir untuk anak boleh anda gunakan.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #1

Selamat hari lahir Puteriku sayang, semoga dalam rahmat dan kasih sayangNya. Selamat membesar menjadi anak yang soleh solehah dan bidadari syurga selamanya walau dimana kamu berada.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #2

Selamat hari jadi anakku, terima kasih kerana menjadi anak mama. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi tinggal di dalam rahimku.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #3

Barakallahu fii umrik sayangku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Semoga panjang umur dan murah rezeki dalam segala urusanmu.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #4

Hebatnya air kerana pembetung, hebatnya manusia kerana muafakat, hebatnya ibu ayah kerana kamu wahai anakku. Selamat hari lahir yang ke-10 tahun.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #5

Dulu ku susu mu, kau masih kecil, Kini kau sudah besar dan dewasa, Semoga Allah memberkatimu untuk semua perkara yang engkau lakukan. Selamat hari lahir dan sejahtera selalu.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #6

Selamat ulang tahun puteraku, Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan. Allah dan keluarga amat sayangkanmu. You are our hero forever.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #7

Cantik dan bijak seperti puteri, pastilah tak lain dan bukan adalah anak kami ni! Selamat hari lahir sayang. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari kami setiap hari dengan celoteh dan manjamu.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #8

Kamu adalah kurniaan Allah kepada ibu dan ayah. Segala nasihat dan kata-kata ibu tak pernah kamu sangkalkan. Sungguh beruntungnya kami memilikimu sebagai anak hingga ke syurga selamanya. Terima kasih sayang.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #9

Kami bahagia atas datangnya kamu ke dunia, bidadari kami selamanya. Tak pernah jemu memanggil kami ibu dan bapa. Tak pernah jemu mengikut tunjuk ajar kami. Bertuahnya kami memiliki kamu. Tiada apa sekalipun yang dapat menggantikanmu.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #10

Barakallahu fi umrik, selamat hari jadi. Semoga dipermurahkan rezeki, urusanmu dan dilimpahkan kesenangan hidup dunia akhirat. Terima kasih kerana melayani ibu dan ayah dengan baik sekali.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #11

Semoga sentiasa sihat walafiat dan diberikan kemudahan dalam semua urusanmu. Kami akan menjagamu sentiasa dan melindungimu. Moga Allah memberkatimu dunia akhirat.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #12

Anakku yang perkasa, jadikanlah kekuatanmu sebagai semangatmu. Jadikanlah azammu sebagai pembakarmu, Jadikanlah cintamu sebagai kasih sayangku. Semoga kita dipertemukan di syurga yang kekal selamanya.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #13

Wahai si cantikku, semoga kamu bergembira setiap hari menjalani hidupmu. Kisah hidup pasti manis semanis dirimu.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #14

Janganlah kami kau lupakan ketika besar nanti. Ingatlah ibu yang tak pernah letih menjagamu, Ingatlah ayah yang tak pernah sakit memastikan dirimu terjaga. Semoga hidupmu lebih senang dan berjaya. Selamat hari lahir sayang.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #15

Kamu adalah anak yang hebat. Ibu dan ayah amat berbangga melahirkan dan membesarkan anak sehebat kamu. Hebatnya kamu melayan kami, kedua ibu bapamu tanpa jemu dan malu. Sungguh kamu anak yang sangat dicemburui ramai. Selamat hari jadi anakku.

ucapan hari lahir anak
Imej via [Bidadari]

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #16

Tangisan pertamamu adalah kebahagiaan kami. Tangisan kecilmu adalah kegembiraan kami. Tangisan kasih sayang ini sempena kamu telah besar dan syukurnya kami mempunyai kamu. Selamat hari lahir anakku.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #17

Masa terlalu begitu pantas, kamu sudah besar. Tiada apa yang kami inginkan selain dari kasih sayangmu. Ketahuilah kasih sayang ibu bapa mu ini takkan pernah habis. Selamat ulang tahun kelahiran sayangku.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #18

Selamat hari lahir anakku sayang. Semoga murah rezeki dunia akhirat, dilimpahkan rahmat, panjang umur, sering mendapat pertolongan Allah SWT. Semoga Allah sentiasa menjagamu sayangku.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #19

Happy Birthday anakku sayang, Si jantung hati penyeri hidup bonda dan ayahanda. Kamulah ikatan cinta keluarga kita yang menyemarakkan kasih sayang antara kita semua.

Allah sentiasa melindungimu, menjagamu, memberi yang terbaik buatmu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana membahagiakan hari-hari bonda dan ayahanda.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak #20

Anakku yang bijak, selamat menempuh alam kehidupan yang penuh berkah dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Selamat hari jadi sayangku.

ucapan hari lahir untuk anak
Imej via [bukubiruku]

Begitulah 20 ucapan hari lahir untuk anak yang boleh anda gunakan. Anak pasti suka dan teruja dengan apa yang anda katakan. Jom baca juga ucapan hari lahir suami, ucapan ulang tahun perkahwinan, ayat pickup line untuk suami

Rujukan:

  1. celticstown
  2. kataku
  3. happybirthdayworld

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.