“Alamak, kenapa rasa bahang ni? Aircond dah buka dari tadi.”
Anda mesti pernah hadapi situasi macam ni kan? Lagi-lagi semasa cuaca panas, aircond dibuka paling kuat suhunya. Lebih teruk lagi, kipas pun dipasang paling laju. Bila tengah-tengah bulan, nak tunggu gaji, tiba-tiba aircond pula buat hal, memang terduduk kita dibuatnya.
Aircon perlu rajin diservis jika hendak tahan lama. Jika tak dijaga, ia akan menjadi kurang sejuk kerana habuk dan kotoran yang terperangkap tak dibersihkan.
Kita sedia maklum nak upah orang servis aircond bukannya murah. Kalau ada sampai 3 aircond di rumah, memang perlu menabunglah jawabnya. Jangan risau, sebenarnya kita sendiri boleh servis aircond di rumah.
Artikel kali ni akan berkongsi cara servis aircond di rumah tanpa perlu mengupah orang. Kalau tak pakar pun tak apa, yang penting kita nak belajar. Seronok bukan? Jom baca!
Untuk bersihkan aircond secara manual, ada beberapa langkah yang perlu dibuat, iaitu:
Pertama sekali, buka bahagian hadapan (cover) indoor unit dan keluarkan penapis di dalam tu. Anda perlu tahu bahawa penapis ni perlu kerap dibersihkan iaitu sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Cara untuk membersihkan ialah basuh menggunakan sabun serbuk. Kemudian sental penapis menggunakan berus plastik.
Jangan sesekali gunakan berus sabut atau berus dawai. Setelah dibersihkan semua kekotoran dan habuk yang tersangkut, bilas dengan air paip. Jemur hingga kering.
Untuk tips kedua ni, pastikan suis aicond ditutup dan plug mesti dicabut dahulu. Tutup tempat-tempat papan elektronik dengan plastik.
Pada bahagian indoor condensor coil dan lubang-lubang pada bahagian cover indoor, vakum habuk yang melekat di situ. Jika masih ada habuk yang melekat pada bahagian condensor, sembur sedikit air paip menggunakan alat penyembur.
Sembur sedikit saja untuk lembapkan habuk supaya mudah ditanggalkan. Kemudian, ambil berus kecil atau berus gigi terpakai, gosok perlahan-lahan di bahagian condensor tersebut.
Anda perlu berhati-hati, jangan sampai merosakkan sirip aluminium yang berbentuk seperti sikat. Bersihkan sampai hilang semua habuk.
Salah satu sebab angin aircond tak kuat adalah disebabkan oleh blower fan. Lebih-lebih disebabkan habuk tebal yang melekat di bahagian badannya.
Cara bersihkan blower fan ialah hanya vakum dan gosok menggunakan berus gigi atau berus cat. Jangan sembur dengan air kerana tak habuk yang basah tu melekat dan susah ditanggalkan guna vakum.
Bahagian ni juga perlu dibersihkan. Perhatikan bahagian sirip compressor. Jika habuk dah terlalu tebal sehingga menutupi bahagian coil, kita perlu membersihkannya.
Caranya ialah sembur dengan air sama seperti cara bersihkan indoor condensor coil. Namun jika habuk tebal sangat dan masih tak bersih, buka cover outdoor. Kemudian, bersihkan dengan berus plastik dan cuci dengan sabun. Jangan lupa bilas dengan air bersih.
Pastikan bila anda bersihkan, coil di bahagian dalam tu boleh kelihatan menerusi sirip tu tadi. Anda boleh siramkannya dengan air kerana compressor telah direka untuk tahan hujan dan panas.
Setelah semua bahagian benar-benar kering, anda boleh pasang semula penapis yang dibuka tadi. Pastikan ada perbezaan kedinginan udara yang keluar berbanding sebelum diservis tadi.
Sebenarnya, ramai yang tak tahu remote boleh digunakan untuk membersihkan aircon. Ye ke? Tak hairanlah, ramai yang dah guna aircon sampai berpuluh-puluh tahun tapi tak tahu masalah utama aircon mereka ialah disebabkan habuk.
Cara mudah nak tahu masalah aircon ialah tengok pada habuk yang melekat di bahagian penapisnya. Kalau banyak habuk, aircon tak sejuk disebabkan tersekat dengan habuk, bukan masalah teknikal. Pertama sekali, rajinkanlah diri bersihkan bilik.
Selain cara manual yang diterangkan di atas, remote boleh digunakan untuk membersihkan habuk. Ia mampu mencuci sendiri dirinya dengan bantuan remote. Jom baca cara-caranya.
Mode ‘Fan’ tak akan mengaktifkan pemampat. Oleh itu, hanya blower fan saja yang berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup. Ini akan menyebabkan kelembapan dalaman aircon menjadi kering.
Malahan, ia akan membantu mengurangkan pengumpulan habuk, debu dan sebagainya.
Jangan lupa semak 5 perkara asas ni jika aircon anda tak sejuk.
Adakah penapis udara telah dibersihkan?
Jika menggunakan aircon selama lebih 6 jam, selepas 2 minggu saja penapis udara anda akan kotor. Tak percaya, cuba periksa. Cara terbaik bersihkan penapis udara setiap 2 minggu sekali.
Adakah pintu dan tingkap telah ditutup?
Ni ialah perkara yang sering diabaikan oleh semua orang. Sebenarnya pintu dan tingkap yang terbuka akan memberi kesan kepada kitaran penyejukan. Jika pintu dan tingkap terbuka, kadar kedinginan menjadi kurang kerana kesan pertambahan haba dari luar.
Adakah pilihan mode pada remote tepat?
Anda perlu pilih mode yang betul dan jangan keliru. Misalnya untuk mendinginkan bilik, anda perlu pilih mode ‘Cool’. Kemudian, laraskan kelajuan blower (simbol kipas) secara manual dengan kelajuan yang diingini.
Adakah suhu yang dipilih tepat?
Jika suhu di luar terlalu panas iaitu 42 C, anda perlu tetapkan suhu aircon kepada 20 C. Selaraskan ikut keselesaan.
Adakah aircon telah diservis secara berkala?
Walaupun aircon tak diservis begitu lama dan tiada sebarang masalah, anda tetap perlu servisnya. Sebenarnya anda menanggung bil elektrik yang tinggi. Ini disebabkan compressor akan bekerja keras dan tanpa henti untuk memberi kedinginan.
Jika semua tips yang dikongsi ini tak dapat membaiki aircon anda, nampak gayanya anda kena buat chemical service. Chemical service atau nama lainnya ialah overhaul service yang biasanya akan dibuat oleh juruteknik aircon.
Agak sukar untuk kita membuatnya jika tiada kepakaran. Ini kerana jika tak mahir, takut berlaku kerosakan pada unit. Nanti kos baik pulih pula yang meningkat.
Diharapkan kesemua tips yang diberikan ni memudahkan anda servis aircon di rumah. Selain dapat menjimatkan wang upah untuk juruteknik, bil elektrik pun tak akan naik mendadak. Semoga bermanfaat.